Profesor Islam Oxford , Tariq Ramadan ditahan atas dakwaan rogol

CG Sponsors




Gouchailman

Fun Poster
Joined
Dec 11, 2013
Messages
732
Reaction score
40
Points
30
Allah...cucu hassan al-banna...ka ni ada konspirasi nak burukkan Islam, keturunan ulamak besaq Islam...harapnya di siasat dengan adil
Entah lah professor ini akan dapat keadilan atau tidak.. Bukan boleh percaya negara kafirun ni, mungkin siap tambah perisa ada la..
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,359
Reaction score
4,264
Points
201
Pendakwah Islam, Tariq Ramadan bebas dengan jaminan

PARIS: Pendakwah Islam terkemuka, Tariq Ramadan yang ditahan di Perancis sejak 2 Februari lalu atas tuduhan merogol dua wanita, dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan di mahkamah rayuan.

Mahkamah di sini, bersetuju memberi kebenaran itu kepada Tariq, ahli akademik berusia 56 tahun selepas mendengar permohonan yang dikemukakannya.

Beliau dibebaskan dengan jaminan 300,000 euro (RM1.42 juta), selain diarah menyerahkan pasport miliknya, selain melaporkan diri di balai polis setiap minggu.

Sebelum ini, Tariq menafikan tuduhan merogol dua wanita pada 2009 dan 2012, iaitu seorang wanita kurang upaya dikenali sebagai Christelle, mengikut laporan media dan aktivis wanita, Henda Ayari.

Beliau yang juga bapa kepada empat orang anak, bertugas sebagai profesor di Universiti Oxford, sebelum diarahkan bercuti selepas terbabit dalam tuduhan berkenaan, tahun lalu. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/er...kwah-islam-tariq-ramadan-bebas-dengan-jaminan
 

putra1234

Legendary Member
Joined
Mar 8, 2010
Messages
11,572
Reaction score
1,182
Points
191
tareq ramadhan ni liberal.

tapi hati aku kuat katakan dia ni kena game.

muslim kat sana mmg masak kat sana. ni pengalamanan aku kat ucl masa buat master.
 

simn

Fun Poster
Joined
Dec 21, 2009
Messages
792
Reaction score
11
Points
15
tareq ramadhan ni liberal.

tapi hati aku kuat katakan dia ni kena game.

muslim kat sana mmg masak kat sana. ni pengalamanan aku kat ucl masa buat master.
paris mmg rasis dgn islam ke?. cecite pengalaman tuan di sana.
 

putra1234

Legendary Member
Joined
Mar 8, 2010
Messages
11,572
Reaction score
1,182
Points
191
paris mmg rasis dgn islam ke?. cecite pengalaman tuan di sana.
parit aku xpernah duduk.

tapi ramai cakap parit lagi teruk dari london.

aku induction je kat sana dengan nak abis. 6bulan juga. blc aku kat kl.:D

selain diskriminasi, sejuk dia aku fail. aku jenis panas gak.
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,782
Reaction score
755
Points
121
sangap sgt ke?

langsung x lawa...

x bebaloi & menhancurkan diri sendiri je
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,359
Reaction score
4,264
Points
201
Tariq Ramadan berdepan tuduhan rogol baru

PARIS: Pendakwah Islam Terkemuka, Tariq Ramadan yang didakwa merogol dua wanita di sini dua tahun lalu, berdepan tuduhan baharu, merogol secara beramai-ramai seorang wartawan, kata sumber kehakiman, hari ini.

Sumber itu mengesahkan laporan radio Europe 1 dan akhbar Le Journal du Diamnche bahawa wanita berusia 50-an itu mendakwa, Tariq, 56, merogol dirinya bersama-sama pembantunya ketika wawancara di sebuah hotel di Lyon pada Mei 2014.

Menurut sumber kehakiman, wanita itu memfailkan aduan jenayah pada Mei 2019, beliau turut menuduh Tariq mengeluarkan ‘ugutan’ atau tindakan menakut-nakutkan dengan tujuan untuk menghalang dirinya daripada membuat laporan polis.

Tariq yang sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak adalah cucu kepada pengasas gerakan Ikhwanul Muslim Mesir. Beliau bertugas sebagai profesor di Universiti Oxford sehingga dipaksa bercuti susulan tuduhan merogol ketika gerakan hebat ‘Me Too’ pada 2017.

Bagaimanapun, Tariq menafikan tuduhan merogol wanita kurang upaya pada 2009 dan aktivis pergerakan wanita pada 2012. Dia ditahan pada Februari 2018 selama sembilan bulan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Pihak berkuasa Switzerland turut melakukan siasatan terhadap Tariq selepas menerima aduan rogol di negara itu.

Peguamnya, Emmanuel Marsigny, menolak untuk memberi sebarang komen berhubung tuduhan terbaru itu.

Wanita yang mengemukakan aduan itu turut memberitahu polis, dia dirogol berulang kali di bilik penginapan Tariq, di hotel Sofitel, di Lyon.

Beliau juga menjelaskan kejadian itu tidak ubah seperti tindakan ganas yang dirahsiakan dan mengancam untuk membuat aduan polis tetapi Tariq menjawab: “Kamu tidak tahu saya sangat berkuasa.”

Pada masa sama, wanita itu mendakwa, Tariq turut menghubunginya menerusi aplikasi ‘Messenger’ pada Januari lalu, menawarkan ‘rundingan profesional’ tanpa memberikan butiran lanjut. - AFP


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,359
Reaction score
4,264
Points
201
Tuduhan rogol baharu terhadap Tariq Ramadan


TARIQ Ramadan - Foto AFP

PARIS: Pendakwah Islam, Tariq Ramadan, didakwa atas tuduhan merogol dua wanita selain menghadapi dua tuduhan rogol terhadapnya sebelum ini, kata peguamnya.

Ramadan, 57, yang memegang kerakyatan Switzerland, sebelum ini didakwa di Perancis pada 2009 kerana merogol seorang wanita kurang upaya dan seorang aktivis wanita pada 2012 tetapi dia menafikan tuduhan itu.

Semalam, Ramadan dihadapkan ke Mahkamah Magistret di Paris, di mana lebih banyak tuduhan dibuat berhubung kes terbaru membabitkan dua wanita yang dikenal pasti daripada foto dalam komputernya. Dia ditemani isterinya.

Peguamnya, Emmanuel Marsigny, memberitahu AFP bahawa wujud hasrat untuk menghukum Tariq tidak kira apa saja yang berlaku atau apa bukti yang dikemukakan dan menyifatkan kes itu semakin menakutkan .

Dua wanita yang dikaitkan dalam kes terbaru itu secara peribadi tidak membuat aduan tetapi mengakui terbabit dalam hubungan seks ganas dengan Ramadan, seorang antara November hingga Disember 2015 dan seorang lagi pada Mac 2016.

Salah seorang wanita terbabit berkata apa yang berlaku kepadanya sebagai jauh teruk daripada rogol secara fizikal, malah menyifatkannya sebagai ‘rogol moral’.

“Dia mempunyai cengkaman sebegitu kuat sehingga anda akan buat apa saja yang dia minta tetapi hubungan ini berlaku dengan kerelaan dua-dua pihak,” katanya dalam perakuan yang dilihat AFP.

Seorang lagi mangsa berkata dia meminta Ramadan bersikap lembut tetapi dia berkata ‘itu kesalahan awak dan awak patut menerimanya’.

“Dia berkata saya perlu mematuhi kehendaknya dan saya melakukan apa yang dia minta,” katanya.

Tariq yang sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak adalah cucu kepada pengasas gerakan Ikhwanul Muslim Mesir.

Beliau bertugas sebagai profesor di Universiti Oxford sehingga dipaksa bercuti susulan tuduhan merogol ketika gerakan hebat ‘Me Too’ pada 2017.

Dia ditahan pada Februari 2018 and dipenjara lebih sembilan bulan sebelum dibenar ikat jamin bagi tuduhan merogol dua wanita di Perancis masing-masing pada 2009 dan 2012.

Pihak berkuasa Switzerland juga sedang menyiasat Ramadan selepas menerima laporan kes rogol di negara itu, bagaimanapun dia berkeras bahawa semua hubungan itu dijalin dengan kerelaan kedua-dua pihak.

Pendakwaan di Perancis tidak bermakna suspek akan dibicarakan kerana kes itu masih boleh dibuang kerana kekurangan bukti.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,359
Reaction score
4,264
Points
201
Cendekiawan Islam hadapi satu lagi tuduhan rogol di Perancis
FILES-FRANCE-JUSTICE-ASSAULT_1603420083.jpg

Cendekiawan Islam tersohor di Switzerland, Tariq Ramadan, tiba di mahkamah di Perancis bagi menghadapi tuduhan merogol empat wanita. - Foto AFP

PARIS: Seorang cendekiawan Islam, Tariq Ramadan, dituduh atas kesalahan merogol seorang lagi wanita selain berdepan empat lagi pertuduhan seumpamanya, menurut peguamnya di Perancis semalam.

Ramadan, warganegara Switzerland berusia 58 tahun, didakwa di Perancis kerana merogol empat wanita lain, namun dia menafikan semua pertuduhan itu.

Bapa kepada empat anak itu, yang mana datuknya adalah pengasas Ikhwanul Muslimin Mesir, adalah profesor pengajian Islam kontemporari di Universiti Oxford.

Ramadan dipaksa mengambil cuti apabila tercetus dakwaan bahawa beliau merogol seorang wanita, ketika kemuncak pergerakan 'Mee Too' pada 2017.

Tuduhan terbaru berkaitan rogol berlaku pada 2013 dan 2014 membabitkan seorang bekas gadis pengiring bernama Mounia Rabbouj, yang juga tuduhan pertama bahawa dia melakukan serangan seksual.

Keterangan wanita itu memaksa Ramadan mengakui hubungan luar nikah untuk pertama kalinya, namun beliau menekankan bahawa mereka berdua 'setuju' melakukannya dengan rela.

Pihak pendakwa di Paris meminta mahkamah mendakwanya dalam kes terbabit pada 2018 tetapi hakim menangguhkan keputusan mereka hingga sekarang.

Peguam Ramadan, Nabila Asmane, Ouadie El Hamamouchi dan Philippe Ohayon, dalam satu kenyataan semalam, berkata tidak ada unsur baharu dalam siasatan itu, selepas tertuduh disoal serta didakwa oleh hakim.

"Ini bukan isu penafian Ramadan terhadap kenyataan wanita ini, sebaliknya keterangan saksi bercanggah dengan pembohongan yang serius lagi konsisten," katanya.

Bagaimanapun, peguam Rabbouj, Eric Morain, berkata siasatan menunjukkan keterangan anak guamnya boleh dipercayai dan kukuh.

Sesuatu dakwaan di Perancis tidak bermakna suspek akan menjalani perbicaraan kerana wujud kemungkinan kes digugurkan sekiranya tidak cukup bukti. - AFP
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,918
Reaction score
1,691
Points
151
Kesian lecturer islam kene game sampai 4 kali kat sana

kat sini pun ada pemimpin islam kene dakwa liwat byk kali jg..Tp tak di anggap game

bila org kapir tuduh kita rogol, itu di anggap kene game

bila org islam tuduh kita meliwat, itu bukan game

tak double standard ka
 
Sponsored Post
Top
Log in Register