cek mek molek
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 130,530
Paid Membership
Top Poster #4
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 130,530
- Reaction score
- 22,504
- Points
- 2,866
- Awards
- 1
Menurut Ameen Mohd Kamal, bapanya mahukan orang ramai di sekelilingnya dapat manfaat walaupun sewaktu di tanah perkuburan.
23 Februari 2023 02:25pmMasa membaca: 2 minit
Ameen menyifatkan Mohd Kamal sebagai seorang bapa yang menekankan keseimbangan dunia dan akhirat.
BANGI - Amanat terakhir bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan adalah mahu bacaan talkin digantikan dengan tazkirah ketika pengebumiannya.

“Tazkirah itu mengikut wasiat arwah sendiri yang mahu kita dapat pengajaran daripada kematiannya dan di dalam pesanan terakhir itu, beliau ada mengingatkan bahawa semua pasti akan merasai mati.
“Maka tiada tempat untuk kita sombong antara satu sama lain dan kata-kata terakhir yang beliau tekankan adalah semua aktiviti dunia itu patutnya dikaitkan dengan akhirat kerana itu adalah destinasi terakhir,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Baru Bangi, pada Khamis.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Mohd Kamal menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang akibat daripada komplikasi selepas pembedahan.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 2.30 pagi, pada usia 80 tahun.
Allahyarham Mohd Kamal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Baru Bangi.
Dalam pada itu, Ameen turut menyifatkan Mohd Kamal sebagai pejuang dalam membanteras isu rasuah.
Seperkara, beliau menyifatkan Mohd Kamal sebagai seorang bapa yang menekankan keseimbangan dunia dan akhirat
“Maksudnya tidak mencari dunia semata-mata atau tidak mencari akhirat sehingga melupakan tanggungjawab dunia.
“Bukan itu sahaja, Allahyarham memiliki keperibadian yang sangat lemah lembut dan saya boleh katakan susah untuk melihat perwatakannya ketika marah kerana beliau sangat tenang dan penyabar,” jelasnya.
Wasiat terakhir Mohd Kamal mahu talkin diganti dengan tazkirah

“Jadi ini peperangan berterusan, Allahyarham sudah nyalakan api dan sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menyambung marak api itu supaya lebih kuat menyala membakar api kerosakan, kemunafikan dan juga rasuah,” katanya.“Allahyarham begitu tegas dalam memerangi rasuah kerana baginya hal berkenaan dianggap sebagai kanser yang sudah merebak pada tahap 4.