Pro-Mahasiswa: Tidak wajar Khaled perlekeh pelajar IPT

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Pro-Mahasiswa: Tidak wajar Khaled perlekeh pelajar IPT

KUALA LUMPUR, Jan 30 — Kumpulan Pro-Mahasiswa yang gagal menguasai penuh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menyifatkan tidak wajar mereka digambarkan tidak matang hanya kerana tidak berpuas hati berhubung perjalanan pilihan raya kampus baru-baru ini.

Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Shafie Hashim berkata, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan memperlekehkan mahasiswa dengan ungkapan tidak “matang”.

“Pro-Mahasiswa juga menyelar kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin kerana sekali lagi mengeluarkan kenyataan memperlekeh mahasiswa dengan ungkapan tidak matang dan tidak boleh terima kekalahan.

“Kenyataan tersebut jelas menunjukan keegoan seorang pemimpin rakyat yang tidak ada prikemanusiaan terhadap penindasan kepada mahasiswa yang juga sebahagian di bawah tanggungjawabnya,” kata Shafie.

Shafie yang juga pengerusi Pro-Mahasiswa pelajar Universiti Malaya (UM) berkata Khaled kelihatan tidak menyelami apa yang mahasiswa rasai.

“Pro-Mahasiswa jelas dengan prinsip perjuangannya yang hanya mahu menegakkan keadilan dan menghancurkan kezaliman terhadap apa sahaja yang berlaku.

“Pro-Mahasiswa tidak bias pada mana-mana pihak... yang salah tetap salah, yang benar tetap benar,” katanya.

Dalam pilihan raya kampus yang berlangsung setakat ini kumpulan Pro-Aspirasi menguasai dua pertiga MPP universiti.

Pengurusan universiti tidak mengiktiraf kewujudan kumpulan Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi.

Dalam konteks pilihan raya kampus di UM kali ini kata Shafie, mereka berhadapan dengan sistem e-undi yang masih baru dan diragui ketelusan serta soal integriti.

Pada masa yang sama pilihan raya kampus UM berhadapan dengan pentas perlawanan tidak adil sehingga berlaku banyak penindasan, katanya.

“Atas perkara itu, Pro-Mahasiswa terus bingkas bangun mempertahankan kebenaran sehingga mendapat keputusan yang baik daripada Naib Canselor untuk menyiasat dan tangguh segala keputusan pilihan raya yang sebelum ini telah diumumkan.

“Oleh yang demikian tidak ada mana-mana pihak mendakwa dirinya kalah mahupun menang, lebih lebih lagi mahu bercita-cita membentuk 'abinet dalam masa terdekat ini,” katanya.

Shafie juga meminta mana-mana pihak jangan memandang rendah pada keupayaan mahasiswa.

“Menang kalah bukan ukuran, tetapi mahasiswa tegas dan tetap pendirian di atas perjuangan untuk mepertahankan kebenaran dan keadilan sehingga menumbangkan segala kezaliman dan penindasan,” katanya.

Jurucakap kumpulan Pro-Mahasiwa Universiti Kebangsaan Malaysia, Hilman Idham juga berkata tindakan Khaled melabelkan pelajar tidak matang dalam menerima keputusan di UM dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah tidak wajar.

Pelajar UKM yang tidak berpuas hati mengadakan demonstrasi di pekarangan masjid universiti itu semalam. Dua ditahan dan memberi keterangan kepada polis.

“Pada pandangan saya, segala perlakuan ini berlaku bukan atas sebab ketidakmatangan mahasiswa dalam menerima kekalahan.

“Namun, ia berlaku atas segala perkara yang berlaku sepanjang perjalanan pilihan raya.

“Soal keadilan, pilihan raya yang bersih, telus dan adil ini adalah persoalan yang seringkali muncul dalam pilihan raya kampus,” katanya.

Oleh itu kata Hilman, pihaknya menolak kenyataan menteri yang menyatakan bahawa tidak perlu menyertai pilihan raya sekiranya tidak mahu menerima kekalahan.

“Maka saya nyatakan bahawa tidak perlu bertanding dalam pilihan raya sekiranya mahu menang secara penipuan.

“Saya nyatakan beberapa situasi di UKM yang menyebabkan mahasiswa tidak berpuas hati dan menuntut keadilan,” katanya.

Calon MPP UKM yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan bantahan sebelum petang Isnin ini dan keputusan dijangka diketahui hari keesokan.

Pro-Mahasiswa UKM mendakwa wujudnya ‘kaunter SPKG’ yang berkonsepkan pondok panas, dikatakan bertanggungjawab berkempen untuk calon Pro-Aspirasi apabila meletakkan gambar calon Pro-Aspirasi di kaunter ini.

“Mereka yang menjaga kaunter ini terdiri daripada ahli jawatankuasa perwakilan kolej dan mereka juga memakai baju Pro-Aspirasi.

“Mereka juga bertanggungjawab untuk mengedarkan senarai nama dan nombor calon Pro-Aspirasi kepada semua mahasiswa yang akan mengundi khususnya mahasiswa tahun satu.

“Perkara ini bertentangan dengan Tatacara Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar kerana mahasiswa tidak dibenarkan untuk mengadakan pondok panas dan mengedarkan senarai nama calon, gambar dan nombor calon,” katanya.

Seterusnya ialah keputusan yang diumumkan bercanggah dengan keputusan yang telah dikeluarkan setiap saluran peti undi melalui kolej yang telah diumumkan oleh pengetua kolej.

“Hal ini menimbulkan tanda tanya dan persoalan apakah telah berlaku penipuan dan penyelewengan sebaik sahaja sampai di pusat penjumlahan undi,” katanya.

“Justeru, mahasiswa bukanlah golongan yang tidak matang dalam menerima kekalahan mereka namun jelas menuntut jawapan atas segala ketidakadilan yang berlaku,” katanya.
 
Sponsored Post

akuslamberjer

Super Active Member
Joined
Jan 5, 2008
Messages
5,287
Reaction score
103
Points
73
hehe leh tahan pedas statement pengerusi pro-M nih..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register