Produk Halal Lagi Toyyibah

CG Sponsors




AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
12,035
Reaction score
561
Points
161
makanan,mesti yg halal...itu bukan options...

boikot,semua orang ada perasaan boikot,semua,semua orang....cuma dlm tafsiran tersendiri lain lain...ada kata tk gemar nak beli,ada yg kata bukan taste dia...boikot gak kaedah dia...

jadi kita,makanan memang yg muslim first...kendian baru lain kalau dah darurat...
 
Sponsored Post

AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
12,035
Reaction score
561
Points
161

Roti Merecik Slim River,Paris.
 
Last edited:

cak cibo

Fun Poster
Joined
Apr 18, 2018
Messages
945
Reaction score
434
Points
41
gardenia bukan Syed Mokhtar punya ke?

Boleh le kalau nak kata Syed Mokthar punya...melalui mcm ni:

Syed Mokthar ada saham dlm Bernas..
Bernas pulak ada saham dlm Gardenia Malaysia.
So..Secara Tak langsung....Kira dia punya la juga..
Tapi ..pemegang saham terbesar Gardenia Malaysia tu tetap QAF...yg merupakan pemilik Gardenia satu dunia.
( Yg Gardenia Malaysia tu ..dia bagi share dgn Bernas)

Tapi kalau Tak salah Saya...QAF ni buat pulak 2 lagi kilang Kat Malaysia yg bukan share dgn Bernas..tapi 100% QAF punya...dia namakan Farmland Bakery sdn Bhd...yg buat roti Gardenia jugak...tapi..Bukan Bernas ada share.
( Kalau Saya salah... tolong betulkan...tapi Saya Tak fikir Bernas ada share dlm Farmland)


Yg Saya argue...dgn jual saham 30% dia pada Bernas.... Gardenia terus dapat label Produk Islam.


INI menyebab Kan support org Islam Tak berbelah bagi pada Gardenia.. hingga Syarikat Roti lain payah nak hidup.


Macam roti Hi5..Silverbird.... Tabung Haji pegang pun dlm 30% juga...tapi dikatakan roti cina...kena pulak kata kotor dll..... dah tutup sudahnya... Tabung Haji rugi dlm RM 100 juta.


O.k..

Bernas pegang 51%... dlm byk company...cth..Hock Cheong Foodstuffs...51%

Tong Seng Huat Rice ..51%

Ban Say Tong...51%

Banyak lagilah....tapi.. Syarikat lain ni Tak pulak dapat status Syarikat Islam ?




Macam Hari tu...heboh Kat wassap..konon Mufti Negeri 9 komen cina boycot Hyper Market Rosyam Noor.

Saya pun pelik?.Kenapa Cina nak boycot?
Rosyam Nor memang pemilik..dengan saham 10%
Lagi 89 % milik Raymond Ho Cheng adik Raymond..di Alan ada 1%...so total 90% cina punya.
Tapi.. InsyaAllah..Kita support..10% pun sebenarnya besar tu.

Tapi Saya pelik cerita cina boycot ni..sebab Saya tahun lepas Dua bulan Saya menyewa booth dlm Mydin BM tu...Tak pernah pun kurang Cina..serupa d tesco..Aeon..dll
Memang Masa Saya sewa d Sunway Carnival tu nampak munkin lebih byk cina d situ..tapi..Saya Tak fikir faktor boycott... adat la...buying power Cina memang lebih..so..Kat Sunway Carnival tu barang dia Mahal sikit drp Mydin... tapi Kita Tak kata Melayu boikot sunway carnival etc..
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
20,583
Reaction score
1,361
Points
201
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Ummah: Kami bukan kempen boikot produk bukan Muslim

Diterbitkan 3 Sep 2019, 6:42 petang





Angkatan Perpaduan Ummah (Ummah) menyatakan kekecewaannya terhadap sejumlah ahli politik yang mengaitkan kempennya - untuk mempromosi barangan keluaran Muslim - dengan perkauman.

Pengerusi Ummah Aminuddin Yahaya menegaskan kempen gerakan itu berkenaan mempromosikan perniagaan orang Islam yang menurutnya yang tiada upaya untuk membuat pemasaran dan tidak mendapat tempat di pasar raya besar.

"Ummah kecewa dengan kenyataan beberapa ahli politik yang mengaitkan (kempen) dengan isu perkauman, agama, dan parti politik.

"Kami ingin tegaskan kempen ini bukan untuk memboikot produk pengusaha lain, dan tiada kena-mengena dengan parti politik pemerintah ataupun pembangkang," katanya ketika sidang media di Kuala Lumpur hari ini.


Sebelum ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata sebarang kempen boikot terhadap mana-mana pihak tidak berkesan dan hanya menimbulkan kemarahan segelintir masyarakat.

Aminuddin berkata lagi, kempen Ummah bertumpu kepada mempromosikan produk makanan keluaran Muslim kerana menurutnya "banyak produk yang diragui (status) halalnya".

"Ini membuatkan orang Islam rasa tak selesa kerana makanan yang digunakan boleh menjejaskan ibadah mereka.


"Jadi kempen ini untuk bantu mereka mendapatkan produk yang sah...(dan) agar mereka (usahawan Muslim) dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah (dengan pengusaha lain)," katanya lagi.

Katanya, kempen itu bermula April lalu tetapi mendapat momentum susulan salah faham di media sosial dan kenyataan oleh ahli politik.

Ummah juga akan mengadakan siri jelajah bermula bulan ini dan kempen itu akan dilancar secara rasmi pada 1 Oktober ini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Melihat kempen boikot perniagaan bukan Muslim

Diterbitkan 3 Sep 2019, 8:41 malam | Dikemaskini Hari ini 9:01 pagi




PANDUANKINI | Sejak akhir Ogos lalu, suara-suara yang menyeru umat Islam agar memboikot produk bukan bumiputera semakin ketara, terutamanya di media sosial.

Perkara ini muncul di tengah-tengah isu kaum dan agama di Malaysia berikutan isu-isu seperti pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular dan kenyataan pendakwah Dr Zakir Naik.

Kempen boikot itu telah mengundang pelbagai pihak untuk berkongsi pandangan mereka, termasuklah ahli politik.

Malaysiakini cuba merungkai boikot tersebut, yang kini dikatakan sebagai gerakan menyokong perniagaan Muslim.

Bagaimana gerakan ini bermula?

Kempen boikot ini kemungkinan besar bermula di media sosial. Ada sejumlah halaman di Facebook didapati membawa matlamat senada, iaitu gesaan mengutamakan produk Muslim.





Kumpulan itu sebelum ini tidak begitu menonjol, sehinggalah Ogos 2019, apabila isu boikot barangan bukan Muslim mula hangat diperkatakan pengguna Facebook di Malaysia.

Satu kumpulan Facebook tertutup yang menyeru sokongan terhadap perniagaan Muslim menyaksikan lonjakan bilangan ahli dalam masa yang singkat.

Menurut pengendali kumpulan itu, keahliannya melonjak daripada hanya 10,000 ahli dua minggu lalu kepada 100,000 minggu lalu, kemudian meningkat kepada 500,000 pada Sabtu lalu, dan kini sudah melebihi sejuta.

Gerakan itu semakin mendapat perhatian apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada Ogos lalu tampil mencadangkan larangan terhadap pengeluar bukan Muslim untuk menggunakan tulisan Jawi pada barangan mereka. Ia berkait dengan polemik pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular.



Menurut PPIM, langkah itu membolehkan pengguna “membuat pilihan” dan menyeru orang Islam agar lebih berhati-hati membeli produk bukan Melayu yang menggunakan nama Melayu.

Kempen boikot produk bukan Muslim atau sokong produk Muslim?

Kempen “beli produk Muslim dulu” bukanlah kempen baru. Kempen ini sudah ada sejak akhir tahun lepas, namun ia tidak begitu mendapat perhatian meluas.

Seperti namanya, tujuan asal kempen ini adalah untuk mengutamakan produk keluaran Muslim atau bumiputera.

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) pada awal tahun juga melancarkan kempen ‘Sokong Produk Muslim’ bagi menggalakkan pembelian produk keluaran Muslim, namun awal-awal meminta rakyat untuk tidak memboikot produk keluaran bukan Muslim.

Bagaimanapun, di kalangan penyokong kempen, seruan mengutamakan produk Muslim sering dibangkitkan bersama seruan untuk memboikot produk bukan Muslim.

Seruan boikot semakin ketara apabila kempen ini mula mendapat momentum hebat pada Ogos, sebelum berlaku perubahan nada berikutan teguran sebahagian ahli kumpulan tentang kempen yang dikatakan menyimpang daripada tujuan asal.

Perubahan itu dapat dilihat menerusi hantaran di halaman media sosial dan perbincangan di kalangan ahli kumpulan, yang kini lebih banyak mempromosikan produk dan perniagaan Muslim berbanding menyerang bukan bumiputera dan bukan Muslim.

Siapa tokoh penting yang menyokong kempen?

Setakat ini, tiada pemimpin yang menyokong gesaan boikot, kecuali Timbalan Ketua Ulama PAS Selangor Ahmad Dusuki Abdul Rani..

Pimpinan PAS bagaimanapun tampil menyatakan sokongan terhadap kempen utamakan produk Muslim, dengan menyifatkannya sebagai “inklusif” dan bertujuan menggalakkan Muslim dan bumiputera untuk membeli produk keluaran mereka.

“Bagi PAS kempen 'beli produk Muslim dulu' adalah suatu tindakan yang inklusif dan kompetitif dalam konteks perniagaan dan harus dilihat secara positif," kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Nada baru itu menyebabkan kempen ini mendapat sokongan daripada lebih ramai penyokong, termasuk daripada Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin.

Mohd Asri mengkritik kempen boikot tetapi menyokong kuat kempen mengutamakan produk keluaran Muslim dengan menyifatkannya sebagai pilihan yang lebih baik dan mampu membantu ekonomi Malaysia.

Bekas perdana menteri Najib Razak juga turut menyatakan sokongannya terhadap kempen untuk membantu ekonomi sesama Muslim dan bukannya melalui kempen memboikot barangan bukan Islam.

Siapa pula bersuara menentang kempen boikot?

Sebelum kempen itu bertukar nada daripada boikot kepada mengutamakan produk Muslim dan bumiputera, kebanyakan pemimpin Pakatan Harapan (PH) tampil mengkiritk gerakan tersebut.

Ini termasuklah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang berkata gerakan seperti itu tidak berkesan dan hanya akan mencetuskan kemarahan orang lain.

“Mungkin ada orang yang cetek fikiran yang buat benda macam ini. Tetapi tak berkesan. Boikot itu senjata yang tak berkesan, tak guna buat (perkara) itu.

"(Ia) cuma timbul kemarahan. Jangan boikot barang sesiapa pun, bumiputera atau bukan bumiputera," kata Mahathir.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga turut mengecam kempen boikot itu, dan menyifatkannya sebagai tidak produktif dan boleh menyebabkan pengguna "memboikot produk yang lebih baik dan murah” selain boleh menjejaskan perpaduan negara.

Antara menteri lain yang bersuara mengkiritk boikot itu termasuklah Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Saifuddin Nasution.

Setakat ini adakah kempen ini menjejaskan mana-mana perniagaan?

Menurut Saifuddin, setakat ini tiada laporan diterima berkenaan kesan kempen boikot itu.

Katanya, persatuan atau pertubuhan pemborong dan peruncit tidak ada memberikan apa-apa maklum balas kepadanya tentang kesan yang mereka terima daripada kempen itu.

Apakah ada gerakan seumpamanya sebelum ini?

Ya. Kempen ini bukanlah yang pertama kali seumpamanya di Malaysia.

Pada 2013 dan 2014, sudah ada blog dan halaman Facebook yang didapati menyeru agar umat Islam memboikot produk “Cina DAP”.

Blog yang bernama BBCM (Boikot Barangan Cina DAP) sebelum ini aktif di Twitter, Pinterest, dan beberapa halaman Facebook.

Meskipun hantaran terakhir blog itu ialah pada Ogos 2013, senarai rujukan mereka yang membandingkan produk bumiputera dan produk Cina, didapati kembali disebarkan di media sosial pada masa ini.

Kebanyakan poster yang menyaran produk yang patut diboikot juga menampakkan perubahan daripada nada sebelumnya.

Sekitar 2011 juga, ada kempen boikot ke atas jenama seperti Gardenia kerana didakwa mempunyai hubungan dengan BN.

Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok antara yang tampil mengkritik kempen boikot itu.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
NCCIM: Kempen boikot hanya burukkan polarisasi kaum

Diterbitkan 3 Sep 2019, 11:25 malam



Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menggesa rakyat Malaysia untuk mengambil pendirian menolak gesaan memboikot produk bukan bumiputera kerana langkah itu adalah tidak produktif dan boleh menyemai kebencian dan menimbulkan perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Presidennya, Ter Leong Yap yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu diskriminasi, dan menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menyahut gesaan itu kerana tindakan sedemikian akan menjejaskan usaha untuk memupuk keterangkuman dalam kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama.

"Rakyat Malaysia harus kekal bersatu untuk menghadapi cabaran luaran dan tidak mengambil tindakan yang boleh menggugat hubungan kaum yang harmoni.

"Tindakan memboikot itu akan menimbulkan polarisasi kaum yang lebih buruk dan membangkitkan perasaan tidak menghormati antara satu sama lain dan mencetuskan tindakan balas jika ia tidak tangani dengan baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ter juga berkata rakyat Malaysia yang berbilang kaum telah hidup bersama dalam keadaan aman dan harmoni dan oleh itu, hubungan erat yang telah lama terjalin perlu dipelihara dan dikekalkan.

"Dalam kehidupan harian, adalah menjadi perkara biasa jika kita lihat di restoran dan kedai kopi serta gerai, pelanggan bukan Islam/bukan bumiputera mengunjungi restoran milik orang Islam/bumiputera manakala pelanggan Islam/bumiputera makan di restoran halal yang dikendalikan oleh bukan-Islam/bukan bumiputera," katanya.

- Bernama

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
ni dari Dr Maza :)

A.
DrMAZA.com
2 September jam 11:13 PG

JOM KEMPEN BANTU EKONOMI MUSLIM

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin

1. Hari ini timbul pro dan kontra kempen ‘memboikot barangan non-muslim’. Kempen itu sudah pasti akan menggusarkan perasaan beberapa pihak. Kita tahu, sudah berdekad-dekad non-muslim hidup di tanah ini, tiada kempen yang seumpama itu dilancarkan oleh masyarakat muslim. Bahkan non-muslim menjadi kaya-raya dengan sikap muslim yang membeli barangan mereka tanpa prajudis. Lebih dari itu, sejak dahulu, non-muslim boleh hidup berniaga di tengah-tengah masyarakat Melayu-muslim di tanahair ini tanpa sebarang gangguan. Bukan sekadar tanpa gangguan, hubungan persahabatan dan kemanusiaan dijaga dan dipelihara oleh masyarakat muslim di tanahair ini. Walaupun hal yang sama tidak berlaku dalam masyarakat minoriti muslim di tempat lain. Namun malangnya, hasil dari perbuatan dan sikap sesetengah non-muslim sejak kebelakangan ini, maka majoriti muslim merasai bahkan meyakini ‘madu dibalas tuba, penawar dibalas racun’.


2. Pun begitu, saya berpendapat memboikot barangan non-muslim bukan satu seruan yang bijak. Ini kerana, walaupun ketara sikap anti-muslim sejumlah mereka khususnya ahli-ahli politik parti tertentu, namun bukan semua non-muslim yang bersikap demikian. Ada mereka yang baik hubungan dan perghormatan mereka kepada masyarakat muslim. Islam tidak mengajar kita memusuhi orang yang tidak memusuhi kita. Kedua, produk muslim sendiri tidak merangkumi seluruh keperluan kehidupan pada masakini. Maka, sangat sukar untuk berjaya jika memboikot keseluruhannya selagi kita masih bergantung kepada sumber produk bukan muslim dalam sebahagian keperluan.

3. Saya percaya kempen yang lebih baik ialah kempen membantu ekonomi sesama muslim. Dalam ertikata lain, kita berusaha dengan pelbagai cara menguatkan ekonomi sesama kita. Ekonomi merupakan kuasa penting kekuatan sesebuah masyarakat. Golongan anti-muslim memandang lekeh kepada masyarakat jika ekonomi kita lemah. Maka, kita hendaklah berikhtiar membantu apa yang kita mampu dalam mencapai misi ini. Antaranya, membeli dan mengutamakan produk muslim. Berkongsi kepakaran sesama muslim dalam bidang ekonomi. Tolong berkempen barangan muslim. Mencari ruang supaya hasil produk dan peningkatan peniagaan muslim dapat ditingkatkan.

4. Sikap tolong menolong dalam ekonomi sesama muslim itu merupakan satu amalan yang baik. Dalam hadis Nabi s.a.w memuji kabilah Asy’ariyin kerana tolong menolong sesama kabilah dalam memastikan kebajikan antara mereka. Dalam hadis;
عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِنَّ الْأَشْعَرِيِّينَ إِذَا أَرْمَلُوا فِي الْغَزْوِ أَوْ قَلَّ طَعَامُ عِيَالِهِمْ بِالْمَدِينَةِ جَمَعُوا مَا كَانَ عِنْدَهُمْ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ ثُمَّ اقْتَسَمُوهُ بَيْنَهُمْ فِي إِنَاءٍ وَاحِدٍ بِالسَّوِيَّةِ فَهُمْ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُم
Daripada Abi Burdah, daripada Abi Musa, katanya: Sabda Nabi S.A.W.: “Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

5. Dalam hadis di atas, Nabi S.A.W. memuji sikap tolong menolong, bantu membantu serta sikap mengambil berat antara satu sama lain. Baginda S.A.W. memuji sikap yang ditunjukkan oleh kaum al-Asy`ariyin yang jamin menjamin kebajikan sesama mereka. Ungkapan Nabi s.a.w: “ Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka” menggambarkan redha Nabi s.a.w. dengan tindakan mereka. Tindakan mereka sesuatu yang terpuji.
Ertinya, tolong menolong sesama keluarga atau puak, atau bangsa atau kumpulan dalam daerah kebajikan dan taqwa tidak dianggap sebagai perkauman yang sempit. Ini selagi tidak menzalimi pihak lain.

6. Maka kempen yang patut ketengahkan ialah ‘bersama mengukuhkan ekonomi muslim’. Apatahlagi realiti yang ada dengan sikap yang ditunjukkan oleh sesetengah pihak amat menuntut agar ekonomi masyarakat Islam diperkukuhkan. Keadaan ekonomi umat Islam agak ketinggalan secara perbandingan. Mungkin kita mempunyai kuasa membeli yang agak tinggi, disebabkan jumlah kita di negara ini. Malangnya, kita bukan peniaga, apatahlagi sebagai pengeluar. Kita sekadar pembeli dan pengguna dalam banyak hal. Hal ini perlu diatasi. Kuasa membeli kita mesti dimanfaatkan.

7. Perlu disedari pengeluaran sebahagian produk keperluan merupakan fardu kifayah dalam menyelamatkan keperluan dan maruah umat. Membeli dari peniaga muslim sebagai usaha memperkukuhkan kuasa ekonomi Umat Islam pastinya merupakan langkah bagi memastikan fardu kifayah tersebut terlaksana. Jika gagal sehingga umat ini boleh diperkotak-katikkan, maka semua kita berdosa.

8. Atas kelemahan masyarakat muslim menguasai rantaian bekalan (supply chain) menyebabkan peniaga muslim menghadapi cabaran yang kuat di sudut persaingan. Contohnya, agak sukar untuk kita dapati pasaraya-pasaraya besar dimiliki oleh muslim atau memasarkan barangan keluaran muslim. Demikian juga untuk memperolehi bahan mentah yang baik dan berpatutan. Ini berlaku disebabkan faktor-faktor tertentu, antaranya pihak lain telah lama melancarkan usaha bantu membantu ekonomi sesama sendiri. Tiada siapa pun menyatakan itu ‘rasis’. Jika masyarakat muslin tidak bertindak membantu sesama sendiri, bererti kita membiarkan peniaga dan pengusaha muslim gagal dalam usaha pengukuhan ekonomi. Nabi bersabda:
المُسْلِمُ أَخُو المُسْلِمِ، لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ، وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ
“Orang muslim itu saudara orang muslim. Dia (muslim) tidak menzaliminya (saudara muslimnya) dan membiarkannya (dizalimi). Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah menunaikan hajat” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

9. Jika kita andaikan setiap rumah muslim membeli barangan keperluan makanan dapur sahaja dari produk muslim, berbillion ringgit setiap bulan pergerakan ekonomi Umat Islam dapat dijalankan. Pastinya akan lebih banyak produk dan syarikat perniagaan muslim akan muncul. Dengan itu, zakat dan bantuan sesama muslim akan bertambah kukuh. Ini merealisasikan sabda Nabi s.a.w :
الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا
“Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

10. Dalam masa yang sama, kualiti produk dan urusan perniagaan muslim juga mestilah ditingkatkan. Muslim yang baik, akan memastikan peniagaannya bebas dari penipuan. Sabda Nabi s.a.w:
Sabda Nabi:
الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ وَلاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ بَاعَ مِنْ أَخِيهِ بَيْعًا فِيهِ عَيْبٌ إِلاَّ بَيَّنَهُ لَهُ.
“Muslim saudara muslim. Tidak halal seorang muslim menjual kepada saudaranya suatu jual yang ada kecacatan kecuali dia menerangkannya untuknya” (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dll. Al-Hakim menyatakan sahih dan disetujui oleh al-Zahabi).

Sabda Nabi s.a.w juga:
إِنَّ التُّجَّارَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فُجَّارًا إِلاَّ مَنِ اتَّقَى اللَّهَ وَبَرَّ وَصَدَقَ
“Sesungguhnya para peniaga dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang jahat kecuali mereka yang bertaqwa, berbuat kebaikan dan benar. ( Riwayat al-Tirmizi, al-Hakim dalam al-Mustadrak dll. Al-Hakim menyatakan sanadnya sahih. Ia dipersetujui oleh al-Zahabi)

11. Akhirnya, pihak lain tidak perlu melihat kempen membeli produk atau peniagaan muslim satu permusuhan. Betapa banyak syarikat iklan yang mengiklan barangan mereka di segala media dan papan tanda. Itu bukan bererti satu peperangan kepada syarikat lain. Ia satu usaha syarikat untuk melariskan produk mereka demi pengukuhan ekonomi mereka. Demikianlah kita semua masyarakat muslim. Kita semua berusaha memajukan masyarakat muslim kita terutama dalam menghadapi situasi yang ada seperti sekarang. Ini demi persaudaraan sesama muslim, keteguhan ekonomi umat dan masa depan bersama.


B.


C.
DrMAZA.com

· 15 jam

Jom tolong peniaga muslim..



D.

PROmediaTAJDID

· 11 jam

Boikot Produk Non Muslim?Antara Boikot Produk Non Muslim &
Kempen Produk Muslim !

Kumpulan yang gemar masuk campur Urusan Hal Ehwal Islam.

- SS Dr MAZA -




E.



DrMAZA.com
10 jam ·
Membeli barang muslim ertinya membantu sesama muslim. Membantu sesama muslim disuruh oleh ALLAH dan RasulNYA. Ertinya kempen beli produk dan bantu peniaga muslim kempen berpahala. Maka beli produk dan tolong peniaga muslim itu mendapat pahala.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Yusfarizal Yussoff

2 September jam 1:43 PTG

1. Beli barangan keluaran Muslim. Ertinya bila ada pilihan, pilih. Kalau tiada pilihan, macam mana mahu pilih, belilah apa yang ada.

2. Apa salahnya? Ia adalah jihad membantu ekonomi Muslim. Ia adalah kuasa pasaran. Ia adalah “ta’awun” atas kebaikan dan taqwa. Macamlah orang lain tak pernah buat.

3. Bolehkah? Benar, banyak produk sama ada peringkat pengeluaran atau produk akhir adalah keluaran bukan Islam. Tapi tak kurang banyak produk Muslim. Pembekal Muslim pun makin banyak. Sekali lagi, pilihlah.

4. Daripada beli kedai runcit lain, belilah di kedai runcit Acheh, Muslim jugak. Daripada minum kopi francais antarabangsa milik orang lain, minumlah Gloria Jeans. Banyaklah pilihan.

5. Produk Muslim hebat sangatkah? Belum hebat, inilah kita nak hebatkan. Kitalah jugak yang kena sokong. Kata Muslim itu bersaudara. Peniaga pun kena tingkatkan kualiti dan disiplin.

6. Jadi kena buanglah IPhone tu? Tak perlulah sampai begitu. Itu hanya sinikal separuh akal. Dah kata tadi kalau ada pilihan, pilihlah. Kalau lepas ini ada telefon keluaran Muslim yang berkualiti, kita belilah.

7. Produk Muslim dari negara Muslim yang lain masih banyak. Perbanyakkan import dari Turki dan sebagainya. Biskut coklat mereka pun lebih sedap daripada chipsmore.

8. Ini bukan politiklah. Tapi semangat itu dinyalakan sebab kebebalan sesetengah pihak juga, yang nak mempertikai semua benda.

9. Maka setiap benda ada kesannya.

10. Hentikanlah tukar tayar kedai itu, banyak lagi kedai lain.

YUSFARIZAL YUSSOFF

 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
981
Reaction score
180
Points
23
Rasanya Siti Kasim yang masih keliru


Hasif Idris
03 September 2019 2:21 PM

BELI ‘produk keluaran umat Islam’ dan beli ‘produk yang mempergunakan agama’ sebagai bahan pelaris adalah dua perkara yang sangat berbeza.

Itu rumusan dapat dibuat berdasarkan kenyataan terbaharu dimuat naik peguam kontroversi, Siti Kasim dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Apa yang cuba dibandingkan aktivis sosial itu adalah berkenaan harga nasi lemak biasa dibungkus daun pisang RM1 dan boleh mencecah sehingga RM29.90 sekiranya itu adalah ‘nasi lemak syifa dibaca ayat al-Quran oleh Ustaz Al-Fadhil koko’.

Malah, gambar yang diletakkan dalam ruangan komen adalah tentang air mineral yang dilabelkan sebagai air penawar yang sudah dibacakan 30 juzuk Al-Quran, selawat dan doa dengan harga RM10 bagi 1.5 liter. Entah gambar bila dan zaman bila punya iklan.

Setahu penulis, tiada langsung jenama air mineral yang dimaksudkan berdasarkan senarai barangan yang diedarkan kepada orang ramai menerusi kempen sokong produk keluaran milik bumiputera,‘Buy Muslim Bumiputera First’.

Bahkan, Utusan Online pada 26 Februari tahun lalu pernah menyiarkan rencana Tangani Fenomena ‘Jual Agama’ yang ditulis oleh Timbalan Presiden Multaqa Asatizah dan Du’at (Murshid), Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al Hafiz.

“Banyak sekali produk ajaib berasaskan agama yang sedang dan pernah menggemparkan Malaysia, antaranya: air ajaib 30 juzuk, jus jampian ustaz selebriti, kurma nabi yang sudah khatam Sahih Bukhari, air malam Jumaat celupan sarang anai-anai yang makan 22 juzuk al-Quran, air lunturan tulisan ayat al-Quran pada pinggan putih dan sebagainya.

“Formulanya mudah iaitu jika perniagaan semakin suram, maka produk agama perlu diketengahkan kerana ia seumpama magnet yang mampu menarik minat pembeli.

Tambahan pula mentaliti sesetengah orang jahil memang sukakan produk segera dan cepat.

Sebab itu banyak ‘tagline’ yang digunakan semuanya berkonsepkan segera dan cepat: Cepat putih, cepat kurus, cepat pandai, cepat bijak, cepat syurga.

“Bukanlah saya menafikan al-Quran sebagai mukjizat yang mampu menyembuhkan penyakit fizikal, tetapi teguran ini bermaksud menghalang eksploitasi melampau terhadap al-Quran,” tulisnya.

Bagi mengelakkan kekeliruan timbul, beberapa kaedah juga digariskan bagi tujuan memperkasakan ekonomi umat Islam dan bumiputera yang bukannya memboikot produk bukan Islam sama sekali.

Pertama: Cari dan beli produk Muslim di kedai Muslim. Jika tidak ada kedai Muslim, beli produk Muslim di kedai bukan Muslim.

Kedua: Jika tidak ada produk Muslim, beli produk bukan Muslim di kedai Muslim dan sekiranya tiada produk dan kedai Muslim boleh membeli produk bukan Islam di kedai bukan Islam.

Sudahnya, Siti Kasim yang masih keliru atau sebenarnya cuba mengelirukan orang ramai? -UTUSAN ONLINE

 
Sponsored Post
Top
Log in Register