Presiden Ghana sanggup tolak hadiah Krismas takut rasuah

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
ACCRA: Presiden Ghana, John Atta Mills enggan menerima sebarang hadiah yang biasa diberi ketika sambutan Krismas tahun ini kerana gusar ia adalah cubaan merasuah beliau, kata jurucakap kerajaan.

Di Ghana, adalah menjadi kebiasaan bagi seseorang atau ahli perniagaan memberi hadiah dalam bentuk hamper kepada rakan dan

kenalan dalam kerajaan ketika sambutan atau musim perayaan tertentu.


Sungguhpun begitu, kerajaan pimpinan Mills menganggap ada hadiah yang diberikan adalah penghargaan atas kontrak masa lalu atau untuk kontrak masa depan.

Menurut presiden, pemberian hadiah adalah amalan yang mahu dihapuskan kerajaan ketika negara itu bakal menjadi pengeluar minyak tahun depan.

“Beliau (Mills) berpendirian bahawa adalah lebih baik tidak menerima sebarang hadiah kerana anda tidak tahu apa maksud di sebalik pemberian hadiah itu,” kata jurucakap presiden, Mahama Ayariga.

Berikutan itu, pihak yang memberi hadiah itu telah memberikan bungkusan itu kepada kakitangan presiden, katanya.

Mills yang mula memerintah pada Januari lalu atas kempen memerangi rasuah, umumnya dianggap bersih daripada rasuah.

Tetapi, tidak semua pihak bersetuju dengan tindakannya yang menolak pemberian hadiah ketika sambutan Krismas.

Vitus Azeem, ketua pertubuhan ‘Ghana Integrity Initiative’ yang juga cawangan badan antirasuah, Transparency International, menganggap langkah presiden tidak membawa sebarang perubahan besar kepada usaha kerajaan bagi menghapuskan amalan rasuah di kalangan pegawai awam.

“Kempennya akan lebih bermakna jika beliau memberi arahan khusus kepada menteri dan pegawai kanan lain untuk turut sama menolak pemberian hamper dan kambing yang dihantar terus ke rumah dan pejabat mereka,” kata Azeem.

Ghana dilihat sebagai sebuah destinasi pelaburan terbaik di Afrika Barat pada masa depan bukan saja kerana kestabilan politik negara itu, bahkan ia merupakan sebuah negara yang mempunyai prospek pengeluaran minyak berjumlah 1.8 bilion tong dari telaga Jubilee mulai 2010.
 
Sponsored Post

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
bagus2 presiden nie..........
 

hisham27

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
3,035
Reaction score
11
Points
25
Laaa apasal tolak lak? Kat M'sia biasa jee ngan rasuah. Lebih lak agama Islam lagi tuh...~X(
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
Bagus presiden ni...nnt antar menteri2 g kursus motivasi kt ghana..
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
malu malaysia weh.. :(
 

myvi sporty

Active Member
Joined
Mar 16, 2009
Messages
1,743
Reaction score
35
Points
30
Ghana tu negara kelas ketiga lagi kan? masih merangkak nak pegi ke negara membangun kan? bagus2x.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register