BTC USD 38,974.6 Gold USD 1,823.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden Filipina arah musnahkan Abu Sayyaf | Perang Marawi tamat

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
An interesting photo of #ISIS-East Asia / #ISEAP militants somewhere in #Philippines (possibly from late 2020).

M14 rifles, an underfolding 7.62mm AK rifle, Colt 653/P & Colt 603/613P rifles with M203 UBGLs seen. Also note the M67 Recoilles rifle with 90mm HEAT projectiles.


E3j9XR8X0AIqFiI.jpg
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
1094738.jpg

Antara rumah yang dimusnahkan di kawasan penempatan setinggan belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort.

Lapan lagi rumah tempat persembunyian Abu Sayyaf dimusnahkan

BEAUFORT - Lapan lagi rumah yang dijadikan tempat persembunyian kumpulan Abu Sayyaf dimusnahkan oleh pihak berkuasa dalam satu operasi khas pada Jumaat.

Penempatan setinggan di belakang Taman Sri Arjuna, di sini dimusnahkan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort dengan kerjasama Majlis Daerah Beaufort dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Yaacob berkata, operasi kali kedua itu bertujuan menghapuskan sepenuhnya penempatan yang dipercayai dihuni 38 individu daripada kumpulan itu.

"Rumah ini dibina mengikut teknik perang gerila yang sukar dikesan walaupun menerusi pemantauan udara," katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi itu.

Sehubungan itu, Yusoff Zaki berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung ahli kumpulan Abu Sayyaf diminta tampil membantu untuk menjaga keselamatan negara.

Sementara itu, Pegawai Daerah Beaufort Abdul Imam Basirun berkata, pihaknya akan terus menyokong dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi menghapuskan kawasan persembunyian kumpulan militan berkenaan.

"Ini adalah tindakan drastik dan amat baik untuk menangani kemasukan mereka, Insya-ALLAH kita akan teruskan tindakan ni untuk menghapuskan baki lokasi persembunyian kumpulan Abu Sayyaf," katanya.

Secara keseluruhan setakat ini sebanyak 14 rumah sudah dimusnahkan dan operasi fasa ketiga dan dijangka diteruskan dalam masa terdekat.

Sinar Harian pada 14 Mei lalu melaporkan enam rumah di penempatan yang dijadikan persembunyian ahli kumpulan Abu Sayyaf dimusnahkan oleh pihak berkuasa.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...h-tempat-persembunyian-Abu-Sayyaf-dimusnahkan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
4159_1623661197.jpg

Militan Abu Sayyaf, pembuat bom, Al-Al Sawadjaan (kiri) dan komander yang dianggap paling kejam, Injam Yadah (kanan) ditembak mati dalam operasi pihak berkuasa di Jolo, Filipina. - Foto AGENSI

4 militan Abu Sayyaf dibunuh tentera Filipina​


MANILA: Sekurang-kurangnya empat militan Abu Sayyaf maut dalam pertempuran dengan tentera Filipina di wilayah selatan negara itu semalam.


Pertembungan berlaku ketika pasukan tentera dan polis mahu memberkas pemimpin kumpulan pemisah itu, yang didakwa paling kejam, dikenali sebagai Injam Yadah, di rumahnya di perkampungan Alat di bandar Jolo, wilayah Sulu.


Menurut laporan tentera dari Pusat Pentadbiran Mindanao Barat (Wesmincom), tiga lagi militan yang ditembak mati ialah pembuat bom, Al-Al Sawadjaan, disyaki adik kepada pembuat bom, Mundi Sawadjaan.


"Seorang lagi mangsa lelaki hanya dikenali sebagai 'Rauf' manakala militan ketiga yang maut belum dapat dikenal pasti.

"Semua anggota tentera dan polis di Sulu kini menggandakan usaha untuk menahan Mundi Sawadjaan dan kami yakin dia dapat ditahan," katanya.


Jurucakap tentera, Leftenan Jeneral, Corleto Vinluan Jr, berkata Yadah bersama anggotanya menyerang pasukan keselamatan, yang terpaksa membalas tembakan.


"Difahamkan, Yadah melakukan penculikan untuk tebusan membabitkan rakyat tempatan dan warga asing termasuk lapan nelayan Indonesia yang diculik di luar perairan Malaysia pada awal 2020.


Komander tentera, Mejar Jeneral, William Gonzales, berkata Yadah dianggap sangat ganas dan kerap memenggal kepala orang awam tidak berdosa serta anggota keselamatan tanpa perikemanusiaan.


"Dia juga dikaitkan dengan penculikan empat individu termasuk dua pelancong warga Kanada pada 2015, yang dipenggal secara berasingan selepas wang tebusan yang diminta gagal dibayar.


"Dalam serbuan itu, tentera turut merampas pelbagai senjata api termasuk, sebuah M653 karbin, pistol .45 kaliber, komponen membuat bom dan 15 telefon bimbit selain menahan isteri Yadah bersama tiga anaknya.


"Setakat ini, 121 militan Abu Sayyaf terbunuh, ditahan atau menyerah diri kepada pasukan keselamatan di Sulu termasuk 18 dibunuh, 17 lagi dan 86 yang lain menyerah diri," katanya. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721

3 pengganas terbunuh di selatan Filipina​


MANILA: Tiga individu disyaki pengganas bersenjata terbunuh dalam pertempuran dengan tentera di wilayah Maguindanao, selatan Filipina.


Ketua Pusat Pangkalan Mindanao Barat (WESMINCOM), Leftenan Jeneral Corleto Vinluan, berkata pertempuran berlaku antara pasukan tentera dan Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) kira-kira jam 6 pagi.


Katanya, ketika kejadian, anggota tentera sedang menjalankan operasi ketenteraan sebelum bertembung dengan 10 anggota BIFF.


Tujuh daripadanya melarikan diri, meninggalkan tiga pistol, dua bom tangan dan dadah.


BIFF dianggotai kira-kira 200 orang, antara kumpulan disyaki terbabit dalam kes letupan dan keganasan lain yang berlaku Mindanao. - AGENSI
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register