Profesor Islam Oxford , Tariq Ramadan ditahan atas dakwaan rogol

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,363
Reaction score
4,272
Points
201

AHLI Akademik terkenal warga Sweden, Tariq Ramadan. - Foto AFP

PARIS: Ahli Akademik terkenal warga Sweden, Tariq Ramadan yang juga seorang profesor pengajian Islam di University Oxford, ditahan polis Perancis berikutan tuduhan merogol, kata sumber perundangan hari ini.

Sumber berkata, siasatan awal dibuka selepas dua aduan difailkan terhadap Ramadan, seorang tokoh terkenal di Asia Barat. Dia adalah cucu kepada pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Hassan al-Banna.

Ramadan mengambil cuti dari Oxford sejak November lalu selepas dua wanita memfailkan aduan rogol di Perancis.

Dia menafikan tuduhan itu dan memfailkan aduan fitnah terhadap penulis Henda Ayari, seorang daripada wanita yang menuduhnya. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2018/01/383092/profesor-islam-oxford-ditahan-dakwaan-rogol
 
Pendakwah Islam, Tariq Ramadan bebas dengan jaminan

PARIS: Pendakwah Islam terkemuka, Tariq Ramadan yang ditahan di Perancis sejak 2 Februari lalu atas tuduhan merogol dua wanita, dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan di mahkamah rayuan.

Mahkamah di sini, bersetuju memberi kebenaran itu kepada Tariq, ahli akademik berusia 56 tahun selepas mendengar permohonan yang dikemukakannya.

Beliau dibebaskan dengan jaminan 300,000 euro (RM1.42 juta), selain diarah menyerahkan pasport miliknya, selain melaporkan diri di balai polis setiap minggu.

Sebelum ini, Tariq menafikan tuduhan merogol dua wanita pada 2009 dan 2012, iaitu seorang wanita kurang upaya dikenali sebagai Christelle, mengikut laporan media dan aktivis wanita, Henda Ayari.

Beliau yang juga bapa kepada empat orang anak, bertugas sebagai profesor di Universiti Oxford, sebelum diarahkan bercuti selepas terbabit dalam tuduhan berkenaan, tahun lalu. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/er...kwah-islam-tariq-ramadan-bebas-dengan-jaminan

Switzerland buka siasatan kes rogol Tariq Ramadan


TARIQ Ramadan . - Foto AFP

GENEVA: Pendakwa raya di Geneva membuka siasatan dakwaan rogol dan salah laku seksual terhadap pendakwah terkenal, Tariq Ramadan, yang ditahan di Perancis sejak Februari lalu susulan dua tuduhan rogol berbeza, lapor media Switzerland semalam.

Akhbar Tribune de Geneve memetik jurucakap Kementerian Kehakiman, Henri Della Casa, sebagai berkata pihak berkuasa memutuskan untuk membuka siasatan jenayah rasmi mengenai dakwaan Ramadan merogol seorang wanita di hotel di Geneva pada 2008.

“Saya mengesahkan pembukaan siasatan,” akhbar berkenaan memetik Della Casa sebagai berkata, langkah utama yang menunjukkan pihak berkuasa percaya dakwaan itu untuk meneruskan siasatan.

Wanita terbabit memfailkan dakwaannya April lalu.

“Pendakwa raya dan polis Geneva bekerja pantas dan baik,” kata peguam yang mewakili wanita itu, Romain Jordan.

Beliau berkata, keputusan membuka siasatan jenayah itu sebagai kemajuan besar yang menunjukkan tahap serius

Ramadan, cucu kepada pengasas Ikhwanul Muslimin, belum disoal siasat pendakwa Switzerland.

Pendakwah berusia 56 tahun itu menafikan sebarang salah laku jenayah berkaitan dakwaan berkenaan.

Awal tahun ini, hakim Perancis mengenepikan dakwaan rogol ketiga terhadap Ramadan oleh wanita Islam negara itu yang menuduh pendakwah berkenaan merogolnya sembilan kali antara 2013 dan 2014. — AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/er...zerland-buka-siasatan-kes-rogol-tariq-ramadan

Pendakwah dituduh merogol masuk hospital


PENDAKWAH terkemuka, Tariq Ramadan. - Foto AFP

PARIS: Pendakwah terkemuka, Tariq Ramadan yang ditahan reman di sini, atas tuduhan merogol, dimasukkan ke hospital.

Kumpulan sokongan beliau berkata pendakwah itu dimasukkan ke hospital kerana beberapa masalah kesihatan.

Profesor Universiti Oxford berusia 55 tahun itu yang kini menjalani pemeriksaan perubatan bebas untuk menentukan sama ada beliau perlu ditahan dipenjara sebelum perbicaraan, dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu, kata sumber dekat dengan kes.

"Tahap kesihatan beliau semakin teruk, terutamanya sejak hakim menolak mengeluarkan permit lawatan untuk isteri dan anaknya semalam," kata sumber dekat dengan Tariq.

Seorang lagi sumber berkata, beliau sekurang-kurangnya akan berada di hospital hingga hari ini.

Peguam yang mewakili Tariq berkata, anak guamannya berada dalam keadaan tidak sihat untuk ditahan berdasarkan pemeriksaan kesihatan awal pada Selasa lalu.

Tariq berdepan tuduhan merogol individu yang lemah dan beliau ditahan di penjara Fleury-Merogis di sini, sejak 2 Februari lalu.

Sehubungan itu, mahkamah mengarahkan Tariq ditahan sebelum perbicaraan kerana beliau disyaki cuba melarikan diri dan demi mengelakkan tekanan terhadap saksi wanita yang dirahsiakan pengenalannya.

Mahkamah Rayuan Paris mengarahkan pemeriksaan perubatan dilakukan pada Khamis dan menangguhkan perbicaraan ditahan sehingga 22 Februari selepas pendengaran yang berlangsung di dalam ambulans. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2018/02/389687/pendakwah-dituduh-merogol-masuk-hospital

Pensyarah Universiti Oxford didakwa merogol, lakukan gangguan seksual


Tariq Ramadan kini direman untuk disoal siasat selepas dua wanita itu membuat dakwaan berkenaan pada Oktober lalu. - Reuters

SEORANG pensyarah Universiti Oxford ditahan pihak berkuasa di Paris awal minggu ini atas dakwaan merogol dua wanita, selain beberapa lagi tuduhan melakukan gangguan seksual ke atas beberapa lagi wanita lain.

Tariq Ramadan, 55 tahun, kini direman untuk disoal siasat selepas dua wanita itu membuat dakwaan berkenaan pada Oktober lalu.

Mangsa pertama, Hendra Ayari, seorang ketua kumpulan feminis sekular, mendakwa dirogol Tariq pada tahun 2012 di sebuah hotel di Paris, menerusi satu pendedahan dalam sebuah buku.

Beberapa hari kemudian, mangsa kedua, seorang mualaf yang identitinya dirahsiakan, mendakwa dirogol Tariq pada 2009.

Empat lagi wanita warganegara Switzerland membuat dakwaan Tariq melakukan gangguan seksual semasa mereka masih belajar di Geneva.

Kesemua tuduhan itu dinafikan Tariq yang mendakwa ia hanya agenda musuh untuk menjatuhkannya.

Tariq, yang berkhidmat di Oxford sejak 2009 dan mengajar subjek Pengajian Kontemporari Islam, telah mengambil cuti sejak dakwaan itu dibuat.

Tariq, yang memegang kewarganegaraan Switzerland, merupakan cucu kepada Hassan al-Banna, seorang sarjana Islam dari Mesir yang merupakan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin pada era 1920an.

http://www.astroawani.com/berita-du...dakwa-merogol-lakukan-gangguan-seksual-167281


Tariq Ramadan: French police question scholar over rape claims


Tariq Ramadan is facing several allegations of rape and sexual misconduct

Prominent Muslim academic Tariq Ramadan is being questioned by French police investigating allegations of rape and sexual assault against him.

He was taken into custody in Paris over claims made by two women last year.

Mr Ramadan, 55, denies wrongdoing and is suing one of his accusers, Henda Ayari, a former radical Islamist who now heads a secular feminist group.

Mr Ramadan, a Swiss national, teaches Islamic studies at Oxford University, but took leave of absence in November.

How did the allegations emerge?

In a book published in 2016, Ms Ayari wrote about being raped in a Paris hotel four years earlier, but the book did not name the attacker.

In October 2017, she said the sexual assault scandal surrounding Hollywood mogul Harvey Weinstein had emboldened her to accuse Mr Ramadan explicitly.

"He literally pounced on me like a wild animal," Ms Ayari told French TV.

Another woman, a convert to Islam who has remained anonymous, later accused him of raping her in 2009.

Four Swiss women have also accused the scholar of making sexual advances while they were students in Geneva. He says all the allegations are part of a "campaign of slander" by enemies.

Who is Tariq Ramadan?

A controversial and influential figure among Muslim scholars, he is the grandson of Hassan al-Banna, the Egyptian imam who founded the Muslim Brotherhood in the 1920s.

Tariq Ramadan challenges Muslim fundamentalists and encourages dialogue between religions, but some critics accuse him of promoting political Islam.

Since 2009 he has been professor of contemporary Islamic studies at St Antony's College, Oxford.

He has also sat on a UK Foreign Office advisory group on freedom of religion.

http://www.bbc.com/news/world-europe-42891695

Last edited:
Sponsored Post

jerai

Active Member
Joined
Oct 13, 2008
Messages
1,901
Reaction score
47
Points
30
boleh percaya ke berita ni,
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,444
Reaction score
407
Points
51
Allah...cucu hassan al-banna...ka ni ada konspirasi nak burukkan Islam, keturunan ulamak besaq Islam...harapnya di siasat dengan adil
 

sayasuka

Legendary Member
Joined
Oct 17, 2011
Messages
12,964
Reaction score
101
Points
123
semoga kebenaran teserlah.

Mungkin tajuk berita tu boleh diubah intuk lebih adil seperti isi berita.
 

true investor

Active+ Member
Joined
Apr 25, 2007
Messages
2,666
Reaction score
27
Points
30
pada waktu ini islam akan diserang dari berbagai penjuru, org islam, para pejuang dan para tokoh pasti akan menjadi sasaran mereka, berhati hatilah kita semua.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register