Profesor Islam Oxford , Tariq Ramadan ditahan atas dakwaan rogol

CG Sponsors

jookiba

Active Member
Joined
Jun 26, 2016
Messages
1,217
Reaction score
178
Points
33
hanya sebab depa islam... bukan sebab utk kita tak dakwa depa... undang2 tak mengira sesiapa
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,359
Reaction score
4,264
Points
201
Switzerland buka siasatan kes rogol Tariq Ramadan

TARIQ Ramadan . - Foto AFP

GENEVA: Pendakwa raya di Geneva membuka siasatan dakwaan rogol dan salah laku seksual terhadap pendakwah terkenal, Tariq Ramadan, yang ditahan di Perancis sejak Februari lalu susulan dua tuduhan rogol berbeza, lapor media Switzerland semalam.

Akhbar Tribune de Geneve memetik jurucakap Kementerian Kehakiman, Henri Della Casa, sebagai berkata pihak berkuasa memutuskan untuk membuka siasatan jenayah rasmi mengenai dakwaan Ramadan merogol seorang wanita di hotel di Geneva pada 2008.

“Saya mengesahkan pembukaan siasatan,” akhbar berkenaan memetik Della Casa sebagai berkata, langkah utama yang menunjukkan pihak berkuasa percaya dakwaan itu untuk meneruskan siasatan.

Wanita terbabit memfailkan dakwaannya April lalu.

“Pendakwa raya dan polis Geneva bekerja pantas dan baik,” kata peguam yang mewakili wanita itu, Romain Jordan.

Beliau berkata, keputusan membuka siasatan jenayah itu sebagai kemajuan besar yang menunjukkan tahap serius

Ramadan, cucu kepada pengasas Ikhwanul Muslimin, belum disoal siasat pendakwa Switzerland.

Pendakwah berusia 56 tahun itu menafikan sebarang salah laku jenayah berkaitan dakwaan berkenaan.

Awal tahun ini, hakim Perancis mengenepikan dakwaan rogol ketiga terhadap Ramadan oleh wanita Islam negara itu yang menuduh pendakwah berkenaan merogolnya sembilan kali antara 2013 dan 2014. — AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/er...zerland-buka-siasatan-kes-rogol-tariq-ramadan
 
hafdi

Fun Poster
Joined
Oct 12, 2006
Messages
797
Reaction score
3
Points
15
Tak blh nk ckp pa. Kejap je blh berubah kalau dh klh dgn nafsu
 
SKK

Fun Poster
Joined
Oct 6, 2013
Messages
647
Reaction score
213
Points
23
Belum habis lagi siasatan ke? Tak kena dakwa lagi pun. Jangan haya tuduhan semata2 sebab nak sekat aktiviti dakwah dia sudah le. Kalau betul dakwaan perlu dibuat segera dan hukuman patut dijatuhkan tak kira la siapa dia tu. Orang Islam pun memang ada yang buat jenayah sebab tu Islam pun ada undang2nya sendiri.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,848
Reaction score
11,088
Points
1,906
Tariq mengaku hubungan seks dengan 2 wanita?

October 24, 2018 8:45 AM

Tariq Ramadan. (Gambar Reuters)

PARIS: Cendekiawan Islam terkemuka, Tariq Ramadan yang didakwa merogol 2 wanita di Perancis, mengaku beliau mengadakan hubungan seks dengan kedua-dua wanita terbabit, yang mana sebelum ini menafikan sebarang hubungan fizikal.

Ramadan yang juga pengulas TV terkenal, menafikan sekeras-kerasnya tuduhan merogol wanita terbabit di sebuah bilik hotel, mengatakan ia adalah percubaan memburuk-burukkan reputasinya oleh pesaing beliau.

Peguamnya, Emmanuel Marsigny berkata, ahli akademi Switzerland itu mengubah pengakuannya berdasarkan mesej teks yang muncul antara beliau dan 2 wanita tersebut.

Mesej itu “menunjukkan plaintif berbohong dan pertemuan seksual itu dikehendaki, dipersetujui, malah dicari lagi selepas itu”, kata Marsigny.

Ketidakjelasan mesej itu “menyebabkan beliau mengakui bahawa beliau mempunyai hubungan seks” dengan penuduhnya, kata Marsigny.

Ramadan yang dituduh merogol wanita itu pada 2009 dan 2012, ditahan sejak 2 Februari lalu.

Beliau sebelum ini menegaskan tidak mempunyai hubungan seksual dengan penuduhnya, aktivis wanita Henda Ayari dan seorang wanita kurang upaya yang dikenali sebagai “Christelle”.

Ramadan yang merupakan pensyarah di Universiti Oxford terpaksa mengambil cuti ketika tuduhan itu dikenakan terhadapnya semasa pergerakan “Me Too”, akhir tahun lalu.

Ramadan adalah cucu kepada Hasan al-Banna, pemikir dan aktivis Islam yang mengasaskan Ikhwanul Muslimin. Beliau mempunyai jumlah pengikut besar dalam kalangan pemuda Islam dan mencabar sekatan Perancis ke atas pemakaian purdah.

https://www.freemalaysiatoday.com/c.../tariq-mengaku-hubungan-seks-dengan-2-wanita/
 
marvelous

Legendary Member
Joined
Aug 21, 2006
Messages
17,048
Reaction score
2,960

ada sebab lah tu Allah buka aib nya....wallhuhalam
 
cre8tive

Legendary Member
Joined
Oct 14, 2008
Messages
17,158
Reaction score
614
Points
161
Ramai je prof islam melayu kat malaysia ni ambil kesempatan pada student wanita mereka tapi ramai yang takut untuk Tampin ke depan
Mereka Kuala Pilah (baca pilih) jalan yang salah..:eek:
 
sexy-angel

Super Active Member
Joined
Feb 4, 2008
Messages
5,435
Reaction score
146
Points
83
betul ke tak kita taktau..
yg pasti kalau dijalan berdakwah memang byk dugaan...
hari tu jadi kat nouman ali..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register