ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
PERSATUAN Agensi Pengiklanan Bumiputera (Pribumi) berharap kerajaan mewujudkan satu dasar khusus menerusi Dasar Pengiklanan Negara(DPN) dalam industri pengiklanan.
Dasar itu dijangka akan dapat dilaksanakan dalam tempoh enam bulan akan datang.
Penasihat Pribumi Profesor MadyaMohamad Md Yusof berkata, menerusi dasar itu industri pengiklanan akan dikawal selia agar lebih berdaya saing, sekali gus membantu memulihkan masalah yang dihadapi oleh pengamal industri tempatan di negara ini.
“Manfaat paling utama dasar itu akan dapat melindungi kepentingan industri tempatan menerusi pengenalan kuota pembahagian pengiklanan.
“Ini kerana daripada RM13 bilion sumbangan industri pengiklanan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), hanya kurang 20 peratus adalah pendapatan industri iklan tempatan,” katanya dalam sidang akhbar Seminar Hala Tuju Industri Pengiklanan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, dasar itu bukanlah satu yang baharu bahkan telah dicadangkan sejak 1981 lagi, namun tidak mendapat sebarang tindakan.
Mohamad turut mendakwa bahawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) cenderung mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat antarabangsa yang dikatakan mempunyai segala kepakaran dan teknologi serta sistem sokongan yang lebih baik.
Katanya, bagaimana syarikat tempatan hendak membuktikan keupayaan sekiranya tidak diberi peluang.
Selain dasar, pihaknya juga berharap ada satu kementerian atau badan yang bertanggungjawab terhadap hala tuju industri itu.
Sementara itu, Presidennya Datuk Rosle Jaamat berkata, seminar sehari itu dijangkakan menerima penyertaan sehingga 200 syarikat tempatan.
“Ia terbuka kepada semua pengamal industri pengiklanan tempatan secara percuma,” katanya.
Seminar Hala Tuju Industri Pengiklanan Malaysia itu dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan diadakan pada 16 Oktober 2014 di Hotel Berjaya Times Square.