PRIHATIN: Polis Hulur Sumbangan Kepada Ibu Yang Didakwa Mencuri

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,321
Reaction score
21,166
Points
1,671
mantap tuan. rasa kt msia je vest siap ada paku

poverty is real.
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,297
Reaction score
1,884
Points
206

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (duduk, dua dari kiri) bersama Ahli Dewan Negeri Seri Setia Halimey Abu Bakar (duduk, tiga dari kiri) ketika melawat keluarga wanita yang didakwa ‘mencuri’ ubat dan makanan baru-baru ini di rumahnya di Lembah Subang pada 21 Januari 2021.
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Selangor hulur bantuan KISS untuk wanita terpaksa curi makanan, ubat
by Zareef MuzammilJanuary 22, 2021 11:13 am

SHAH ALAM, 22 JAN: Kerajaan Negeri sedia menawarkan bantuan kepada wanita didakwa mencuri ubat dan makanan di sebuah pasar raya di Petaling Jaya kelmarin.

Dato’ Menteri Besar berkata bantuan RM200 menerusi Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) di bawah program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) membolehkan ibu tiga anak itu membeli barangan keperluan asas setiap bulan.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan bagaimanapun wanita tersebut perlu mendaftar bagi tujuan itu berikutan alamat kediaman sebelum ini di Pahang, lapor BH Online.

“Saya tersentuh dengan perkara ini apatah lagi di Selangor kita mempunyai program khusus untuk mereka memerlukan. Insya-Allah kita akan menguruskan bantuan KISS.
“Cuma untuk peringkat awal, ibu ini perlu mendaftar dan segala urusannya akan dipermudahkan segera,” katanya yang mengadakan lawatan mengejut di kediaman wanita berkenaan di Lembah Subang malam tadi.

Amirudin ditemani Ahli Dewan Negeri Seri Setia Halimey Abu Bakar dan dua pembantunya turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga berkenaan.
Beliau berkata, kunjungan dibuat selepas menyedari kisah wanita berusia 30-an ditahan pengawal keselamatan sebuah pasar raya disiarkan media semalam.

Sementara itu, Lembaga Zakat Selangor memaklumkan ibu berkenaan merupakan asnaf berdaftar sejak 2018.
Keluarga itu menerima bantuan kewangan bulanan, bantuan hari raya dan keperluan sekolah namun agensi itu berkata akan melihat semula keperluan mereka susulan kejadian berkenaan.

Individu tersebut dikatakan gagal membayar pelekat Kool Fever, sosej dan kek berjumlah RM58 untuk anak-anaknya, seorang daripada mereka mengalami demam.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal turut tampil membantu wanita itu termasuk tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jenayah dilakukan.

 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,608
Reaction score
2,024
Points
201
WhatsApp-Image-2021-01-22-at-2.36.40-PM.jpeg
NIK Ezanee menyampaikan sumbangan kepada seorang wanita yang ditangkap kerana mencuri disebuah pasar raya semalam.- Foto ihsan Facebook Polis Petaling Jaya
Ibu curi kerana anak demam merupakan asnaf LZS
  • Oleh AHMAD MUSTAKIM ZULKIFLI
  • 22 Januari 2021, 2:42 pm


PETALING JAYA- Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan ibu yang menjadi tular mencuri kerana anak demam merupakan asnaf yang berdaftar dengan badan itu sejak 2018.

Dalam satu hantaran di laman Facebook, LZS berkata, keluarga wanita itu disantuni dengan bantuan kewangan bulanan, bantuan hari raya dan bantuan keperluan sekolah.
“Namun begitu, prihatin dengan apa yang berlaku, kami akan melihat semula keperluan keluarga ini dan permasalahan mereka,” katanya dalam hantaran tersebut.
Kosmo! semalam melaporkan. prihatin dengan kesusahan yang dihadapi oleh seorang wanita sehingga sanggup mencuri disebuah pasar raya semalam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal tampil membantu wanita tersebut.
Wanita itu telah ditahan kira-kira pukul 3 petang kelmarin kerana telah mencuri kek, ‘cool fever’ atau ‘plaster’ di sebuah pasar raya.
Nik Ezanee berkata, pihaknya telah terpanggil untuk membantu wanita tersebut sebaik menerima laporan daripada pihak berkuasa. -K! ONLINE
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,248
Reaction score
2,625
Points
206
takde nombor akaun ke?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register