Presiden Korea Utara arah pegawai kanan tentera dibunuh kerana tukar lirik lagu.

Recommended Brokers


strom

Legendary Member
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,711
Points
191
Seoul: Presiden Korea Utara Kim Jong Un dilapor mengarah seorang pegawai kanan tenteranya diheret keluar dari rumah dan ditembak oleh skuad penembak kerana mengubah seni kata lagu kebangsaan negara itu ketika berkaraoke.

Kim dilapor berang selepas mengetahui lelaki itu mengubah senikata yang bermaksud ‘terima kasih kepada parti kami’ kepada ‘terima kasih kepada parti anda’ dan ‘Bencikan musuh anda, cinta negara anda,’ kepada ‘Bencikan isteri anda, cintakan wanita simpanan anda.’

Pemimpin tertinggi Korea Utara berkata, tindakan lelaki itu adalah tanda memberontak dan dia diheret keluar dari rumahnya sebelum ditembak mati keesokannya.

Laporan dari Korea Selatan menyatakan, lelaki itu mulanya melakukan kesilapan, tetapi selepas menyedarinya, dia cuba berjenaka.

Baru-baru ini, beberapa bekas pemimpin tentera juga mati ditembak skuad penembak selepas mereka ditangkap menonton drama Barat.

Sebelum ini, menyanyi lagu patriotik dianggap sebagai mengisi masa terluang, tetapi kini ia mungkin dikaji memandangkan ada risiko untuk dihukum bunuh jika tersilap lirik.
- Agensi

http://www.hmetro.com.my/node/6084
 
Sponsored Post

skalony

Active Member
Joined
Jan 6, 2013
Messages
1,373
Reaction score
0
Points
20
Kejam betul lah pemerintah korea utara ni.. Memang nasib lah rakyat diorang nie.. Salah sikit,hukuman mati menunggu..
 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
3,876
Reaction score
364
Points
56
Cerita pasal pemimpin Korea Utara ni kadang2 diputar belitkan oeh media barat.
 

Zulkarnine

Super Active Member
Joined
May 30, 2007
Messages
7,496
Reaction score
114
Points
73
ok la ni..terus bunuh, takde nk seksa2....
 

Aiman Nordin

Active+ Member
Joined
Apr 11, 2014
Messages
3,042
Reaction score
38
Points
30
muka presiden korea utara tadekla ganas mana..silap siket terus bunuh..dasat
 

zfa85

Active Member
Joined
Apr 26, 2012
Messages
1,116
Reaction score
23
Points
25
Apela nasib player bola korea utara yg kalah piala asia kt korea selatan tu eh?
 

simplest_box

Active+ Member
Joined
May 21, 2012
Messages
4,808
Reaction score
70
Points
30
kalau tak suka korea utara boleh pindah pegi selatan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register