BTC USD 38,880.3 Gold USD 1,874.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Sarawak tidak boleh dielak, tetap diadakan - Abang Johari

The Maut

Super Active Member
Joined
Jul 19, 2019
Messages
6,330
Reaction score
118
Points
83
PBB sentiasa sediakan kuota 10 peratus untuk muka baharu - Fadillah

Menurut Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof, sekurang-kurangnya 10 peratus kuota diperuntukkan untuk memperkenalkan muka-muka baharu di bawah parti itu. - Gambar Astro AWANI

PBB sentiasa sediakan kuota 10 peratus untuk muka baharu - Fadillah

KUALA LUMPUR :
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersedia membuka ruang untuk calon baharu mewarnai Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12), kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut Naib Yang Dipertua Kanan PBB merangkap Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu, sudah menjadi amalan buat parti itu untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus bagi tujuan tersebut.

Jelasnya, ini termasuk dalam kalangan generasi muda.

"Dalam konteks GPS, saya tidak berani untuk mengatakan perkara ini, tetapi dalam parti kami iaitu PBB biasanya kita akan memperuntukkan 10 peratus sekurang-kurangnya kepada muka-muka baharu.

"Malahan di peringkat PBB itu sendiri memang menjadi amalan, sesiapa sahaja yang merasakan sudah cukup masa untuk mereka berundur, maka mereka akan umumkan.

"Perkara itu sudah berlaku di peringkat PBB itu sendiri, beberapa wakil rakyat sudah mengumumkan mereka bersedia melepaskan kerusi buat muka baharu," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Rabu.

Mengulas berkenaan penambahan kuota berjumlah 10 peratus buat calon baharu itu, jelas Fadillah perkara tersebut perlu bergerak seiring dengan keadaan semasa.

"Ini melihat kepada keadaan dan dari segi amalannya. Seeloknya ada gabungan. Pertama sekali kita perlu meneliti generasi yang berpengalaman, generasi pertengahan dan generasi muda untuk kita asuhkan.

"Memang ada persiapan sedemikian," tambah Fadillah.

Ujarnya, perlu ada gandingan antara generasi lama dan baharu dalam memastikan keseimbangan dalam komposisi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Dh dkt nk pru atau prn ni.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
298,670
Reaction score
12,787
Points
2,376

The Maut

Super Active Member
Joined
Jul 19, 2019
Messages
6,330
Reaction score
118
Points
83

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
27,446
Reaction score
2,041
Points
206
PN setuju bantu GPS dalam PRN Sarawak
MUHAMMAD YUSAINY MOHAMAD YUNUS | | 04 April 2021

1022460.jpg

Hamzah Zainudin
A
A
SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) sebulat suara bersetuju membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keakraban kedua-dua pimpinan PN dan GPS sepanjang lawatan rasmi membuktikan bahawa persefahaman politik antara dua parti berada pada tahap yang amat baik.

“Kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu juga komited untuk memantapkan lagi kerjasama politik antara PN dan GPS di masa hadapan.

“Majlis Tertinggi turut menzahirkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas sambutan luar biasa terhadap delegasi Perdana Menteri semasa lawatan rasmi ke negeri Sarawak pada 1 hingga 2 April lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, Majlis Tertinggi PN menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Permesyuaratan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) - Pas di peringkat pusat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“PN percaya bahawa jawatankuasa itu mampu merangka strategi kukuh bagi meraih sokongan dalam kalangan bumiputera.

“Di samping memelihara kepentingan dan hak bukan bumiputera seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Pada Sabtu, mesyuarat Majlis Tertinggi PN telah dipengerusikan Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hadir sama, ketua-ketua parti komponen PN, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan (Presiden STAR), Senator Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (Presiden SAPP) dan Datuk Dr Dominic Lau (Presiden Gerakan) serta ahli-ahli Majlis Tertinggi.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/131968/BERITA/Politik/PN-setuju-bantu-GPS-dalam-PRN-Sarawak
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,446
Reaction score
12,874
Points
1,906
Persoalan lain timbul mengenai sejauh mana bantuan Bersatu kepada GPS dalam usaha memenangi pilihan raya di Sarawak?
#MNow #GPS #PN #Politik #PRU15 #Sarawak

Bersatu intai ‘satu, dua kerusi’ Sarawak tanpa mahu ‘lukakan’ GPS​

Persoalan lain timbul mengenai sejauh mana bantuan Bersatu kepada GPS dalam usaha memenangi pilihan raya di Sarawak?

Apr 9, 2021 11:55 AM

MNOW-Bersatu-Sarawak-01-1-1068x755.jpg
Perikatan Nasional berikrar untuk menggerakkan jentera bagi membantu GPS dalam PRN Sarawak.

Walaupun mempunyai keinginan untuk mempunyai kerusi di Sarawak, Bersatu berkata pihaknya tetap menghormati pendirian GPS jika gabungan politik kerajaan negeri itu memutuskan untuk tidak memberi jalan kepada parti yang mesra mereka dari Semenanjung.

“Kami akui kami tak besar. Kami faham pendirian mereka, kami hormat, dan kami ingin pastikan hubungan terus harmoni kerana kita berada dalam kapal yang sama,” kata Pengerusi Bersatu Sarawak Jaziri Alkaf A Suffian, yang juga merupakan ketua Perikatan Nasional (PN) negeri itu, kepada MalaysiaNow.

PN baru-baru ini menyatakan sokongan penuh kepada GPS dan berikrar untuk menggerakkan jenteranya bagi membantu sekutunya di Sarawak menang dalam pilihan raya negeri akan datang, dan pilihan raya umum.

Perkembangan politik itu adalah susulan lawatan rasmi pertama pengerusi PN dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ke Sarawak.
Sebuah lawatan yang dilihat berjaya mempereratkan hubungan antara Putrajaya dan kerajaan negeri walaupun wujud sebahagian pemimpin Umno yang mahu memutuskan hubungan dengan kerajaan persekutuan.

Muhyiddin semasa lawatannya enggan mengulas mengenai isu apakah Bersatu akan bertanding di Sarawak dan berkata perkara tersebut adalah tertakluk kepada persetujuan dari GPS.

GPS, diketuai PBB ditubuhkan selepas parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak keluar dari gabungan besar politik itu, selepas pilihan raya umum 2018.

Parti komponen GPS juga turut mewakili demografi Sarawak.

PBB dilihat mewakili masyarakat Melanau dan Melayu, SUPP mewakili kaum Cina, sementara PDP dan PRS mewakili komuniti peribumi bukan Islam.
MENYUSUL LAGI

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,446
Reaction score
12,874
Points
1,906
1618455581347.png

Tiada ruang untuk Bersatu di Sarawak, kata pemimpin GPS​

Diterbitkan 14 Apr 2021, 2:00 pm

Pemimpin GPS menafikan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Zuraida Kamaruddin yang mencadangkan agar partinya dapat bertanding di Sarawak di bawah panji GPS.

Naib Presiden PBB Abdul Karim Rahman Hamzah menyatakan tidak ada ruang untuk Bersatu di Sarawak.

"Terdapat banyak cakap-cakap mengenai isu baru-baru ini mengenai Bersatu bertanding dalam pilihan raya negeri kita di bawah tiket GPS tetapi setakat yang kita tahu tidak ada ruang untuk mereka melakukannya kerana gabungan negeri telah mengenal pasti calon untuk bertanding semua 82 kerusi," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Abdul Karim mengatakan GPS masih menyokong Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Bersatu dan akan menguruskan isu itu sewajarnya.

"PN ditubuhkan demi kestabilan dengan sokongan GPS. Kami juga berharap PN akan membalasnya ketika menghadapi pilihan raya negeri," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PBB Gerald Rentap Jabu menyatakan bahawa komponen GPS yang terdiri daripada PBB, SUPP, PRS dan PDP akan bertanding di semua 82 kerusi DUN di Sarawak.

"Bersatu bukan anggota GPS," katanya seperti dipetik oleh Borneo Post.

Rentap menambah bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg, yang juga pengerusi GPS, untuk memutuskan pengaturan kerusi untuk pilihan raya negeri yang akan berlangsung pada bulan Ogos.

"Jangan datang ke Sarawak dan hanya membuat tuntutan.

"Adalah baik baginya untuk terlebih dahulu memahami keperluan rakyat untuk lebih banyak stesen bomba, skim perumahan yang mengutamakan rakyat dan peruntukan kepada pihak berkuasa tempatan, sehingga wilayah Sarawak setaraf dengan wilayah Semenanjung Malaysia," katanya seperti dilapor.

Zuraida, yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan, dalam lawatan kerja di Sarawak pada hari Isnin mendakwa bahawa Bersatu mungkin akan bertanding di bawah panji GPS.

"Kita difahamkan di Sarawak ini, insyaAllah, sekiranya Bersatu bertanding, kita akan bertanding dengan tiket GPS dalam pilihan raya negeri," katanya seperti dipetik Astro Awani.

Pengerusi PBB Cawangan Piasau Kaunselor Sardon Zainal, sementara itu, mendakwa Zuraida telah salah faham dengan apa yang disampaikan kepadanya oleh pemimpin PBB yang telah bertemu dengannya.

Sardon berkata perbincangan diadakan antara wakil rakyat PBB Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman dan ketua Pengerak Komuniti Negara (PKN) Sarawak, Nurhanim Mohsen, tetapi tidak ada yang menyentuh tentang membenarkan Bersatu bertanding dengan tiket GPS.

PKN adalah organisasi yang dikaitkan dengan Zuraida, yang terdiri daripada banyak bekas anggota PKR yang menyertai Bersatu.

"Fazzrudin tidak pernah menyentuh mengenai soal membenarkan Bersatu menggunakan tiket GPS untuk bertanding pada PRN Sarawak yang akan datang.

"Kenyataan ini hanyalah suatu andaian yang tidak berasas sama sekali kerana presiden Bersatu sendiri telah memberikan jaminan bahawa Bersatu tidak akan bertanding di Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak sendiri tidak pernah mengalu-alukan Bersatu bertanding di Sarawak demi menjaga hubungan antara PN dan GPS di peringkat pusat," katanya seperti dipetik Sarawak Tribune.

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,775
Reaction score
2,432
Points
201
View attachment 361334

UMNO pun tak boleh nak masuk Sarawak, bersatu nak cuba nasib pulak.
 
midi2020

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
5,299
Reaction score
210
Points
83
program vaksinasi negara berjalan perlahan sekarang ni..

kalau terus macam ni, sampai tahun depan pun belum tentu capai imuniti kelompok..

harap prn sarawak disekalikan serentak dengan pru, biar jimat kos pilihanraya..
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,446
Reaction score
12,874
Points
1,906
Calon PRN Sarawak diputuskan kepimpinan tertinggi PN, kata Zuraida #malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../calon-prn-sarawak.../

Calon PRN Sarawak diputuskan kepimpinan tertinggi PN, kata Zuraida​

By
Muhammad Azizul Osman
-
15 April 2021

MGF15042021_ZURAIDAKUALALANGAT02.jpg

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin ketika lawatan kerja ke Pangsapuri Taman Langat Utama, Kuala Langat. Foto HAFIZ SOHAIMI, 15 MAC 2021.

BANTING – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zuraida Kamaruddin menegaskan parti itu tetap menyokong kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bagaimanapun, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPT) itu berkata, sebarang calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) akan diputuskan oleh kepimpinan tertinggi parti.

“Kita sokong kerajaan GPS di Sarawak, tapi dari segi calon untuk PRN negeri itu kita serahkan kepada kepimpinan tertinggi (PN),” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Majlis Perbandaran Kuala Langatdi sini, hari ini.

Pada Isnin lalu, Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, calon yang akan bertanding dalam PRN Sarawak hanya terdiri daripada pemimpin komponen GPS.

Abdul Karim membuat kenyataan itu merujuk kepada kenyataan Zuraida bahawa Bersatu akan bertanding pada PRN12 menerusi tiket GPS.

Abdul Karim menjelaskan, GPS sudah mengenal pasti calon-calon yang akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Menjawab kenyataan itu, Zuraida berpendapat mana-mana parti dalam PN mempunyai peluang untuk meletakkan calon di PRN Sarawak.
“Apa yang saya cuba sampaikan, kami datang dari Bersatu dan apa-apa parti pun ada peluang untuk bertanding, itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Zuraida berkata, tiada perkembangan mengenai proses tuntutan saman RM10 juta PKR terhadap beliau.
Zuraida berkata, pihaknya telah menfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu untuk kali kedua dengan alasan tuntutan itu bertentangan dengan undang-undang.

“Kita telah hantar afidavit di peringkat kita dan mereka telah berikan balasan, dan kita hantar lagi sekali afidavit dan kami masih tunggu respon.

“Setakat ini mereka hanya saman saya seorang, yang lain tidak dibuat lagi. Mereka cuma buat ujikaji kepada saya sahaja,” katanya.
Pada 28 September lalu, PKR memfailkan saman RM10 juta di Mahkamah Kuala Lumpur terhadap Ahli Parlimen Ampang itu berikutan tindakannya melompat parti.

Parti itu menfailkan tuntutan tersebut selepas Zuraida tidak memberi sebarang jawapan selepas surat tuntutan dikirimkan kepadanya pada 7 Ogos tahun lalu.

Zuraida bersama 11 anggota Parlimen lain meninggalkan PKR pada Februari tahun lalu untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO-BN dan GRS bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional.

Semua anggota Parlimen PKR telah menandatangani perjanjian sebelum Pilihan Raya Umum 2018 dan bersetuju dengan syarat bahawa mereka akan dikenakan denda RM10 juta sekiranya melompat parti. – MalaysiaGazette

Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register