BTC USD 26,781.8 Gold USD 1,961.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prof Emeritus Mohd Kamal meninggal dunia

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,535
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,535
Reaction score
22,508
Points
2,866
Awards
1

Prof Emeritus Mohd Kamal meninggal dunia​

Februari 23, 2023 @ 9:19am

Prof Emeritus Mohd Kamal ialah Rektor UIAM antara 1999 hingga 2006.


Prof Emeritus Mohd Kamal ialah Rektor UIAM antara 1999 hingga 2006.

KUALA LUMPUR: Bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan meninggal dunia hari ini.

Allahyarham yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ialah tokoh pemikir Islam yang memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.




IKIM dalam kenyataan hari ini berkata, Mohd Kamal pada tahun 1942 di Pasir Mas, Kelantan, dan mendapat ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Malaya pada tahun 1965 dan menyambung pengajian peringkat rarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dari Columbia University, New York pada tahun 1975.

"Kami memanjatkan doa yang setinggi-tingginya kepada Allah SWT, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang soleh dan solehin," katanya.




Mohd Kamal dilantik sebagai Pengerusi IKIM pada Februari 2022.
Allahyarham dilantik sebagai Rektor UIAM pada tahun 1999 sehingga 2006.

Beliau turut berperanan sebagai Pengerusi, Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam, sebuah lembaga yang ditubuhkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,535
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,535
Reaction score
22,508
Points
2,866
Awards
1

Lukman Sheriff

3j ·

Al-Marhum Tan Sri Prof Dr Mohd Kamal

Sedih sangat mendapat berita pagi ini pemergian Allahyarham Prof Kamal. Allahyarham adalah towering figure in the muslim world. Seorang ulama yang dihormati. Bekas rector UIA. Pelopor twinning of knowledge.

Menggabungkan pengajian islam dan duniawi. Sekarang ini banyak institusi pengajian menggabungkan ilmu ini tetapi dulu terpisah. Kalau belajar undang2 sivil kita tidak tahu undang2 islam. Kalau belajar ekonomi kita tidak tahu ekonomi islam. Pergabungan inilah yang memungkinkan kita memulakan dan melonjakkan perbankan islam.

Pergabungan ilmu ini memungkinkan kita merubah pengendalian dunia dari sudut islam. Mempertahankan perlembagaan sivil dari sudut sejarah dan nilai budaya kita. Menanangi hak asasi manusia dari kerangka islam. Dan pelbagai lagi.

Banyak jasa Allahyarham.

Saya mula kenali Allahyarham ketika di UIA. Ketika itu beliau Dean IRKHS atau revealed knowledge department.

Beliau pada saya seorang intelektual muslim yang “polish”. Bahasa englishnya perfect. A gentlemen. Lemah lembut dan bertutur dengan nada yang sentiasa tenang dan baik. Pada saya contoh muslim yang budi pekerti tinggi. Dan pembawaan dan pemikiran islam beliau “inspiring” dan terbuka. Berpegang kuat pada prinsip sambil menangani cabaran dunia. Wise in how the world works.

Sebab itu dalam urusan terakhir saya dengan Allahyarham, saya sangat gembira beliau begitu sukacita menyumbang kepada usaha kami di MACSA. Kami pada masa itu menghasilkan lapuran islamophobia. Pada saya laporan ini amat penting dalam menanangi masalah dan cabaran hak asasi manusia di persada global. Jadi apabila kami menjemput Allahyarham untuk mengeluarkan pra kata bagi lapuran ini, saya tak sangka Allahyarham berfikiran sama dan sangat gembira dengan usaha ini sayugia menyumbang. Beliau berkata sudah berpuluh tahun beliau menunggu lapuran sebegini. Allahyarham banyak menulis tentang cabaran ini dan kita sudah patut mengeluarkan lapuran sebegini. Yang lain mungkin tak tahu tetapi sebagai anak murid saya rasa sangat terharu akan pengiktirafan hasil ini. Saya sangat bersyukur Allahyarham amat mendokong usaha ini.

Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan bagi umat Islam. Saya sedih dengan berita ini. Moga Allah menempatkan Allahyarham di Jannah yang terbaik bersama2 yang beriman.

‎اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Alfatihah bagi Allahyarham Prof Mohd Kamal.


332861957_1206840336609598_5152864687043687935_n.jpg

333059136_890416248868778_2722536531121683494_n.jpg
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,535
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,535
Reaction score
22,508
Points
2,866
Awards
1

Zainul Rijal Abu Bakar

3j ·

Perginya seorang ilmuan yang tiada galang gantinya….

Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan telahpun meninggalkan kita kembali kepada Penciptanya. Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,845
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,845
Reaction score
28,305
Points
2,836
Awards
2

PM ucap takziah kepada keluarga Mohd Kamal​

23 Februari 2023 11:16am

2103551.jpg


Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menziarah keluarga Allahyarham pada Khamis. - Foto Awani


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Allahyarham Prof Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan yang meninggal dunia pada Khamis.

Anwar dalam satu catatan di akaun Facebook berkata, Allahyarham merupakan tokoh pemikir Islam yang banyak memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

"Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh," kata beliau yang menyifatkan pemergian Mohd Kamal meninggalkan bekas yang mendalam kepada sanubari umat.



Allahyarham meninggal dunia pada usia 80 tahun disebabkan komplikasi berkait rapat dengan prosedur surgeri awal pagi ini.

Jenazah Allahyarham Mohd Kamal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi. - Awani


 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,845
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,845
Reaction score
28,305
Points
2,836
Awards
2

'Pemergian Mohd Kamal kehilangan besar buat negara'​

23 Februari 2023 11:44am

2103578.jpg


Foto Facebook Istana Negara


KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga tokoh ilmuwan negara, Prof Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan yang telah kembali ke Rahmatullah awal hari ini.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Istana Negara dalam satu kenyataan menyatakan Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan para solihin.

"Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai jasa dan bakti Allahyarham serta menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada negara.

"Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, Allahyarham memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Malaya pada tahun 1965 sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Columbia University, New York pada 1975.

"Ketokohan Allahyarham diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa dan menjadi tokoh ilmuwan yang cukup disegani," kata kenyataan itu, pada Khamis.

Allahyarham diamanahkan sebagai Rektor UIAM pada 1999 hingga 2006 selain turut berperanan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai), sebuah lembaga ditubuhkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja.

Allahyarham adalah antara cendekiawan yang dinobat sebagai Prof Ulung atas sumbangan bakti dalam dunia akademik negara. - Awani


 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,845
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,845
Reaction score
28,305
Points
2,836
Awards
2

Jasa Allahyarham Mohd Kamal sentiasa dikenang - Berjasa​

23 Februari 2023 11:55am

2103586.jpg


Tangkap layar hantaran Berjasa di laman Facebooknya.


SHAH ALAM - Parti Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Allahyarham Profesor Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan yang meninggal dunia pada Khamis.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 80 tahun disebabkan komplikasi berkait rapat dengan prosedur surgeri awal pagi ini.

“Jasa beliau sebagai ilmuwan dan sumbangan kepada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) akan sentiasa dikenang dan dihargai setiap masa,” kata Berjasa dalam satu hantaran di laman Facebook parti itu pada Khamis.

Mohd Kamal ialah tokoh pemikir Islam yang memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

Allahyarham dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Malaya pada tahun 1965 sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Columbia University, New York pada 1975.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi pada Khamis.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,845
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,845
Reaction score
28,305
Points
2,836
Awards
2

Jenazah tokoh pemikir Islam Mohd Kamal selamat dikebumikan​

23 Februari 2023 12:25pm

2103645.jpg


Sebahagian daripada sahabat handai yang hadir menyaksikan perjalanan terakhir Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Baru Bangi pada Khamis.


BANGI - Jenazah tokoh pemikir Islam, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan selamat dikebumikan sekitar jam 11:40 pagi di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Baru Bangi pada Khamis.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Surau Al-Mawaddah, Bandar Baru Bangi.

Antara yang hadir menyaksikan perjalanan akhir Allahyarham Mohd Kamal ialah Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak dan kakitangan UAIM.

Ratusan orang hadir bagi menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada bekas rektor UIAM.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 80 tahun disebabkan komplikasi berkait rapat dengan prosedur surgeri di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang pada jam 2.30 pagi pada Khamis.


 
Sponsored Post

Top
Log in Register