BTC USD 38,118.5 Gold USD 1,778.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden PKIM dakwa diugut bunuh

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
299,340
Reaction score
12,853
Points
2,376
KLANG: Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia (PKIM), A Prakash membuat laporan polis berhubung satu ugutan bunuh dan menerima sepucuk pistol mainan daripada seorang individu misteri, kira-kira jam 2 pagi, Ahad lalu.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia berehat di rumahnya di flat Taman Permai Indah, Pandamaran, dekat sini.

“Saya syak kejadian ini ada kaitan dengan pendedahan saya mengenai dakwaan penyelewengan dalam pembangunan dataran Kompleks Sukan Pandamaran sehari sebelum kejadian.

“Melalui percakapan saya melalui telefon bimbit kira-kira 30 saat, dia memberi arahan supaya jangan buat kacau parti kerana dia sudah sediakan keranda untuk saya.

“Dia juga beritahu ada letakkan sesuatu di atas kereta saya sebelum memutuskan panggilan,” katanya di sini, semalam.

Prakash berkata, sejurus menerima panggilan itu, dia bergegas keluar rumah dan melihat satu objek menyamai pistol diletakkan di atas bonet kereta Proton Wira berwarna hijau miliknya di tempat letak kereta.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut masih dibuat bagi mengenal pasti dalang kejadian itu.

myMetro
 
Sponsored Post

moxmeng

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2010
Messages
2,976
Reaction score
8
Points
25
alah...
kalau ko mati pn ad ak kisah????
nyaman ckit klu ko xde
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register