BTC USD 48,157.7 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pro-Mahasiswa sambut baik penangguhan PRK UIAM

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
Gombak, 16 Januari 2009 - Pro-Mahasiswa UIAM menyambut baik penanggguhan PRK UIAM daripada 19 Januari kepada 22 Januari depan. Penangguhan tersebut dibuat selepas pihak UIAM membatalkan semua kegiatan akademik dan ko-kurikulum atas sebab krisis air yang melanda kampus gombak semenjak rabu lepas.

Jurucakap Pro-Mahasiswa UIAM, Saudara Mohd Nor, berkata: “Penangguhan PRK ini akan memberikan kelebihan kepada semua pihak yang bertanding untuk mendekati pengundi di samping memantapkan persiapan kempen masing-masing. Tarikh asal PRK yang sepatutnya diadakan pada 19 Januari 2009 sebenarnya membebankan dan menyulitkan pihak yang bertanding untuk berkempen mendekati pengundi. Mengikut tempoh yang asal, kempen selama 3 hari diadakan pada hujung minggu yang mana ini menyebabkan kesusahan dan menghalang calon terutamanya daripada Pro-Mahasiswa untuk menemui pengundi”.

“Kita berharap dengan penangguhan ini, calon-calon daripada Pro-Mahasiswa akan mendapat kemudahan dan peluang yang seluas-luasnya untuk menemui pengundi”.

Dalam perkembangan lain, pihak Pro-Mahasiswa yakin dapat menawan sekurang-kurangnya 3 kerusi tanpa bertanding di beberapa kulliyyah di kampus Gombak dan beberapa kerusi di kampus Kuantan pada hari penamaan calon. Ini berdasarkan analisis yang dibuat terhadap senarai calon yang layak bertanding, sebagaimana yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (Election Commission) selepas tamat proses ujian penilaian bahasa Inggeris dan temuduga. Senarai tersebut dikeluarkan oleh pihak suruhanjaya pada rabu lepas dengan 37 orang mahasiswa disahkan layak untuk dicalonkan dalam PRK kali ini.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register