Presiden Kesatuan Eropah kagumi kepimpinan Nik Aziz

CG Sponsors




eishen

Active+ Member
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,545
Reaction score
82
Points
30
KOTA BHARU, 11 Dis (Hrkh) -Presiden Kesatuan Eropah,Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan.
Iklan




Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada Duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini.

Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech,Poland, Hungary,Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom,Belgium, Romania,Italy,Denmark dan Findland .

Rombongan deligasi tersebut telah disambut oleh Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Darulnaim.

Sementara itu di sidang media, Tuan Guru berkata kunjungan delegasi dari EU ini memberi erti kerajaan Kelantan mendapat pengiktirafan dan penghormatan dari kaca mata dunia, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian mereka berkunjung ke negeri Kelantan.

Tuan Guru juga berkata beliau telah ditanya berkaitan dengan perbezaan corak pentadbiran dengan pusat dan beliau menegaskan bahawa selagi corak pentadbiran Pusat tidak berlandaskan Islam, selagi itulah kami akan menegurnya.

Beliau juga berkata selepas kerajaan PAS mengambil alih Kelantan, beliau terus menukarkan semua akaun bank milik kerajaan kepada bank Islam yang tidak berlandaskan riba dan kini sudah banyak bank-bank yang menawarkan sistem perbankan tanpa riba.

Menyentuh kepada pemimpin sesebuah negeri ianya tidak semestinya keturunan melayu, Kaum lain seperti Cina juga boleh menjadi ketua negeri asalkan ia seorang yang alim dan warak serta menurut perintah Allah SWT.

"Sebab itulah kini,kita lihat adanya kelab penyokong PAS dari kaum-kaum lain, mengapa mereka tak tubuh kelab penyokong Umno kalau Umno itu betul gak,"ujar beliau.

Kerajaan Kelantan kini juga mempunyai penghulu dari kaum-kaum lain bagi merapatkan hubungan sesama kaum di negeri ini tanpa mengira agama.

Dari segi ekonomi pula, kerajaan beranggapan ekonomi tidak salah tetapi ahli ekonomi yang telah membunuh ekonomi itu sendiri, riba telah diteruskan secara berleluasa.

"Islam melarang duit membuat duit,mana boleh kita duduk diam-diam,duit datang berterusan,itu namanya riba, sebab itulah Kelantan dari awal lagi bila nak bagi pinjaman pada kakitangan untuk pembelian rumah,kenderaan dan komputer,mereka tidak dikenakan riba dan ini amat menyenangkan hati rakyat negeri ini,"katanya lagi.

Manakala ketika ditanya tentang pelaburan di negeri ini, Tuan Guru berkata ia tidak dibincangkan bersama delegasi ini,namun kerajaan negeri tidak akan menghalang mana-mana negara luar yang ingin melabur dalam sektor perhotelan dan industri asalkan ianya tidak melanggar peraturan teras dari negeri ini seperti dalam bidang perhotelan, mereka mestilah tidak menyediakan kemudahan berjudi,minuman dari alkohol dan pelbagai kegiatan maksiat.

Sementara itu, Marc Barety pula melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz dan beliau tidak merasa janggal walaupun corak pentadbiran negeri ini berbeza dengan negeri lain seperti Sabah dan kedah yang sebelum ini pernah dikunjungi beliau.

"Pentadbiran sebegini akan berterusan kerana ia dipilih secara demokrasi dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada rakyatnya,"ujar beliau.

Sementara itu, isteri delegasi tersebut turut diraikan oleh isteri Menteri Besar,Datin Hajjah Tuan Sabariah Tuan Ishak,mereka dibawa ke pusat kraftangan dan Pusat Batik di sekitar bandar Kota Bharu. - mks._
 
Sponsored Post

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
Semoga Kelantan akan terus manjadi contoh terbaik ke arah membina Mertabat dan maruah Islam....
 

Yajmi

Fun Poster
Joined
Nov 5, 2008
Messages
300
Reaction score
2
Points
15
org luar dok nmpak kepimpinan Tok Guru tp yg dlm negara dok mengata mcm2 adoiiii pelik2 tp aku dok pelik gak nie cuba perati btul pejabat2 kerajaan if kalo wat rombongan mesti g kelantan tp dok ckp kelantan xmaju la mundur xde kemajuan...tp bila wat lawatan pegi plak kelatan :)):)) tak pelik ke??? :)):)) Moga Tuan Guru Nik Aziz dipanjangkan umur pimpinlah selagi ada daya kami dahagakan pemimpin seperti Tuan Guru Nik Aziz
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Memang patut mendapat Pengiktirafan Dunia pun... :)paid:)paid:)paid
 

adr

Fun Poster
Joined
Aug 25, 2008
Messages
545
Reaction score
1
Points
15
aku pun kagum..tajam pemikiran nik aziz ni
 

Saif_azlam

Active Member
Joined
Apr 27, 2008
Messages
1,026
Reaction score
3
Points
25
Alhamdulillah...ada juga beberapa orang manusia yang buka mata.
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,015
Reaction score
209
Points
133
quote
Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech,Poland, Hungary,Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom,Belgium, Romania,Italy,Denmark dan Findland

Nanti ada orang gatal tangan tuduh :-
TGNA sebagai ejen Kesatuan Eropah, ejen Perancis, ejen Republik Chech,ejen Poland, ejen Hungary, ejen Slovakia, ejen Austria, ejen Sweden, ejen United Kingdom, ejen Belgium, ejen Romania, ejen Italy, ejen Denmark dan ejen Finland.....fuh! banyak gaji tu!!!
 

wanzex

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,554
Reaction score
1,103
Points
191
hidup TGNA. aku suka tok guru.
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
aku pun kagum..tajam pemikiran nik aziz ni
memang benar tu ketika pak lah baru bercadang nak bangunkan balik sektor pertanian setelah di musnahkan oleh che det nik aziz lak dari awal awal lagi telah pertahankan sektor pertanian dalam masa pemerintahannya sebab paklah sedar kita dah tak mampu melawan negara perindustrian baru seperti china tapi nik aziz awal awal lagi dah mampu membaca pergerakan dunia

tapi itupun ramai manusia tak dapat melihat kehebatan kepimpinan ulama

ketika mahathir sedar penggunaan emas adalah pilihan yang terbaik untuk mengatasi masalah ketidak stabilan penggunaan matawang dunia apakah yang che det buat selain bercadang untuk mencadangkan negara oic buat dinar emas tapi che det lupa memang benar melayu mudah lupa sebab che det terlupa negara oic ni susah nak di susun berpecah belah kot bersatu pun memasing nak jadi ketua mana lah mungkin negara oic nak buat benda tu kerana mereka kebanyakannya dok bawah telunjuk us

tapi kelantan di bawah pimpinan tuan guru telah memperkenal kan duit emas sendiri walaupun sekurang kurangnya sebagai pelaburan pantas cepat cekap itu jelah yang mampu di gambarkan untuk kepimpinan ulama

sebab beliau sedar kekayaan sebenar terletak pada emas perak dan makanan sebab beliau sedar manusia yang pertama akan cari makanan sebab beliau sedar mcm ner lapar pun orang akan terbeliak berminat dengan emas

itulah kelebihan ulama islam yang di beri petunjuk dan cuba mencari jalan untuk menjaga kesejahteraan rakyat dan disukai rakyat luar dan dalam negeri berbanding ulama hadhari yang disesatkan yang hanya menyusahkan rakyat dan negara dan di cemuh orang luar dan dalam negeri.......
 
Sponsored Post
Top
Log in Register