BTC USD 66,098.8 Gold USD 2,401.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRK Sungai Bakap, Penamaan Calon 22 Jun, Mengundi 6 Julai - SPR, Abidin (PN) Menang Majoriti 4267 Undi)

Parti Mana Bakal Menang PRK Sungai Bakap?

  • PN

    Votes: 8 88.9%
  • PH-BN

    Votes: 1 11.1%

  • Total voters
    9
  • Poll closed .
jgn la letak calon pecah rumah

on the other hand, pengundi yg undi pee esh mmg bodow - dgn kesengsaraan raykat hsl tgn2 pee esh

jika bg menang - hadiahnya adalah pengapongan semua subsidi - itu pon nk kena ajau ke barua oiii?
Orang melayu tak tengok calon pun bang kalau PN ning. Pejam mata dah boleh menang bergaya lepas ning.

Nama madanon dan seangkatan dengannya dah busuk.
 
Sponsored Post

Orang melayu tak tengok calon pun bang kalau PN ning. Pejam mata dah boleh menang bergaya lepas ning.

Nama madanon dan seangkatan dengannya dah busuk.

Orang cina pun tak tengok calon
Asalkan under DAP dan PH mereka pangkah. Letak kera bawah parti PH pun menang.
Nama PN dan seangkatan dengannya dah busuk
 
jgn la letak calon pecah rumah

on the other hand, pengundi yg undi pee esh mmg bodow - dgn kesengsaraan raykat hsl tgn2 pee esh

jika bg menang - hadiahnya adalah pengapongan semua subsidi - itu pon nk kena ajau ke barua oiii?

Barua gerakan taktau ade subsidi bersasar ke?
Ke dah mule risau takot tak dpt subsidi sb tak layak, gol. Kayangan? 🤣
 
A.jpg
B.jpg
 

PN umum Abidin Ismail calon PRK Sungai Bakap​


16 Jun 2024 12:10am


2691760.jpg

Abidin Ismail dari Pas dipilih menjadi calon bagi PN untuk bertanding dalam PRK Sungai Bakap


NIBONG TEBAL - Bekas eksekutif logistik, Abidin Ismail dari Pas dipilih menjadi calon bagi Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang akan berlangsung pada 6 Julai nanti.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden Pas Pusat, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Majlis Pengisytiharan Calon PRK Sungai Bakap di sini pada malam Sabtu.

Abidin, 56 merupakan anak kelahiran Sungai Duri dan sudah berkahwin dengan mempunyai dua anak.

Beliau adalah pegawai khas kepada penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Allahyarham Nor Zamri Latiff.

Abidin juga memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Nibong Tebal.

Abidin ketika berucap di hadapan orang ramai telah mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan PN yang memberi kepercayaan kepadanya sebagai calon PRK Sungai Bakap.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera pilihan raya yang datang dari seluruh negara untuk membantu di Sungai Bakap. Saya berterima kasih kepada setiap orang atas segala pengorbanan mereka.

“Jika saya terpilih, saya akan meneruskan legasi Abang Zam (Nor Zamri). Saya sangat rapat dengannya dan sejak lapan hingga sembilan bulan lalu, saya telah belajar banyak perkara daripada arwah,” katanya.

Dalam pada itu, Abidin turut merayu kepada pengundi Sungai Bakap untuk terus mengundi dan mengekalkan PN pada PRK nanti.

2691761.jpg

Tuan Ibrahim (lima dari kanan) dan beberapa pemimpin Pas Pusat bergambar bersama Abidin (enam dari kanan) pada Majlis Pengisytiharan Calon PRK Sungai Bakap pada malam Sabtu.


Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, PN yakin Abidin mampu menjalankan tugas dengan baik sekiranya dipilih sebagai ADUN baharu.

“Kita harap rakyat Sungai Bakap akan terus mengekalkan calon kita sebagai ADUN yang baharu.

"Kita memilih calon anak tempatan yang lahir di Sungai Bakap dan dibesrkan di Sungai Bakap, bukan lahir di Permatang Pasir," katanya.

Rabu lalu, Kerajaan Perpaduan mengumumkan bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon dalam PRK Sungai Bakap.

Kerusi Sungai Bakap telah dikosongkan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri pada 24 Mei lalu.

Nor Zamri meninggal dunia di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya selepas dirawat lebih tiga minggu kerana komplikasi perut.

Nor Zamri dari Pas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri lalu menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose menang dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433.

Susulan daripada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Sungai Bakap akan diadakan pada 6 Julai ini.

Sementara penamaan calon pula ditetapkan pada 22 Jun.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register