BTC USD 24,296.3 Gold USD 1,801.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden parti Sabah ditahan, didakwa terbabit sindiket palsu kad pengenalan

Abdul wahob

Super Active Member
Messages
8,146
Joined
Dec 26, 2011
Messages
8,146
Reaction score
62
Points
70

Presiden parti Sabah ditahan, didakwa terbabit sindiket palsu kad pengenalan​

Mohamad Fadli
-
June 30, 2022 3:30 PM
901Shares
facebook sharing button

twitter sharing button

whatsapp sharing button

email sharing button

hamzah-zainudin-300622-3.jpg
Hamzah Zainudin (tengah) dalam sidang media di Bukit Aman hari ini mengesahkan Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Mohd Arshad Abdul Mualap ditahan minggu lalu.
PETALING JAYA: Presiden sebuah parti tempatan di Sabah ditahan polis kerana didakwa terbabit dalam sebuah sindiket pemalsuan kad pengenalan.
Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, Mohd Arshad Abdul Mualap yang mengetuai Parti Perpaduan Rakyat Sabah ditahan di sebuah rumah di Subang Jaya pada 22 Jun lalu.
Dalam sidang media di Bukit Aman beliau berkata, lelaki itu didakwa menjadi dalang sindiket terbabit dan rakan subahatnya yang dikenali sebagai Mohamad Amkah Ahmad turut disiasat polis.
Katanya, parti itu didaftarkan pada 2017 dan kedua-dua individu terbabit dihadapkan ke mahkamah di Shah Alam, hari ini.



Sementara itu, Hamzah berkata, suspek ditahan pada 22 Jun lalu bersama seorang lagi lelaki dikenali Mohamad Amkah Ahmad mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Hamzah berkata, sindiket berkenaan telah memperdayakan dengan mendakwa kad pengenalan palsu itu mampu memberikan kelebihan kepada pemegangnya.
“Kumpulan itu kononnya boleh berikan kad pengenalan seolah-olah boleh digunakan di negara kita. Contoh seperti boleh digunakan untuk hospital dan pendidikan,” katanya.
Hamzah berkata, setiap kad pengenalan palsu itu dijual kepada individu bukan warganegara pada harga RM500 hingga RM1,000 seunit.

Setakat hari ini, sebanyak 400 kad pengenalan palsu telah diberikan kepada warganegara asing berdasarkan kepada borang permohonan yang dirampas pihak polis.
Hamzah juga menegaskan kerajaan tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak mengeluarkan kad pengenalan melalui sindiket termasuk di Sabah dan Semenanjung.
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,002
Joined
Jul 1, 2008
Messages
39,002
Reaction score
3,584
Points
261
Awards
1
aku da pesan calon dari sana lvl cilakak
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,630
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
28,630
Reaction score
3,828
Points
261
Awards
1
Bersatu utk menyamun heheh
 

notepad

Legendary Member
gem
Messages
10,719
Joined
Sep 17, 2011
Messages
10,719
Reaction score
1,084
Points
206
Parti Perpaduan Rakyat Sabah
 

Abdul wahob

Super Active Member
Messages
8,146
Joined
Dec 26, 2011
Messages
8,146
Reaction score
62
Points
70

MOHD ARSHAD ABDUL​


4438_mohd-arshad-abdul.jpg


Mohd Arshad Abdul adalah calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N51 Sungai Manila ,Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16.
Beliau menyandang jawatan Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).



PENCAPAIAN
Kerjaya:
  • Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)
 

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,283
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
23,283
Reaction score
4,399
Points
261
Awards
1

MOHD ARSHAD ABDUL​


4438_mohd-arshad-abdul.jpg


Mohd Arshad Abdul adalah calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N51 Sungai Manila ,Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16.
Beliau menyandang jawatan Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).



PENCAPAIAN
Kerjaya:
  • Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)
Dl dia pa Pak lah
 

rinoa99

Active+ Member
Messages
4,683
Top Poster #2
Joined
Jun 5, 2022
Messages
4,683
Reaction score
670
Points
71
pengkhianat
mungkin ada link dgn abu sayyaf
org ada goatee ni memang takleh caya
lol
 
Last edited:
Sponsored Post

Top
Log in Register