Pro dan Kontra dalam memilih Kerjaya. Apa solusi sebenarnya?.

CG Sponsors




intojannah

Freshie
Joined
Jan 22, 2020
Messages
2
Reaction score
1
Points
8
Pro dan Kontra dalam memilih Kerjaya. Apa solusi sebenarnya.

Memilih pekerjaan lazimnya ada yang kerana desakan sara hidup dan ada juga kerana minat, Walau bagaimanapun kedua2 boleh dijadikan sebab untuk anda berjaya. Atas dasar desakan hidup, anda kena punya motivasi yang lebih untuk berjaya. Jika bekerja kerana minat, motivasi untuk berjaya akan datang dengan sendirinya dengan sedikit usaha dan motivasi.

Memilih kerjaya dengan bekerja sebagai kakitangan syarikat swasta. Mula2 jadi kerani, tak apalah sebab baru mula kerja. Dah 6 bulan bekerja teringin pulak nak kerja sebagai eksekutif. Dengan sedikit pengalaman, ada kelayakan akademik dan sedikit bodek bos, dapatlah jadi eksekutif. Dah naik pangkat mestilah ada staff bawahan nak kena jaga. Serabut sikit buat kerja kerana dah mula buat keputusan2 kecil untuk syarikat sambil membimbing staff bawahan kategori kerani atau pekerja am.

Bila dah 2 tahun jadi eksekutif, kerja pun dah mula pandai sikit dan bos pun sayang pada kita, kita pun dah mula target nak jadi Assisant Manger. Mulalah belajar atau ambil peluang masuk meeting dengan bos. Bila bos tak datang kerja, kita la pulak tukang jadi buat keputusan dan jaga kakitangan. Dulu balek waktu habis kerja rasmi pukul 5.30 petang dan Sabtu Ahad kira cuti rehat.

Dah jadi Assistant Manager, CEO syarikat dah anggap syarikat macam anda yang punya. Bila2 masa dia boleh panggil meeting, teman dia jumpa client, ada bisnes talk dan macam2 talk lagi. Kadang-kadang lebih banyak 'talk and walk' dari 'walk the talk'. Teman bos makan dan bincang2 sikit hal bisnes di office. Kira masa anda dah dalam gengaman CEO syarikat. Dek kerana kerajinan dan kebijakan anda mengedali semua masalah syarikat. Pandai buat keputusan yang tepat dan cemerlang, akhirnya anda dinaikkan pangkat jadi Manager dan General Manager.

Jadi General Manager, usia masa tu dah dalam 35 tahun keatas. Masa ni kita fikir nak settle down dan ada masa nak beribadat. Tapi kerja dengan syarikat swasta jangkaan anda banyak yang silap. Semakin naik pangkat semakin banyak peratusan masa dalam genggaman Board of Directors atau owner syarikat. Anda nak beri masa kepada keluarga dan perkara yang anda minat dah tak berapa boleh. Nak lebih masa beribadat, ikut disiplin anda mengaturnya dengat bijak. Nampak tak kat situ. Kerjaya dengan syarikat swasta juga nampaknya bukan satu pilihan yang tepat.

Kerja dengan Jabatan Kerajaan. Tak nak ulas banyak sebab semakin tinggi jawatan semakin banyak masa terluang. Dia beza sikit dengan syarikat swasta. Jadi keburukan kat situ adalah masa yang terluang tu, takut ditanya oleh Allah SWT. Makan gaji tapi buat kerja lain dalam masa bekerja. Bersosial media, berbincang perkara yang tak berkaitan dengan kerja, outstation sambil bersantai2 dan macam perkara diluar bidang kerja. Ini pandangan saya secara peribadi. Orang lain mungkin ada pandangan yang lebih bernas.

Kalau macam tu buat bisnes sendirilah pilihan terakhir. Katalah bermula dengan bisnes online. Kena ada ilmu jugak. Kena berlajar marketing di sosial media, FB ads, Instagram, SEO strategy, belajar buat WEB, Jadi Utuber dan sebagainya. Kena ada modal juga ni untuk bermula. Kena pergi kursus dan macam-macam e-book jugak kena beli untuk tambah ilmu marketing. Memang tak sabar nak tunggu hasilnya. Kos sara hidup berjalan tiap hari. Konflik jugak kan. Nak kerja swasta akhirnya masa dalam gengaman orang lain. Kerja kerajaan kena ikut gred berdasarkan kelayakan kalau mula kerja, Nak bisnes online nak kena ambik masa lama.

Apa kata buat bisnes offline. Bisnes makanan, minuman, jual tudung, barang kosmatik dan macam-macam cabang bisnes. Kalau berbisnes offline ni semua proses hampir sama. Kena ada minat, ekosistem sekeliling kena menyokong bisne, modal kena ada, marketing kena padu, kos iklan yang tinggi, Ambil masa yang agak lama untuk dapat duit balik. Otai bisnes selalu pesan kena ada bajet sara hidup 6 bulan kehadapan baru boleh buat keputusan berbisnes.

Ada bisnes yang perlukan banyak masa dan kurang modal. Ada juga bisnes yang banyak modal kurang masa berbisnes. Pilihan ditangan anda untuk memilih peta kehidupan anda. Jangan lupa masukkan peta kehidupan menuju akhirat kerana dunia bukan tempat tinggal kita. Kita akan meninggalkan dunia bila2 masa. Jadi persediaan untuk akhirat kena lebih dari persediaan kehidupan di dunia.

Saya dah lalui semua kerjaya tersebut di atas dan saya kongsikan pro dan kontranya. Pilihan di tangan anda semua untuk bermula dan mengakhirinya dengan cemerlang.

Akhirnya saya memilih bisnes bersama LG Electronics sebagai punca pendapatan yang banyak dan senang. Jimat masa dan banyak masa untuk peribadi. Kalau nak saya kongsikan boleh ja.

Jangan lupa bahawa 'Berdagang dengan ALLAH SWT adalah satu perdagangan yang tidak pernah rugi'. Semoga sukses semuanya.
 
Top
Log in Register