BTC USD 38,766.9 Gold USD 1,827.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden Filipina arah musnahkan Abu Sayyaf | Perang Marawi tamat

teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
2,191
Reaction score
361
Points
51
Bila dah miskin dan susah... dan nak duit cepat.. kerja merompak, mencuri dan melanun adalah job paling cepat..

Islam tak akan menyelesaikan masalah puak2 macam ni...
 
Sponsored Post

Mata_Pena

Forum Troll, Multiple ID Cricket
Joined
Oct 22, 2008
Messages
5,397
Reaction score
1,862
Points
141
Kenapa kalau google abu sayyaf ni..

Gambar2 diorang ni bnyk pakai m16 keluaran amerika
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
7,634
Reaction score
1,014
Points
151
abu syaf ni sulu kan?

sembang puak di filipin bukan ke kata susur galur kesutanan Sulu

kecelaruan identiti btol filipin ni

baiklah diorg musnahkan pemimpin kapir filipin
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
Wanita Indonesia disyaki rancang serangan di Filipina ditahan

MANILA: Seorang wanita Indonesia disyaki merancang serangan bom berani mati di selatan Filipina, ditahan dalam serbuan awal pagi tadi, menurut pihak tentera.

Tangkapan itu menyusul kurang dua bulan selepas dua wanita didakwa pengebom berani mati, meletupkan diri mereka di Pulau Jolo di wilayah Sulu yang menyebabkan 15 orang terkorban dan 74 lagi cedera.

Pasukan keselamatan menuduh kumpulan Abu Sayyaf sebagai bertanggungjawab dalam serangan pada 24 Ogos lalu itu.

Menurut Pasukan Turus Bersama bagi rantau itu dalam satu kenyataan, wanita Indonesia terbabit dikenali sebagai Rezky Fantasya Rullie yang juga balu seorang militan Indonesia maut di Sulu pada Ogos lalu.

Menurut kenyataan itu lagi, dia juga dipercayai adalah anak perempuan kepada dua pengebom berani mati yang mengorbankan 21 orang dalam serangan di sebuah gereja di Jolo, awal tahun lalu.

"Kami telah memburu pengebom berani mati asing di Sulu selepas dua serangan di pekan Jolo (pada Ogos).

"Rullie adalah yang pertama dalam senarai kami selepas menerima laporan perisikan bahawa dia akan melakukan serangan bom berani mati," kata Brigedier Jeneral William Gonzales.

Menurut pihak tentera, Rullie ditahan bersama dua lagi wanita yang juga isteri kepada anggota kumpulan Abu Sayyaf. - AFP
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,203
Reaction score
4,099
Points
236
2 Anggota Kumpulan Abu Sayyaf Terbunuh Dalam Pertempuran

20.11.2020 - Manila, Tentera kerajaan membunuh dua individu yang disyaki anggota kumpulan militan Abu Sayyaf dalam pertempuran berasingan di selatan Pulau Sulu semalam, termasuk pemimpin kanan yang mempunyai kaitan dengan penculikan warga Eropah dan Indonesia beberepa tahun lalu, kata pegawai tentera. Pembunuhan tersebut menyaksikan seramai 17 orang yang disyaki anggota Daesh yang dikaitkan Kumpulan Abu Sayyaf terbunuh dalam beberapa siri serbuan dan pertempuran di selatan Filipina pada bulan ini.

Daripada jumlah itu, tujuh orang dibunuh semasa diburu oleh tentera di perairan Sulu pada 3 November lalu. Pada subuh semalam, unit Pasukan Pendaratan Batalion Marin 1 diserang sepasukan kumpulan Abu Sayyaf yang diketuai Hatib Munap Binda berdekatan bandar Panamao di wilayah Sulu, menurut laporan tentera. Pertempuran selama 30 minit menyebabkan kematian Binda dan mencederakan beberapa orang, kata Ketua Tentera Filipina Selatan, Leftenan Jeneral Corleto Vinluan seperti dipetik Benar News.

“Tentera menemui mayat peminpin kanan Abu Sayyaf, Binda,” kata Vinluan sambil menambah pihak musuh terpaksa berundur dan membawa anggota mereka yang tercedera.

Beliau berkata, sepucuk rifal M16 dan rifal tempur M14 ditemui. Kira-kira sejam selepas itu, satu lagi pasukan marin bertempur dengan serpihan kumpulan Abu Sayyaf di kawasan lain yang menyebabkan seorang suspek kumpulan militan itu, Bensio Barahama terbunuh. Binda dikenalpasti sebagai rakan sekutu pemimpin kanan Abu Sayyaf, Alhabsy Misaya yang mengetuai aktiviti penculikan bagi mendapatkan wang tebusan di selatan Filipina yang bersempadan dengan Malaysia dan Indonesia, menurut rekod risikan tentera.

Misaya terbunuh dalam pertempuran pada 2017. Selain menculik, dia juga dipertanggungjawabkan ke atas serangan bom yang membunuh tentera Amerika Syarikat pada 2002. Barahama pula terlibat dalam penculikan dua pemerhati burung, Lorenzo Vinciguerre (warga Switzerland) dan Ewold Horn (warga Belanda), kata tentera.

Mereka diculik pada Februari 2012 bersama jurupandu warga Filipina yang dapat melepaskan diri berhampiran Pulau Tawi-Wati beberapa jam kemudian. Vinciguerre berjaya melepaskan diri daripada tahanan Kumpulan Abu Sayyaf dua tahun kemudian tetapi Horn terbunuh pada Mei 2019 ketika dia cuba melarikan diri ketika pertempuran antara penculiknya dengan tentera. Vinluan berkata, Barahama mengetuai kerja-kerja penculikan 10 warga Filipina dan membebaskan mereka apabila menerima wang tebusan.

Pada malam Khamis lalu, suspek ketiga anggota kumpulan Abu Sayyaf ditahan berhampiran Pulau Basilan yang merupakan tempat kelahiran Abu Sayyaf pada pertengahan 1990 an. Suspek tersebut dikenalpasti sebagai as Ranger Siason (atau Abu Ranger), kata Ketua Polis bandar Isabela, Leftenan Kolonel Homer Dumalag. Katanya, polis menemui peluru dan bahan letupan di samping bendera IS berikutan penahanan Siason.

Berita asalhttps://malaysiagazette.com/2020/11/21/2-anggota-kumpulan-abu-sayyaf-terbunuh-dalam-pertempuran/
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
Presiden Filipina luluskan program pengampunan pemberontak

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, meluluskan program pengampunan bagi pemberontak Islam dan komunis yang bersetuju menyerahkan senjata serta kembali menjalani kehidupan biasa.

Ia ada usaha terbaru negara itu untuk menghapuskan pemberontakan di kawasan pedalaman yang sudah berlarutan lebih setengah abad.

Ribuan gerila milik dua kumpulan besar Islam di selatan negara itu dan puak pemberontak komunis boleh memohon pengampunan dalam tempoh setahun selepas ia dipersetujui oleh Kongres.

Tiga kumpulan pemberontak sudah menandatangani perjanjian damai berasingan sebelum pentadbiran Duterte, yang meredakan pertempuran selama puluhan tahun tetapi tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana masalah tertentu.

Pemimpin kumpulan bersenjata terbesar, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), ditugaskan untuk mentadbir sementara wilayah autonomi Islam baharu di selatan sementara ribuan pejuangnya menyerahkan senjata.

Jurucakap MILF, Von Al Haq, berkata pihaknya mengalu-alukan elaksanaan program pengampunan berdasarkan perjanjian damai mereka sebelum ini.

Namun, tegas beliau, pematuhan terhadap perjanjian damai dan program pengampunan itu bergantung juga kepada keikhlasan kerajaan terhadapnya.

Duterte, 75, juga bersetuju untuk memasukkan bekas pemberontak komunis menganggotai Tentera Rakyat Baru, dalam program pengampunan itu.

Katanya, tindakan itu adalah bagi mengotakan janjinya untuk menyelesaikan isu pemberontakan Islam dan komunis sebelum penggal jawatannya berakhir Jun tahun depan.

Hanya pemberontak yang berjuang bagi menegakkan kepercayaan politik dan keadilan sosial dipertimbangkan untuk pengampunan selain perlu bebas daripada sebarang tuduhan jenayah.

Kumpulan yang melakukan penculikan untuk tebusan, pembunuhan beramai-ramai, rogol, keganasan, perdagangan dadah dan jenayah tertentu menurut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) tidak layak dipertimbangkan.

Ini bermakna program pengampunan itu tidak ditawarkan kepada kumpulan Abu Sayyaf dan serpihan kumpulan bersenjata lain yang dikaitkan Daesh.

Abu Sayyaf masih disenarai hitam oleh Amerika Syarikat dan Filipina sebagai pertubuhan pengganas yang melakukan penculikan untuk tebusan, pembunuhan dan serangan pengebom berani mati. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
sayyaf_1613880365.jpg

Anggota kumpulan Abu Sayyaf dikenali sebagai Wahid Sahid terkorban selepas berbalas tembakan dengan komando polis Filipina, semalam. FOTO POLIS FILIPINA

Anggota Abu Sayyaf aktif menculik, jual senjata api mati ditembak

MANILA: Seorang anggota kumpulan Abu Sayyaf yang terbabit aktiviti penyeludupan senjata, terbunuh dalam operasi polis di Panamao, Sulu, semalam.

Operasi itu dilakukan kira-kira jam 10.30 pagi membabitkan anggota komando polis dan disokong tentera.

Pasukan keselamatan Filipina berjaya mengesan lokasi suspek yang dikenali sebagai Wahid Sahid selepas anggotanya menyamar sebagai pembeli senjata api.

Ketua Polis Nasional Filipina, Jeneral Debold Sinas, berkata suspek adalah antara anggota kumpulan Abu Sayyaf yang aktif dalam sindiket penculikan untuk menuntut wang tebusan di Sulu.

"Pasukan komando menyerbu ke sebuah rumah yang menjadi sasaran selepas menerima maklumat namun dihujani tembakan daripada suspek.

"Pasukan keselamatan mencari perlindungan dan berjaya melepaskan tembakan ke arah suspek yang mengakibatkan kematiannya," katanya.

Sinas berkata, pasukan keselamatan yang menggeledah rumah suspek menemui tiga senapang M14, satu M4 berkaliber 5.56mm, peluru dengan pelancar bom tangan M203 serta dua peluru 40mm.

"Siasatan lanjut mendedahkan suspek dipantau di Barangay Labuan, Kota Zamboanga sejak Januari lalu dan dipercayai mensasarkan menculik keluarga golongan ternama," tambahnya.

Laporan lain mendedahkan suspek mendapat arahan dan menjadi pengikut Almujir Yadah dan kumpulan bersenjata yang beroperasi di Daerah 2, Sulu.

Sahid turut dikatakan terbabit dalam penyeludupan senjata api dan menyediakan senjata api berkuasa tinggi kepada kumpulan itu di Bandar Zamboanga dan Sulu. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
jolo_1614090870.jpg

Sebuah kereta perisai diletakkan di sebuah balai polis di Jolo. - Foto AFP

9 wanita disyaki pengganas ditahan

MANILA: Sembilan wanita yang disyaki terbabit dalam insiden meletupkan sasaran tentera di selatan Filipina, ditahan.

Semua suspek ditahan pihak berkuasa dalam serbuan di beberapa kediaman berhampiran Pulau Jolo yang majoritinya dihuni penduduk Islam selain merampas peralatan membuat bom.

Jeneral Mejar William Gonzales dalam satu kenyataan berkata, kebanyakan wanita itu adalah anak serta balu kepada pejuang Abu Sayyaf termasuk mereka yang berpotensi menjadi pengebom berani mati.

"Mereka begitu terdesak untuk membalas dendam kepada kerajaan hingga sanggup mengorbankan keluarga masing-masing," katanya.

Menurut Leftenan Pertama Jerrica Manongdo pula, hasil pemantauan mendapati wanita terbabit menyalurkan bantuan kewangan serta logistik kepada Abu Sayyaf.

Mereka didakwa cuba melancarkan serangan terhadap anggota tentera menggunakan objek peranti letupan (IED).

Tiga daripada wanita berkenaan adalah anak kepada bekas pemimpin Abu Sayyaf, Hatib Hajan Sawadjaan, yang dituduh merancang serangan maut di Gereja Joloo yang mengorbankan 21 orang tahun lalu.

Penahanan semua suspek dibuat enam bulan selepas dua wanita pengembom berani mati, termasuk seorang warga Indonesia meletupkan diri mereka di Jolo, mengorbankan 15 orang serta mencederakan 47 yang lain. - AFP
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,792
Reaction score
411
Points
141
susah mereka ni nak hidup..
mesti dipinggirkan pembangunan..sbb tu sanggup langgar hukum agama dgn merompak semata2 nak hidup..
tapi munkin juga ade cubaan utk hidupkan kembali kesultanan Sulu..itu yg silap..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,170
Reaction score
13,748
Points
2,376
KUMPULAN MILITAN | 8 Ahli Kumpulan Abu Sayyaf Ditahan Di Beaufort

Polis dan anggota keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menahan lapan ahli kumpulan Abu Sayyaf warganegara Filipina termasuk dua yang dikehendaki pihak berkuasa negera itu, dalam operasi khas di Taman Sri Arjuna, Beaufort, Sabtu lalu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

#vivoV21Series #OISNightSelfie #SlimDesign

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register