PRK DUN Semenyih 2 Mac 2019 : BN menang majoriti 1,914 undi

Recommended Brokers

jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,915
Reaction score
1,403
Points
163
Location
wherever you are
boleh tahan sabariah hire loyer..
kne tangguh dlu prk nih sehingga selesai mengisi jwtn kosong..

jika dikatakan one men show..keputusan sukar dibincangkan..

yg paling penting.. ikut law ke x nih setup prk..
 
Sponsored Post

naning

Active+ Member
Joined
Mar 3, 2013
Messages
4,149
Reaction score
432
Points
0
PH ni semua segi bowdo. Sampai SPR pun tak tau naknset up betul2. Jahanam negara dibuatnya. Saper bowdolah yg undi PH ni.
 
Don Malaya

CG Top Poster Club
Gold Member
Joined
May 3, 2011
Messages
27,156
Reaction score
808
Points
113
Location
Full Time Trader
gila ape PH kepala penipu nie...sampai SPR pun sorang je buat keputusa..kegilaan ape semua nie...

klu tanya atok nyanyokk 93 tahun..asyik2 tak tahu tak tahu.
 
pemain

Active Member
Joined
Jul 10, 2008
Messages
1,421
Reaction score
76
Points
48
Puan Seri fail saman pemula kepada SPR

Sabariah (tiga dari kiri) bersama penguamnya Khairul Azam (tengah) sewaktu sidang akhbar selepas memfailkan saman pemula terhadap pengerusi SPR, SPR dan Kerajaan Persekutuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. - Foto oleh MOHD. SHAHARANI SAIBI

SHAH ALAM - Seorang pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih memfailkan saman pemula terhadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun bagi menghalang suruhanjaya itu mengendalikan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih, 2 Mac ini.

Saman yang difailkan secara dalam talian pada Sabtu lalu oleh Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co itu turut menamakan SPR dan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan.

Saman terbabit menuntut pelbagai deklarasi, antaranya pengisytiharan bahawa suruhanjaya itu tidak wujud dari segi undang-undang.

Menurut pengundi berkenaan, Puan Seri Sabariah Mohd Shariff, dia mengambil inisiatif mengemukakan saman pemula itu kepada SPR apabila itu berkenaan timbul di media sosial.

"Apabila timbul isu di media sosial berkaitan SPR sama ada ia satu entiti yang sah atau tidak di sisi perlembagaan mula dipersoalkan netizen, saya mengambil inisiatif sendiri melantik peguam.

"Saya percaya hanya mahkamah sahaja layak membuat keputusan sama ada SPR ini sah atau tidak mengikut perlembagaan.

"Saya tiada apa-apa kepentingan politik, saya hanya mahu proses demokrasi di negara kita ini dijalankan oleh pihak yang sah di sisi undang-undang serta mengikut cara perlembagaan dan mematuhi prinsip "Rule of Law"," katanya pada sidang akhbar di Lobi Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Sementara itu, peguam Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili Sabariah berkata, fungsi utama SPR yang dipertanggungjawabkan oleh Perlembagaan adalah untuk pengawasan, arahan dan pengawalan serta penyediaan senarai pemilih selain mengadakan pilihan raya di Persekutuan dan kerajaan negeri ke Parlimen.

Namun katanya, pihaknya hairan fungsi itu boleh dilaksanakan dengan mudah oleh seorang individu saja.

“Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa SPR pada ketika ini, terdiri daripada seorang individu saja. Entiti seorang individu itu, pada pandangan kami, bukan satu SPR yang sah, diwujudkan mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

“Jika mahkamah membuat keputusan untuk berpihak kepada kami, nampaknya PRK DUN N24 (Semenyih) yang dijangka diadakan pada 16 Februari ini perlu menunggu sehingga komposisi SPR disahkan oleh Yang Dipertuan Agong, mengikut Perlembagaan,” katanya.

Justeru, beliau berkata, pihaknya sudah memfailkan perakuan segera untuk memastikan supaya hujahan pihak-pihak boleh didengar dengan secepat mungkin. Namun, pihak mahkamah belum menetapkan tarikh pendengaran berhubung kes saman berkenaan.

Pada 21 September lalu, Azhar, 57, dilantik menjadi Pengerusi SPR, selepas bekas Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, memendekkan tempoh perkhidmatannya berkuat kuasa 1 Julai.

Bagaimanapun, pada Oktober tahun lalu, Azhar mengumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood, memendekkan tempoh perkhidmatannya berkuat kuasa pada 1 Januari 2019, selaras dengan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Turut memendekkan tempoh perkhidmatan ialah empat Ahli SPR iaitu Datuk Md Yusop Mansur, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi dan Datuk Leo Chong Cheong.

http://www.kosmo.com.my/terkini/prk-dun-semenyih-puan-seri-fail-saman-pemula-kepada-spr-1.838758
Persoalan : jika datin seri menang dalam saman ini, adakah SPR perlu jalan kan semula PRK yang telah berlansung atas dasar yang sama?
 
TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
148,660
Reaction score
20,602
Points
0
Location
cybertorium, level 3
Bersih tegur 'lawatan kerja' menteri di Semenyih

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Sebelum ini Pakatan Harapan (PH) melahirkan komitmen tinggi untuk tidak mengheret jentera kerajaan dalam kempen pilihan raya se*perti mana yang didakwa mereka berleluasa ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Namun, menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih Sabtu ini, beberapa menteri PH dari kalangan pemimpin Bersatu, berlumba-lumba menganjurkan pelbagai program melibatkan kementerian masing-masing di kawasan berkenaan.

Antaranya Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mempunyai lima program di DUN tersebut semalam dan hari ini pula, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik

dilaporkan mengadakan ‘lawatan kerja’ ke Semenyih dan sempat mengumumkan kelulusan pembinaan sebuah sekolah yang tertangguh.

Sehubungan itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menegur sikap para pemimpin PH terutamanya menteri dan timbalan menteri agar meletakkan standard etika yang tinggi berdasarkan kepada prinsip pilihan raya bersih dan adil.

Pengerusinya, Thomas Fann berkata, taktik berkempen menggunakan jentera kerajaan tidak lagi boleh ‘mengumpan’ pengundi malah perkara tersebut telah dibuktikan sewaktu PRK Parlimen Cameron Highlands dan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Jelas Thomas, lawatan Syed Saddiq ke Semenyih hanya se*minggu sebelum tarikh penamaan calon termasuk pemberian minyak hitam motosikal percuma telah menimbulkan syak wasangka bahawa beliau menggunakan kapasiti sebagai menteri untuk berkempen.

“Program-program seperti itu walaupun telah dirancang lama sebelum PRK DUN Semenyih disahkan kosong sepatutnya perlu ditangguhkan selepas hari pengundian atau pun disempurnakan sahaja oleh pegawai kanan kementerian sekiranya benar-benar penting,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain Syed Saddiq dan Maszlee, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun juga dijadual ‘turun’ ke Semenyih esok bagi menghadiri program anjuran kementeriannya termasuk menyerahkan bantuan kepada rakyat.

Sementara itu, tambah Thomas, Bersih 2.0 bimbang ‘lawatan kerja’ menteri yang dilakukan kerajaan PH ketika ini akan mengekalkan ‘budaya’ fungsi parti dan kerajaan yang tidak dipisahkan seperti yang telah dilakukan kerajaan terdahulu.

“Rakyat mahu melihat perubahan tentang bagaimana kempen pilihan raya dijalankan dan dalam semangat yang adil, bukannya dengan penyalahgunaan jawatan,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/politik/henti-8216-lawatan-kerja-8217-1.839137
 
d_conan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 24, 2011
Messages
24,103
Reaction score
856

hehehe.. kebetulan ke?
 
cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
44,242
Reaction score
5,303
Points
168
'Saya balaci orang lapar, sakit'

Diterbitkan Hari ini 8:00 pagi | Dikemaskini Hari ini 8:00 pagi

PRK SEMENYIH | "Saya bukan balaci DAP, bukan juga balaci BN. Saya balaci "orang lapar" dan orang sakit, saya balaci rakyat," kata aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai "uncle kentang".

Menjelaskan matlamatnya untuk menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih semata-mata mahu membawa suara rakyat, beliau bagaimanapun mengakui sukar untuk memenangi PRK berkenaan.

"Saya tahu saya sukar untuk menang di peti undi, tetapi saya yakin, saya akan menang suara, menang membawa suara rakyat yang susah.

"Saya akan berkempen di Semenyih nanti dengan mengumpul mereka yang susah dan sakit, saya akan berkempen sambil bercuti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap khabar angin yang mendakwa penyertaan Presiden Kepolisan Masyarakat Malaysia (CP) itu "ditaja" DAP bagi memecah undi.

Kuan pada 5 Februari lalu menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas dalam PRK DUN Semenyih.

Beliau berkata, keputusan terbabit diambil bukan untuk popular atau meraih kemenangan, sebaliknya mahu berkhidmat untuk rakyat.

Beliau turut menyatakan kekecewaan terhadap pemimpin politik yang hari ini lebih banyak "mengubah nasib diri sendiri" dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat.

"Kalau saya menang, satu sen gaji (sebagai wakil rakyat) tidak akan saya ambil. Itu gaji (milik) rakyat, gaji saya Tuhan akan bayar," kata Kuan.

'Jawablah di akhirat nanti'

Sementara itu mengulas tuduhan pihak tertentu kepadanya, Kuan berkata itulah nilai politik masyarakat negara ini selepas lebih 60 tahun negara merdeka.

Katanya beliau tidak terkesan dengan tuduhan-tuduhan liar itu dan tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Saya ini ejen orang lapar saja dan orang sakit terlantar. Kalau ada bukti saya ini ejen DAP atau BN tunjuklah. Kalau tak jawab di akhirat nanti," tambahnya lagi.

Ditanya mengenai pelawaan Pemuda Umno Selangor yang mengajak Kuan menyertai kempen BN, "Uncle Kentang" itu berkata beliau tidak menerima apa-apa lamaran.

"Untuk rekod saya tidak jumpa sesiapa pun, orang kalau nak undang ke majlis kahwin sekurang-kurangnya hantarlah kad jemputan," katanya secara berkias.

Sebelum ini Ketua Pemuda Umno Selangor Rizam Ismail mengajak Kuan Chee Heng Kentang untuk membantu memenangkan calon BN pada PRK 2 Mac ini.

Rizam berkata Kuan tidak perlu menyertai PRK itu sebaliknya perlu besama-sama BN bagi memberi pengajaran kepada PH.

https://www.malaysiakini.com/news/463585
 
accessive

Fun Poster
Joined
Feb 17, 2014
Messages
895
Reaction score
123
Points
43
Bersih tegur 'lawatan kerja' menteri di Semenyih

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Sebelum ini Pakatan Harapan (PH) melahirkan komitmen tinggi untuk tidak mengheret jentera kerajaan dalam kempen pilihan raya se*perti mana yang didakwa mereka berleluasa ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Namun, menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih Sabtu ini, beberapa menteri PH dari kalangan pemimpin Bersatu, berlumba-lumba menganjurkan pelbagai program melibatkan kementerian masing-masing di kawasan berkenaan.

Antaranya Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mempunyai lima program di DUN tersebut semalam dan hari ini pula, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik

dilaporkan mengadakan ‘lawatan kerja’ ke Semenyih dan sempat mengumumkan kelulusan pembinaan sebuah sekolah yang tertangguh.

Sehubungan itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menegur sikap para pemimpin PH terutamanya menteri dan timbalan menteri agar meletakkan standard etika yang tinggi berdasarkan kepada prinsip pilihan raya bersih dan adil.

Pengerusinya, Thomas Fann berkata, taktik berkempen menggunakan jentera kerajaan tidak lagi boleh ‘mengumpan’ pengundi malah perkara tersebut telah dibuktikan sewaktu PRK Parlimen Cameron Highlands dan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Jelas Thomas, lawatan Syed Saddiq ke Semenyih hanya se*minggu sebelum tarikh penamaan calon termasuk pemberian minyak hitam motosikal percuma telah menimbulkan syak wasangka bahawa beliau menggunakan kapasiti sebagai menteri untuk berkempen.

“Program-program seperti itu walaupun telah dirancang lama sebelum PRK DUN Semenyih disahkan kosong sepatutnya perlu ditangguhkan selepas hari pengundian atau pun disempurnakan sahaja oleh pegawai kanan kementerian sekiranya benar-benar penting,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain Syed Saddiq dan Maszlee, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun juga dijadual ‘turun’ ke Semenyih esok bagi menghadiri program anjuran kementeriannya termasuk menyerahkan bantuan kepada rakyat.

Sementara itu, tambah Thomas, Bersih 2.0 bimbang ‘lawatan kerja’ menteri yang dilakukan kerajaan PH ketika ini akan mengekalkan ‘budaya’ fungsi parti dan kerajaan yang tidak dipisahkan seperti yang telah dilakukan kerajaan terdahulu.

“Rakyat mahu melihat perubahan tentang bagaimana kempen pilihan raya dijalankan dan dalam semangat yang adil, bukannya dengan penyalahgunaan jawatan,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/politik/henti-8216-lawatan-kerja-8217-1.839137
Dulu kanak-kanak belum matang saja biasa termakan gula-gula macam ni. Skarang dah tua-tua pn ada termakan jugak.

* Jangan makan banyak gula-gula nanti kena kencing pun rasa manis.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register