Presint 9 sesak, netizen bimbang wujud 'Kluster Ayam

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,491
Reaction score
2,008
Points
201
Presint 9 sesak, netizen bimbang wujud 'Kluster Ayam'
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN | | 15 Januari 2021
Jumaat | 15 Januari 2021
942008.jpg

Beberapa keping gambar kesesakan Presint 9, Putrajaya yang tular di media sosial pada Khamis.
PUTRAJAYA - Hanya kerana untuk seekor ayam beku, Presint 9 di sini sesak apabila orang ramai berpusu-pusu datang untuk mendapatkannya.

Sebanyak 2,000 ekor ayam diagihkan secara percuma oleh Pemuda UMNO Putrajaya pada Khamis.
Hampir 2,000 penduduk Putrajaya mengunjungi lokasi agihan tersebut yang dibuat di hadapan Rumah Perlindungan Kucing sejak jam 4 petang.
Keadaan itu menyebabkan kesesakan sehingga jalan utama Presint 9, sekali gus menimbulkan kebimbangan awam terhadap jangkitan Covid-19.
Beberapa keping gambar memperlihatkan orang ramai menaiki motosikal dan kereta beratur panjang untuk mendapatkannya menjadi tular di media sosial.
Warga maya melahirkan kebimbangan kemungkinan 'Kluster Ayam' akan muncul akibat program tersebut.
942007.jpg

Hampir 2,000 penduduk Putrajaya mengunjungi lokasi agihan tersebut yang dibuat di hadapan Rumah Perlindungan Kucing sejak jam 4 petang.
Putrajaya yang kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersama enam negeri lain merekodkan dengan bilangan 229 kes dalam tempoh 14 hari.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Mohd Zushaidey Zulkifli yang dihubungi berkata, pihaknya telah mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan polis.
"Kami menitikberatkan soal prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerana agihan dibuat secara pandu lalu dan tidak melibatkan sebarang sentuhan," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pihaknya tidak menjangkakan menerima sambutan luar biasa.
"Pada mulanya kami bercadang untuk memberi dua ekor ayam bagi setiap orang, tetapi memandangkan terlalu ramai yang datang, kita bagi seekor ayam untuk seorang," katanya.
Tambah beliau inisiatif itu bagi meringankan beban penduduk Putrajaya.
"Menjadi kebiasaan UMNO Putrajaya untuk menghulurkan bantuan kepada semua penduduk," katanya.
© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,210
Reaction score
12,111
Points
1,906
Penganjur program edar ayam beku dikompaun

16 January 2021

Program-Edar-Ayam-Beku-Putrajaya.jpg

Deretan kereta bagi mengambil ayam beku yang disumbangkan oleh Pemuda UMNO di Presint 9, Putrajaya semalam.


KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Putrajaya yang bertindak sebagai penganjur program edar ayam beku percuma dikenakan kompuan oleh polis selepas berlaku pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) olehnya dan orang ramai yang hadir.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata, kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 22(B) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu kesalahan di bawah Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021.


“Polis telah menerima maklumat awal berkenaan program ini dan telah mengeluarkan urat memaklumkan pihak penganjur bahawa program ini tidak mendapat kelulusan IPD Putrajaya memandangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini.
Tambahnya, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu dalam menguatkuasakan undang-undang sepanjang PKP.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi segala arahan dan SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi tujuan membendung seterusnya memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini.
Program pengedaran ayam beku percuma itu berlangsung di Putrajaya dibuat secara pandu lalu dengan konsep “first come first serve” dan telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas akibat kehadiran ramai orang di lokasi program.
Program itu dikatakan berlangsung bermula 4 petang hingga 6 petang terhad kepada 1,000 penerima sahaja.
Program edar ayam beku itu mengundang kecaman warganet di media sosial apabila tular gambar ramai yang hadir pada program itu.

Mohd Fadzil berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu dalam menguatkuasakan undang-undang sepanjang PKP. -MalaysiaGazette


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,210
Reaction score
12,111
Points
1,906
Polis KL

15m ·

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH PUTRAJAYA BERKENAAN PROGRAM PENGEDARAN AYAM BEKU PERCUMA

1610779580788.png

1610779588653.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register