BTC USD 38,841.3 Gold USD 1,825.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden Filipina arah musnahkan Abu Sayyaf | Perang Marawi tamat

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,244
Reaction score
843
Points
121
alamak Beaufort Sabah.

memang puak mereka dah rancang tak akan buat kubu kat Semporna, Tawau, Lahad Datu, Sandakan lagi.


mereka sekarang dah ubah taktik, masuk pendalaman Sabah pula. mana2 area yang senang nak akses laut, itu lah tempat mereka.
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
13,139
Reaction score
1,955
Points
201
alamak Beaufort Sabah.

memang puak mereka dah rancang tak akan buat kubu kat Semporna, Tawau, Lahad Datu, Sandakan lagi.


mereka sekarang dah ubah taktik, masuk pendalaman Sabah pula. mana2 area yang senang nak akses laut, itu lah tempat mereka.
Ada bukti ka bro atau main ckp ja
 

nationagainstzionist

Super Active Member
Joined
Oct 17, 2012
Messages
5,895
Reaction score
273
Points
91
xmasuk akal la klu abu sayyaf nak landing kat beufort , laluan amat sukar klu lalu kat situ.. sbb tu senang kena raid
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,203
Reaction score
4,099
Points
236
Maklumat Filipina Bantu Malaysia Berkas 8 Ahli Kumpulan Abu Sayyaf

Ken Chang
Sabah, Malaysia
2021-05-10

f06d5295-9aa6-4330-bd6d-a97eb722fbdc.jpeg

Pihak berkuasa Malaysia memaparkan gambar lapan suspek ahli Kumpulan Abu Sayyaf yang ditangkap di Sabah hasil perkongsian maklumat oleh pasukan keselamatan Filipina, 10 Mei 2021.

Pasukan keselamatan di Sabah memberkas lapan suspek militan Kumpulan Abu Sayyaf serta lapan wanita dan 21 kanak-kanak selepas mereka ditemukan bersembunyi di sebuah kawasan paya pada hujung minggu lalu, susulan perkongsian maklumat daripada pegawai Filipina mengenai keberadaan mereka di Malaysia, kata pegawai pada Isnin.

Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali berkata pihaknya melakukan serbuan itu pada awal Sabtu.

"Pihak berkuasa Filipina telah mengesahkan bahawa kesemua lapan lelaki itu menyusup masuk ke Sabah untuk mengelak daripada ditangkap berikutan operasi yang dijalankan pihaknya terhadap ahli ASG," kata Hazani kepada wartawan, yang merujuk kepada Kumpulan Abu Sayyaf.

"Kesemua 37 orang itu, yang terdiri daripada lapan lelaki, dengan 29 yang lain - lapan wanita dan bakinya kanak-kanak - ditangkap semasa sedang bersembunyi di sebuah kawasan paya di daerah Beaufort, Sabah," katanya kepada BenarNews. "Pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada 29 orang itu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan lapan suspek terbabit."

Pihak berkuasa di kedua-dua negara mengenal pasti dua pemimpin kumpulan itu sebagai Sansibar Bensio dan Mabar Binda. Pengikut mereka pula dikenal pasti sebagai Muayyar Binda, Sansis, Firdaus, Lugah Sanchez, Bonijar Samsula dan Alim Sukarno.

"Dua daripada mereka iaitu Sansibar Bensio dan Mabar Binda dikehendaki oleh pihak berkuasa Filipina kerana terlibat dalam pertempuran dengan pihak berkuasa serta kegiatan penculikan rakyat asing," kata Hazani.

Leftenan Jeneral Filipina Corleto Vinluan Jr berkata unit tentera daripada Pasukan Petugas Bersama Sulu (JTFS) telah memberi maklumat itu kepada pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Malaysia, yang membawa kepada serbuan pada Sabtu.

"Berdasarkan laporan di lapangan, ESSCom bertindak atas maklumat yang dikongsikan oleh Pasukan Petugas Bersama Sulu dan melancarkan operasi khas polis di Jalan Taman Sri Arjuna, Beaufort, Sabah pada kira-kira 3 pagi 8 Mei 2021," kata Vinluan yang merupakan Komander Komando Mindanao Barat.


Melarikan Diri Ke Sabah

Vinluan berkata lapan lelaki itu melarikan diri kerana ingin mengelak daripada diberkas oleh pihak berkuasa Filipina di Sulu, yang terletak kira-kira 323 km (200 batu) di timur Sandakan iaitu sebuah bandar di Sabah, Malaysia.

"Mereka berusaha mengelak daripada dikesan dalam operasi berterusan pihak tentera di Sulu," kata Vinluan kepada BenarNews sambil menambah bahawa kumpulan itu mungkin melakukan penculikan lagi sekiranya berpeluang.

"Mereka kemudian melarikan diri ke Sabah dan menubuhkan sel ASG di sana untuk mencari mangsa baharu serta melancarkan kegiatan keganasan yang lain," kata Vinluan.

Bensio dan Binda didakwa terlibat dalam penculikan warganegara Switzerland Lorenzo Vinciguerra dan rakyat Belanda Ewold Horn serta beberapa rakyat Indonesia di selatan Filipina, menurut pihak tentera.

Horn terbunuh ketika cuba melarikan diri semasa berlaku pertempuran bersenjata di antara pihak tentera dan para penculiknya pada 2019 iaitu tujuh tahun selepas dia diculik. Vinciguerra pula berjaya memboloskan diri selepas ditahan selama dua tahun.

Pihak berkuasa tentera juga mengaitkan Bensio dan Binda dengan penculikan bagi mendapatkan wang tebusan 10 rakyat Filipina, yang ditahan di hutan Sulu pada masa yang berbeza namun dibebaskan kemudian.

Kolonel Hernanie Songano, yang merupakan Komander Briged Marin Ke-4 di selatan Filipina, berkata maklumat perisikan menunjukkan bahawa kumpulan itu berhasrat menjadikan Sabah sebagai batu loncatan bagi "memudahkan kumpulan pengganas asing di Asia Tenggara melakukan kegiatan keganasan di Filipina."


Kumpulan Pengganas Asing

Sementara itu, Vinluan berkata pasukan tentera dan polis sedang mengesan "dua lagi rakyat Indonesia dan seorang militan Mesir di Sulu."

Menurutnya warganegara Mesir itu merupakan adik lelaki kepada militan dikenali sebagai Yusop, yang terbunuh bersama-sama dua militan Abu Sayyaf pada April.

Ibu mereka, Reda Mohammad Mahmud (alias Siti Aiza), yang juga rakyat Mesir telah meletupkan dirinya di sebuah detasemen tentera pada 2019. Bahan peledak yang dipasang pada tubuhnya telah diletupkan lebih awal menyebabkan tiada mangsa lain yang cedera atau terbunuh.

Sulu, wilayah pulau terpencil di pinggir selatan Filipina, menjadi kawasan kekejaman pengganas sejak beberapa tahun lalu.

Abu Sayyaf dipersalahkan bagi kejadian pengeboman bunuh diri di sebuah gereja Katolik di Jolo, ibu kota wilayah Sulu, yang menyebabkan 23 orang terbunuh termasuk pasangan suami isteri rakyat Indonesia yang meletupkan diri mereka. Pengeboman yang dilakukan pada Ogos 2020 di Jolo pula mengorbankan 14 orang.

Staf BenarNews di Zamboanga, Filipina turut menyumbang kepada laporan ini

Sumber asal BenarNews.MY
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,203
Reaction score
4,099
Points
236
Polis Tembak Mati 5 Anggota Abu Sayyaf Di Sabah

18.05.2021 - Kuala Lumpur, Polis Sabah menembak mati lima anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf dalam operasi khas, yang dijalankan di sebuah kawasan setinggan di paya bakau berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort pada pukul 11.27 pagi semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, salah seorang daripada suspek itu adalah ‘sub leader’ kumpulan pengganas tersebut dikenali sebagai Mabar Binda, yang dinamakan dalam senarai dikehendaki oleh kerajaan Filipina.

Beliau berkata, tiga lagi suspek dikenali sebagai Abhirsham [email protected], Jurakhdam Binda, Alsimar Sukarno, manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti namanya, dan semuanya dianggarkan berusia antara 20an hingga 40an.

“Dengan tumpasnya lima anggota kumpulan ini, polis yakin telah berjaya melumpuhkan satu sel Abu Sayyaf yang bersembunyi di Sabah, dan yang telah melakukan ba’iah dengan kumpulan militan Daesh.

“Polis juga mengesyaki masih lagi ada saki baki dan tali barut (kumpulan itu) yang bersembunyi di Malaysia khususnya di Sabah dan kita sedang menyiasat perkara ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan di Kota Kinabalu hari ini.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/575045
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,170
Reaction score
13,748
Points
2,376
PENGGANAS | Polis Tembak Mati Lima Anggota Kumpulan Abu Sayyaf

Polis menembak mati lima anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf di Beaufort, Sabah, pagi semalam.

#vivoV21Series #OISNightSelfie #SlimDesign

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,170
Reaction score
13,748
Points
2,376
MILITAN ABU SAYYAF | Lokasi Persembunyian Dimusnahkan

Enam rumah di kawasan hutan paya bakau belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort, Sabah, yang menjadi lokasi persembunyian kumpulan militan Abu Sayyaf dimusnahkan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,170
Reaction score
13,748
Points
2,376
PDRM | 8 Ahli Abu Sayyaf Diserah Kepada Filipina

Lapan ahli kumpulan Abu Sayyaf yang ditahan di Beaufort pada 8 Mei lalu, diserahkan kepada pasukan keselamatan Filipina.

Penyerahan dibuat di sempadan perairan Malaysia-Filipina berhampiran Pulau Bakungan 40 batu nautika dari bandar Sandakan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
13,139
Reaction score
1,955
Points
201
Sejarah lama berulang kembali bumi yg di pijak milik org....hakikat yg pahit utk di telan penduduk selatan
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register