akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 54,606
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 54,606
- Reaction score
- 6,473
- Points
- 881
- Awards
- 1
Presiden beri isyarat PAS sedia terajui Malaysia
Izwan Abdul HalimSeptember 14, 2024
TEMERLOH: Ucapan Dasar Presiden PAS telah memberikan isyarat jelas bahawa PAS bukan sahaja bersedia mengambil alih teraju pemerintahan negeri Pahang, juga Selangor dan Perak, malah sekali gus memimpin Kerajaan Persekutuan.
Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin menyifatkan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menzahirkan bahawa PAS serisu mencapai kejayaan itu pada PRU16 nanti.
“Ini kerana Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar kali ini bukan diuruskan oleh ahli-ahli panel tetapi oleh Tuan Guru Abdul Hadi sepenuhnya sendiri.
“Jadi, ini membuktikan bahawa PAS benar-benar serius untuk menawan negeri Pahang dalam PRU yang akan datang,” katanya ketika ditemui Harakahdaily di luar Kompleks Al-Makmur, Kerdau, di sini hari ini.
Menurut beliau, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 yang diadakan di Pahang pada hari ini adalah sebagai isyarat bahawa negeri tersebut bakal ditawan oleh PN dalam PRU yang ke-16.
Tambah beliau, perkara sebegini merupakan sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh sesiapapun sebaliknya melihat ianya dapat direalisasikan.
“Apabila kita melihat tulisan Tuan Guru yang datang daripada hatinya dan lancar dalam ucapannya, itu seolah-olah satu arah yang jelas.
“Isyarat tersebut menunjukkan bahawa Pahang dan negeri-negeri yang lain khususnya Selangor dan Perak akan dikuasai dalam PRU yang ke-16.
“Ini sekaligus menerajui satu Malaysia secara umumnya,” ujar beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor.
Sehubungan itu, Zamri menyatakan isyarat sebegini menunjukkan bahawa PAS tidak bermain-main dalam melakukan sedemikian.
Kata beliau lagi, ini kerana tujuan utama PAS adalah untuk mendaulatkan agama Islam dalam negara ini.
“Jadi kita memang tidak main-main apabila ingin menegakkan daulat Islam dalam negara ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/9/2024