Presiden PBTM rugi RM400,000

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR 31 Jan. - Sebuah syarikat menjual kereta mewah terpakai milik Presiden Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani kerugian lebih RM400,000 apabila dua buah kereta jenis Toyota Alphard dilarikan sekumpulan penjenayah di Taman Samudera, Batu Caves di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, suspek yang terdiri dari lima lelaki turut cuba melarikan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima namun gagal.

Menurut Muhammad, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di luar kedai pameran tersebut pada hari kejadian.

Katanya, kesemua kenderaan itu diletakkan di luar tapak pameran kedai itu selain laluan masuknya dipagari dengan rantai besi.

Beliau berkata, suspek bertindak memotong rantai besi yang memagar laluan kenderaan itu sebelum memecahkan cermin dan melarikan kereta.

"Ketika suspek memotong rantai besi dan memecahkan cermin kereta yang pertama, pengawal keselamatan tidak menyedari kejadian itu.

"Pengawal keselamatan terbabit bagaimanapun sedar setelah terdengar bunyi cermin pecah ketika suspek bertindak memecahkan kenderaan yang ketiga, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana diacu dengan sepucuk pistol," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Muhammad, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat pada kedai pameran itu, suspek telah bertindak menyambungkan wayar sebelum melarikan dua buah MPV terbabit.

Katanya, suspek tidak berjaya melarikan kereta jenis Toyota Estima ekoran kenderaan itu tidak mempunyai bateri.

"Ini merupakan kali kedua kedai ini dipecah masuk. Kali pertama berlaku empat tahun lalu apabila penjenayah melarikan enam buah kereta," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan CCTV, pihaknya mendapati terdapat lima suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

"Kita sedang menjalankan siasatan dan memburu kelima-lima suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395 A Kanun Keseksaan," katanya.
 
Sponsored Post

Viere

CG Top Poster Club
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
sebiji 200k ja. jual dekat 400k. demm.. untung dekat 200k.
 

1305

Super Active Member
Joined
Sep 19, 2008
Messages
9,731
Reaction score
129
Points
73
sebiji 200k ja. jual dekat 400k. demm.. untung dekat 200k.
isk.. tak faham aku ngan post ko ni..

betul la tu, ilang 2 biji alphard, rugi lebih RM400k. = sebiji baru RM200k (lebih)....

kalu RM400k sebiji tu velfire kot...
 

mangkaq

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
Pakguard pun tak kasi senapang...kasi cota je...
 

eishen

Active+ Member
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,545
Reaction score
82
Points
30
jenayah smkin menjadi2....
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
malaysia bukan tempat yang selamat dan aman lagi
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,183
Reaction score
1,041
Points
1,101
terer perompak ni
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
anugerah sebuah kemajuan..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register