BTC USD 95,263.2 Gold USD 2,690.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prinsip Masa Depan Bersama China Beri Inspirasi Untuk Malaysia Sertai BRICS - PM Anwar

Md Hanif

Fun Poster
Messages
784
Joined
Jun 13, 2023
Messages
784
Reaction score
58
Points
25
13d679e9dcd8e45ad28d4258472861116729a28d45804


SHANGHAI, 5 Nov (Bernama) -- Prinsip dasar masa depan bersama diterima baik oleh kalangan negara di Asia, Afrika, Amerika Latin dan Selatan Global, justeru sebab itulah Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di sini, Anwar menyifatkan ucapan Presiden China Xi Jinping pada persidangan BRICS di Kazan baru-baru ini sebagai “hebat”.

Beliau berkata Xi mengesa atas semangat masa depan bersama yang dimanfaatkan bagi menangani sentimen perselisihan dan dasar perlindungan, yang “kita mesti membangunkan komuniti dengan masa depan bersama, untuk mengekalkan keamanan global, keselamatan global, dan berkongsi pengalaman, kepakaran, teknologi dengan dunia.”

Tahun ini, Malaysia telah diberi penghormatan sebagai "Country of Honour" di CIIE ketujuh, yang diadakan mulai hari ini hingga 10 Nov, 2024. Acara itu mengetengahkan tema “New Era Shared Future”.
Anwar diberikan keistimewaan berucap sejurus selepas rakan sejawatannya dari China, Li Qiang, diikuti pemimpin dari lima negara lain: Perancis, Nicaragua, Arab Saudi, Tanzania, dan Uzbekistan.

Perdana Menteri juga berkata ucapan Perdana Menteri Li Qiang bahawa fenomena kejayaan yang dicapai oleh China adalah contoh, bukan sahaja dari segi tadbir urus dan dasar yang betul malah juga sikap yang menjanjikan untuk memastikan “perdagangan, pelaburan dan kemakmuran ekonomi” akan memberikan manfaat kepada masyarakat antarabangsa.

 
Back
Top
Log in Register