BTC USD 37,897.0 Gold USD 1,830.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prestasi 100 hari: Pakar beri Menteri Pengangkutan gred ‘F

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1

Prestasi 100 hari: Pakar beri Menteri Pengangkutan gred ‘F’​

Robin AugustinDecember 7, 2021 10:36 AM
DMIA_TRAIN_TRACK_FMT_21102020-16.jpg
Projek KVDT2 yang terhenti adalah isu pengangkutan nombor satu di negara ini, kata Rosli Azad Khan.
KUCHING: 100 hari pertama Wee Ka Siong sebagai Menteri Pengangkutan tidak membuahkan hasil, kata seorang perunding pengangkutan.

Rosli Azad Khan, yang mempunyai pengalaman bidangan lebih 30 tahun berkata, Projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2) yang terhenti menjadi isu pengangkutan nombor satu di negara ini.

Projek berkenaan melibatkan pemulihan 265km landasan kereta api dari Salak Selatan di Kuala Lumpur ke Seremban dan dari Simpang Pelabuhan Klang dekat MidValley di Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang.

Projek itu tertangguh dua kali sejak 2017, dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), dipulihkan, kemudian dibatalkan sekali lagi oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali gus mencetuskan tindakan saman oleh kontraktor, Dhaya Maju-LTAT.







Rosli berkata, kegagalan menyelesaikan isu itu menyebabkan peningkatan risiko keselamatan pekerja dan pengguna kereta api serta kelewatan perkhidmatan komuter dan kargo yang mengakibatkan kerugian kepada ekonomi dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Katanya, ketidakupayaan kereta api bergerak pada kapasiti penuh disebabkan keadaan landasan menyebabkan perkhidmatan komuter tidak dapat dilaksanakan.

“Orang ramai dari Klang dan Seremban dan semua hentian di sepanjang laluan ini terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas yang teruk setiap hari di jalan raya ke Kuala Lumpur hanya untuk bergerak ke tempat kerja.

“Bukan sahaja mereka perlu menghabiskan lebih banyak masa di jalan raya malah kos perjalanan lebih mahal. (Wee) gagal menangani kesulitan mereka dengan menangguhkan keputusan untuk menyambung semula KVDT2,” katanya.





Rosli berkata, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu mengambil perhatian terhadap prestasi Wee kerana ia memberi impak langsung kepada rakyat dan ekonomi yang lebih luas dari segi kos perjalanan dan kehilangan produktiviti.

Selain itu katanya, kesesakan pelabuhan adalah satu lagi isu yang gagal ditangani Wee, mengakibatkan kos perkhidmatan logistik lebih tinggi.

“KVDT2 mendahului Laluan Rel Pantai Timur dari segi keutamaan. Begitu juga dengan kemalangan jalan raya dan perubahan dasar berkaitan kenderaan elektrik, iaitu satu bidang yang kita jauh ketinggalan berbanding negara ASEAN yang lain.

“HSR (Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi) juga bukan keutamaan buat masa ini, namun Kementerian Pengangkutan menanganinya seolah-olah ia adalah keutamaan nombor satu kita,” katanya.
 
Sponsored Post

maxpda

Super Active Member
gem
Messages
8,855
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,855
Reaction score
547
Points
121
Wee oh wee, utamakan mana yang penting boss
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1
RM0 KKMM: Ahli Jemaah Menteri dinilai berdasarkan 3 elemen utama iaitu Penilaian Prestasi Kementerian/Jabatan, Penilaian Kepimpinan dan Penilaian Persepsi Awam
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register