BTC USD 49,096.1 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pro-Mahasiswa Nasional turun melawat UPSI

Kehidupan

CG Top Poster Club
Messages
25,111
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
Tanjung Malim, 1 Nov: Suatu lawatan daripada Pro-Mahasiswa Nasional ke Universiti Sultan Idris (UPSI) telah diadakan pada hari ini. Diantara yang turut serta adalah Saudara Norazali Bin Zainuddin, selaku Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Saudara Hilman selaku pengerusi Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), Saudara Mohd Faisal Bin Mustaffa, Saudara Shahir Bin Abd Aziz dan Saudara Riduan Bin Mohamad.

Manakala dari pihak Majlis Perwakilan Pro Mahasiswa UPSI, dihadiri oleh kesemua 8 orang ahlinya yang menang diatas tiket “kebajikan”. Antaranya saudara Akmal dan saudara Arif yang merupakan figure utama mereka. Di dalam pertemuan yang berlangsung selama lebih kurang dua jam ini, delegasi Pro-Mahasiswa Nasional sempat bertukar pandangan mengenai cara-cara menyusun strategi dalam mengisi kemenangan ini.

Selain itu, sesi “brainstorming” turut dijalankan bagi memastikan situasi angin perubahan politik di UPSI terus berlangsung sehingga PRK akan datang.

Di peringkat Pro-Mahasiswa UPSI, Saudara Akmal yang memenangi undian tertinggi turut menyatakan rasa terharu diatas kehadiran kami pada hari ini. Beliau yang dinafikan kerusi Majlis Tertinggi walaupun mendapat undian tertinggi tetap menyatakan kesediaan untuk berentap di dalam mesyuarat bagi memperjuangkan hak mahasiswa.

Selain itu, beliau juga menyatakan rasa terkilan kerana kerusi YDP UPSI bakal disandang oleh seorang calon fakulti yang menang tanpa bertanding. Calon YDP ini juga pernah tewas di dalam PRK yang lepas.

Saudara Norazali selaku pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional menyampaikan hasrat diperingkat pimpinan Pro-Mahasiswa Nasional untuk melihat MPP Pro-Mahaiswa UPSI terus bergerak maju di dalam menjayakan agenda kebajikan mereka kepada mahasiswa. Beliau menyatakan kesediaan pimpinan diperingkat nasional untuk turut serta membantu mengisi kemenangan ini.
 
Sponsored Post

master04

Legendary Member
Messages
10,130
Joined
Jan 17, 2008
Messages
10,130
Reaction score
4
Points
115
prk kat um lg best banding plhn raya malaysia....pndgn aku ler....apa pun hidup pro mahasiswa
 

mido

Active+ Member
Messages
4,861
Joined
Feb 23, 2007
Messages
4,861
Reaction score
12
Points
25
sdr Iqbal nih org kuat U mana plak???
x tanding MPP mana2 ka?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register