BTC USD 38,982.4 Gold USD 1,823.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden Filipina arah musnahkan Abu Sayyaf | Perang Marawi tamat

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
155,596
Reaction score
21,295
Points
1,671
rodrigo-duterte1.jpg

syf.jpg_1470837149.jpg

Presiden Filipina anggap Abu Sayyaf ialah pengganas dan penjenayah yang membunuh orang awam tanpa sebab. - Foto Fail/Aljazeera

Manila: Presiden Filipina Rodrigo Duterte hari ini, mengarahkan tentera memusnahkan kumpulan militan Abu Sayyaf kerana menurutnya jika dibiarkan negara itu bakal ‘dicemari’ oleh militan Negara Islam (IS).

“Musnahkan mereka, ini perintah,” kata Duterte kepada tentera di sebuah pangkalan tentera di Zamboanga, selatan Filipina.

Menurutnya, Abu Sayyaf ialah pengganas dan penjenayah yang membunuh orang awam tanpa sebab serta tidak mahu berunding.

“Tindakan tegas amat perlu sekarang atau Filipina akan ‘dicemari’ dengan wabak IS,” katanya yang menjanjikan peralatan moden kepada tentera bagi memerangi Abu Sayyaf.

Kumpulan militan itu kini sedang menahan sejumlah tebusan asing, termasuk dari Norway, Belanda dan Malaysia untuk mendapatkan wang tebusan selepas memenggal dua tebusan Kanada baru-baru ini.


http://www.hmetro.com.my/node/158036
 
Hishammuddin anggap bekas pensyarah UM maut, walaupun mayat belum ditemui

Hishammuddin-Hussein.jpg


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengadaikan militan Malaysia paling dikehendaki, Mahmud Ahmad sudah maut kerana dia tidak lagi efektif.


Menteri pertahanan berkata, andaian itu susulan bekas pensyarah Universiti Malaya itu tidak lagi mengarah dan menerima arahan di media sosial, selain tidak kelihatan di Marawi, selatan Filipina.

“Kita mengadaikan dia tidak lagi efektif, jadi kita boleh andaikan dia dah meninggal dunia.

“Sehingga kita jumpa mayat dia dan mengesahkan padanan DNA, itulah keputusannya,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bangunan Memorial Tun Hussein Onn kepada Jabatan Arkib Negara, hari ini.

Sebelum ini, CNN Filipina memetik Timbalan Komander Kumpulan Ranao, Kolonel Romeo Brawner sebagai berkata, Mahmud yang menyertai kumpulan Maute, dipercayai antara 13 militan yang terbunuh di Marawi pada 18 Oktober lalu.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, mayat Mahmud belum ditemui sehingga kini.

“Masih belum jumpa mayat (Mahmud) tapi kita dah ambil DNA keluarganya.”

Menteri tugas-tugas khas itu mengesahkan kumpulan IS tiada lagi di Marawi.

Mengenai perbincangannya semasa di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini, Hishammuddin berkata, ia secara asasnya berkaitan perkongsian idea mengenai operasi ketenteraan, pertimbangan geopolitik dan bantuan kemanusiaan di Yaman.

“Kita terlibat dalam pertimbangan geopolitik dan bantuan kemanusiaan, bukannya ketenteraan,” katanya.

Mahmud dilaporkan dilatih di kem al-Qaeda di Afghanistan semasa beliau menuntut di Universiti Islam Islamabad di Pakistan.

Mahmud juga bertanggungjawab mengatur militan Malaysia yang mahu bertempur di Syria dan berlatih di selatan Filipina sebelum pertempuran Marawi.


http://www.freemalaysiatoday.com/ca...n-malaysia-maut-walaupun-mayat-belum-ditemui/

Filipina umum perang Marawi berakhir

image.jpg

AHLI keluarga tentera Filipina menyambut kepulangan askar yang berjuang di Marawi di Pangkalan Udara Villamor di Manila pada 20 Oktober 2017. AFP

MANILA 23 Okt. – Filipina mengumumkan operasi ketenteraan ke atas kumpulan militan di Marawi yang berlangsung selama lima bulan berakhir, hari ini selepas pertempuran sengit dan perang bandar yang rumit menjadi krisis keselamatan terburuk negara ini sejak bertahun lalu.

Peperangan itu dihentikan selepas tentera Filipina berjaya menghapuskan musuh yang bersembunyi di beberapa buah bangunan di bandar Marawi dan enggan menyerah diri.

Mayat sebanyak 40 anggota militan Daesh dan dua isteri mereka ditemukan hari ini dua buah bangunan dan sebuah masjid di zon perang.

Bagaimanapun tinjauan agensi berita Reuters mendapati tembakan meriam dan tembakan senjata automatik masih kedengaran selain api yang marak dari belakang sebuah masjid.

Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana menegaskan dengan menamatkan serangan pengganas itu, Filipina berjaya memusnahkan pertumbuhan dan mengalahkan keganasan.

“Kemenangan ini berjaya menafikan usaha mengeksport fahaman ektremis dan radikal di Filipina selain menghalang ia daripada merebak ke Asia,” kata beliau.

Kepungan militan mengejutkan ketidakmahiran tentera Filipina dalam perang bandar selain menimbulkan kebimbangan bahawa Daesh berjaya mempengaruhi penduduk Islam tempatan selain bercita-cita menjadikan Mindanao sebagai pangkalan operasi mereka di Asia Tenggara.

Menurut pihak berkuasa, sebanyak 920 orang militan, 165 anggota tentera dan polis serta sekurang-kurangnya 45 orang awam terbunuh dalam konflik yang memaksa lebih 300,000 penduduk dipindahkan. – REUTERS


http://www.utusan.com.my/berita/lua...tan-di-marawi-berakhir-1.541662#ixzz4wKrV17LG

Rakyat Malaysia, Mahmud Ahmad dilapor terbunuh

DMeYD3EVAAA-C1F.jpg


MARAWI CITY: Tentera Filipina hari ini melaporkan militan kelahiran Malaysia, Mahmud Ahmad, berkemungkinan besar terbunuh dalam pertempuran tengah malam tadi, yang turut mengorbankan 13 pemberontak.


Timbalan Komander Operasi di Marawi, Kolonel Romeo Brawner, berkata siasatan lanjut masih diperlukan termasuk menyoal siasat tebusan dan ujian saintifik, namun tentera percaya Mahmud antara yang terbunuh.

Bekas pensyarah universiti itu dipercayai berperanan penting dalam membiayai Marawi yang dikepung sejak hampir lima bulan lalu.

Beberapa pakar berkata, Mahmud disebut-sebut sebagai pengganti Isnilon Hapilon bagi militan Daesh di Asia Tenggara susulan kematian Hapilon, Isnin lalu. - Reuters


https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2017/10/339350/mahmud-ahmad-dilapor-terbunuh

Duterte isytihar Bandar Marawi bebas pengganas

7562916-3x2-940x627.jpg.transformed_0.jpg


MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengisytiharkan Bandar Marawi dibebaskan daripada militan setia kepada kumpulan pengganas Daesh yang menguasai tengah bandar itu sejak 148 hari lalu, kata kerajaan.


Difahamkan, Duterte melawat Marawi, selepas dua pemimpin tertinggi militan pemberontak itu berjaya dibunuh.

Beberapa pemberita daripada CNN Filipina dan ABS-CBN berkata, Duterte memaklumkan demikian kepada tentera di bandar itu.

Setiausaha Komunikasi Presiden, Martin Andanar turut menghantar mesej kenyataan Duterte itu kepada beberapa pemberita lain. - Reuters


https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2017/10/338553/duterte-isytihar-bandar-marawi-bebas-pengganas

Dr Mahmud masih hidup - KPN

DMP7tJjUEAAASey.jpg


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan rakyat Malaysia, Dr Mahmud Ahmad, yang menyertai kumpulan pengganas Daesh di selatan Filipina masih hidup.

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun, berkata maklumat mengenai bekas pensyarah itu diterima daripada Kementerian Pertahanan Filipina berdasarkan laporan perisikan di Marawi, Filipina

"Kami sentiasa berhubung dan bertukar-tukar maklumat dengan pihak berkuasa di negara berkenaan dalam usaha memerangi aktiviti kumpulan pengganas DAESH," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, Mahmud dan seorang lagi rakyat Malaysia dikenali sebagai Mohd Amin Baco dipercayai berada di Marawi, iaitu kawasan yang dikuasai Ispilon Hapilon.

Sementara itu, dua pemimpin kumpulan militan Daesh iaitu Ispilon Hapilon dan Omar Maute dipercayai antara yang terbunuh dalam serangan oleh pihak berkuasa Filipina susulan serangan sejak 23 May lalu.

Kementerian Pertahanan Filipina, mengesahkan kematian Ispilion dan Maute itu hari ini, namun masih belum mengeluarkan butiran terperinci berhubung serangan yang menyebabkan kedua-dua mereka terkorban.

Kedua-dua mereka sebelum ini adalah ketua kepada kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dan kumpulan Maute, yang mula bergabung sejak pertengahan tahun ini bagi memperkuatkan kumpulan militan Daesh khususnya di selatan Filipina.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/10/338143/dr-mahmud-masih-hidup-kpn

Isnilon Hapilon, Omar Maute dilaporkan maut di Marawi

maute-terrorist2.jpg


KOTA KINABALU: Dua militan tertinggi pro-IS, Isnilon Hapilon dan Omar Maute dilaporkan terbunuh dalam pertempuran dengan tentera di Marawi, selatan Filipina, tengah malam tadi.


Portal berita Filipina, Rappler memetik sumber sebagai berkata, Hapilon yang dikehendaki Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) untuk jenayah rentas sempadan di perairan pantai timur Sabah, dan Omar dibunuh tentera untuk menyelamatkan tebusan.

AP memetik 4 pegawai tentera dan polis sebagai berkata, Hapilon yang merupakan antara suspek keganasan paling dikehendaki FBI, dan Omar dibunuh ketika berbalas tembakan dengan tentera Filipina. Mayat mereka ditemui di Marawi hari ini.

Rappler melaporkan tentera Filipina dijangka meneruskan operasi membersihkan medan perang terakhir dan bahan letupan buatan militan.

“Kami mendapat berita Isnilon dibunuh dan kami sedang menunggu pengesahan daripada rakan sejawatan di Filipina,” kata Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali kepada FMT.

“Kami meningkatkan operasi bagi melindungi sempadan di pantai timur dengan selatan Filipina untuk memastikan tiada saki-baki militan memasuki perairan negara.”

Militan dilaporkan menyerah diri selepas kematian pemimpin mereka dan ada yang bimbang militan akan melarikan diri ke kawasan lain di selatan Filipina, Indonesia serta Malaysia.

Hapilon ialah pemimpin Abu Sayyaf yang juga emir IS di Asia Tenggara, manakala Omar pula ialah pengasas kumpulan militan Maute.

Adiknya, Abdullah yang juga pengasas kumpulan itu dilaporkan terbunuh dalam pertempuran.

Lebih 1,000 orang yang kebanyakannya militan terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan militan dan tentera Filipina di Marawi sejak 23 Mei lalu.


http://www.freemalaysiatoday.com/ca...hapilon-omar-maute-dilaporkan-maut-di-marawi/

KPN sahkan Joraimee terbunuh di Marawi

joraimeeis.ashx


PETALING JAYA: Polis mengesahkan militan warga Malaysia, Muhammad Joraimee Awang Raimee terbunuh di bandar Marawi, Filipina.


Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan dengan The Star bahawa Muhammad Joraimee atau lebih dikenali sebagai Abu Nur telah meninggal dunia.

"Ya, dia terkorban pada 28 September 2017 di selatan Filipina," katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.

Namun Fuzi tidak mendedahkan sama ada mayat Joraimee disahkan menggunakan analisis DNA sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita.

The Star pada 1 Oktober lalu melaporkan Joraimee, 42, dipercayai antara 15 yang terkorban dalam serangan udara ketika tentera Filipina menguasai semula Masjid Bato yang dijadikan kubu militan IS di bandar Marawi, Mindanao.


http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/10/10/joraimee-terkorban/

4 militan Malaysia masih bertempur di Marawi - KPN
fuzi-harun-marawi-5.jpg


KOTA KINABALU: Polis percaya 4 militan warga Malaysia masih berkubu di bandar Marawi selatan Filipina, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Fuzi Harun.

Beliau memberitahu FMT 4 individu itu ialah Mahmud Ahmad, Mohd Amin Baco, Jeknal Adil dan seorang bergelar “Pendek”.

Jeknal, berasal dari Sabah, sebelum ini dipercayai terbunuh dalam satu serangan hendap oleh pihak keselamatan pada Jun.

Kematian Jeknal diceritakan oleh majalah propaganda IS, Rumiyah, pada Jun. Majalah itu mendakwa Jeknal terbunuh dalam pengeboman oleh tentera semasa menyediakan sarapan untuk anggota kemnya.

“Kematian Jeknal belum dapat disahkan pihak berkuasa Filipina, jadi kita anggap beliau masih hidup,” kata Fuzi.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Muhammad Joraimee Awang Raimee, dikatakan terbunuh pada Khamis.

Joraimee, 42, seorang bekas pegawai Majlis Perbandaran Selayang, dikatakan terbunuh dalam pengeboman udara apabila pihak tentera menawan balik Masjid Bato, yang digunakan militan sebagai pusat perintah di Marawi.

“Kita juga terima maklumat itu tetapi belum disahkan pihak berkuasa di Marawai. Kita masih menunggu pengesahan,” kata Fuzi.

Kehadiran sekurang-kurangnya 3 militan Malaysia disahkan bekas tebusan militan di Marawi.

Beliau berkata menemui mereka bertiga semasa dalam tahanan, termasuk kemungkinan menemui Joraimee, sebelum “terbunuh”.

Guru itu, Lordvin Acopio, dapat melepaskan diri semasa serangan oleh pihak tentera pada 16 September selepas menjadi tebusan selama hampir 4 bulan.

Acopio berkata rakyat Malaysia yang ditemuinya ialah Mahmud, seorang lagi bergelar “Abu Muslim”, dan seseorang yang tidak diketahui namanya.

Apabila ditanya sama ada 3 rakyat Malaysia yang ditemui itu membawa kris atau pisau, Acopio menjawab: “Ya, saya nampak orang itu. Orang itulah yang saya tak tahu namanya,” katanya kepada FMT.

Sumber berkata Joraimee suka bergambar dengan senapang patah dan keris dalam foto dan video yang dirakam militan.

Ditanya mengenai Abu Muslim, Fuzi memberitahu FMT bahawa polis tidak pernah dengar mana-mana rakyat Malaysia yang menggunakan gelaran itu.

Darul Islam Sabah

Amin dan Jeknal dilaporkan berasal dari Tawau, Sabah dan ahli kumpulan Darul Islam Sabah yang diharamkan.

Polis mengumumkan dua rakyat Sabah itu, bersama Mahmud, Joraimee dan seorang pembuat bom bernama Mohd Najib Husen, antara militan Malaysia yang mempunyai kaitan dengan IS dan Abu Sayyaf pada Julai 2014.

Jeknal, 33, dilaporkan seorang militan tegar, dan terlibat dalam terorisme sejak berusia 18 tahun dan dilaporkan menjalani sekurang-kurangnya 5 sesi latihan fizikal di Tawau.

Jeknal juga dikatakan mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan di kem Abu Sayyaf di Jolo, Filipina, antara September 2005 dan Mac 2006.

Jeknal dan Amin dikenalpasti sebagai pembuat bom yang menggunakan tempat persembunyian Abu Sayyaf di Basilan dan Jolo sebagai pangkalan untuk operatif IS di Asia Tenggara.

Mahmud pemimpin di Marawi

Mahmud, juga dikenali sebagai Abu Handzalah, dikatakan memainkan peranan sebagai pemimpin dalam kalangan Maute dan Abu Sayyaf, yang bertempur dengan pihak keselamatan di Marawi.

Mahmud, dan orang kanannya, Najib, yang terbunuh dalam serangan di Basilan, dikenalpasti sebagai perekrut IS di Malaysia.

Mahmud juga bertanggungjawab untuk melatih dan menghantar militan untuk bertempur di Syria dan Iraq.

Antara yang direkrut ialah pengebom bunuh diri Malaysia pertama, Ahmad Tarmimi Maliki.

Mahmud menerima latihan di kem Al-Qaeda di Afghanistan di bawah Osama Laden semasa mengaji di Universiti Islam Islamabad di Pakistan lewat 1990-an.

Beliau kembali untuk bersyarah di Unversiti Malaya. Apabila identitinya sebagai militan didedahkan pihak berkuasa pada 2014, dia melarikan diri ke selatan Filipina.

Mahmud bertanggungjawab untuk membiaya serangan Marawi dengan mengatur penyaluran jutaan peso dari IS.

Mahmud memainkan peranan sebagai ustaz untuk tebusan dan menugaskan tebusan wanita menjadi jururawat untuk militan yang tercedera.

Mahmud dan Joraimee digambarkan sebagai ahli strategi dalam serangan Marawi yang berlaku pada 23 Mei.

Ahli strategi lain ialah daripada kumpulan Abu Sayyaf, diketuai oleh emir IS di Asia Tenggara, Isnilon Hapilon, dan pengasas kumpulan Maute, Omar dan Abdullah.

Hampir 200 askar, lebih 700 militan dan 47 orang awam terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan Abu Sayyaf dan Maute.

Pertempuran tercetus selepas cubaan menangkap Isnilon digagalkan.


http://www.freemalaysiatoday.com/ca...4-militan-malaysia-masih-bertempur-di-marawi/

Tentera Filipina tak cukup bajet mahu berperang
RM247 juta hangus dibelanjakan di Marawi


09hmmarawi2_1504899033.jpg


Manila: Tentera Filipina semalam meminta kerajaan menyalurkan dana tambahan bagi membiayai kempen membebaskan bandar Marawi yang ditawan kumpulan pemberontak dan militan Daish.

Perang yang meletus lebih tiga bulan lalu itu menelan belanja 3 bilion peso (RM247 juta) dan memusnahkan bandar di selatan Filipina itu.

Krisis itu memberi ancaman serius kepada kerajaan Presiden Rodrigo Duterte yang menghantar ribuan askar dan menguatkuasakan perintah darurat di sebahagian wilayah selatan negara itu.

Sembilan hari lalu, Duterte mengumumkan bahawa pertempuran di Marawi kini di fasa terakhir.

Bagaimanapun, kerajaan semalam memberitahu, jabatan pertahanan meminta Kongres bajet tambahan untuk menampung perang di Marawi itu.

“Wang mengalir setiap hari sepanjang pertempuran berlangsung dan ini akan membebankan kerajaan.

“Sebab itu kerajaan melihat perlu menyediakan dana tambahan kepada pasukan bersenjata bagi mendapatkan keperluan untuk menamatkan peperangan ini,” kata jurucakap tentera, Restituto Padilla.

Menurutnya, tentera membelanjakan 3 bilion peso setakat ini dan memerlukan lebih 1 bilion peso (RM83 juta) lagi untuk menambah bekalan peluru, minyak dan peralatan lain untuk peperangan itu.

Pertempuran di Marawi tercetus pada hujung Mei lalu apabila beratus-ratus pemberontak Maute yang dibantu militan Daish menyerbu bandar berkenaan.

Selepas bertempur hampir setiap hari, kumpulan militan kini berlindung di beberapa kawasan kecil di tengah Marawi.

Pertempuran itu menyebabkan seramai 651 militan dibunuh manakala 145 askar dan polis serta 45 orang awam terkorban.

Ribuan penduduk Marawi terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing dan tinggal di pusat pemindahan sementara.


https://www.hmetro.com.my/global/2017/09/261757/tak-cukup-bajet

Filipina terima bantuan Australia latih tentera

10Delfin_Lorenzana.transformed.jpg


MANILA: Kerajaan Filipina mengalu-alukan tawaran Australia untuk melatih tenteranya, kata Kementerian Pertahanan kedua-dua negara hari ini, ketika militan Islam terus menguasai beberapa kawasan di selatan.


Pengumuman itu dibuat ketika tentera Filipina, hari ini menggesa lebih banyak bantuan bagi mengusir militan pro-Daesh yang sudah lebih tiga bulan melancarkan serangan ganas di bandar selatan Marawi.

Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana dan rakan sejawatannya, Marise Payne berkata, Manila bersetuju dengan tawaran Canberra dibuat Ogos lalu untuk melatih tentera tempatan di pangkalannya di negara ini.

"Kami sudah mengukuhkan pembabitan kami, boleh dikatakan satu peningkatan, dalam konteks peristiwa terkini," kata Payne dalam sidang media bersama Lorenzana.

Beliau berkata, banyak kawasan di Asia Pasifik sedang diancam oleh 'pejuang asing' yang terbabit dalam pertempuran di Asia Barat.

"Pejuang asing sedang bertempur habis-habisan. Mereka sangat terlatih dan sangat tekad," kata Payne memberi amaran menambah beliau juga membincangkan ancaman itu dengan Indonesia, Malaysia dan Singapura. -AFP


https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2017/09/323086/filipina-terima-bantuan-australia-latih-tentera

Bukit Aman sahkan kematian Jeknal Adil, militan warga Malaysia

Jeknal-Adil-isis-malaysian-died.jpg

Jeknal Adil

PETALING JAYA: Seorang lagi militan warga Malaysia disahkan terbunuh di Filipina, setahun selepas kematiannya, lapor New Straits Times.

Konflik di selatan Filipina berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan, dan kini melarat sehingga Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera pada Mei.

Jeknal Adil difahamkan terbunuh dalam 1 pertempuran di Basilan Julai lepas namun tidak disahkan sehingga baru-baru ini. Beliau dianggap seorang militan berpengalaman dan berasal dari Sabah.

Beliau dikenali dengan nama Abu Shabah Al Muhajir selepas menyertai kumpulan pengganas Abu Sayyaf, yang bersetuju dengan IS, dan dikatakan salah seorang daripada 2 warga Malaysia yang mengetuai kubu kuat kumpulan itu di Basilan.

Kematiannya dilaporkan majalah propaganda IS, Rumiyah, secara terperinci dalam keluaran bulan lepas.

“Abu Shabah” sedang menyediakan sarapan untuk ahli kem apabila terdengar deram-derum artileri berat menuju ke arah mereka, menurut laporan itu.

Menurut NST, Jeknal dan seorang lagi warga Sabah, Amin Baco, meninggalkan Malaysia pada 2010 untuk menyertai Abu Sayyaf.

Mereka disertai 3 lagi rakyat Malaysia, yang melarikan diri pada 2014, dan bersama mereka menganggotai “Khatiba Muhajrin”, yang turut dianggotai militan dari Indonesia dan diketuai oleh Mahmud Ahmad, seorang warga Malaysia yang pernah menjadi pensyarah di Universiti Malaya.

Kematian Jeknal disahkan Penolong Pengarah Counter Terrorisme Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, yang berkata hasil risikan menunjukkan Jeknal terbunuh dalam serangan hendap tentera Filipina.

Menurut laporan itu, Jeknal menerima latihan ketenteraan di sebuah kem Abu Sayyaf di pulau Jolo antara September 2005 dan Mac 2006.

“Dia ditangkap pada 16 Mac 2006, bersama seorang lagi militan Indonesia, dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang sudah dimansuhkan sekarang, di pusat tahanan Kamunting. Dia selesai menjalani perintah sekatan pada 10 Mei 2010 dan pergi ke selatan Filipina kira-kira 6 bulan kemudian,” kata Ayob kepada akhbar itu.

Jeknal dilapor meloloskan diri dari polis apabila dia kembali ke Sabah untuk membantu isteri dan anak Amin berpindah ke Mindanao.

Sumber mendedahkan Jeknal tidak mahu tinggal di Sabah selepas gagal mendapat kad pengenalan Malaysia.

“Secara teknikal, walaupun dia dianggap sebagai rakyat Malaysia, namun dia tidak mempunyai kewarganegaraan Malaysia. Dia dilahirkan di Sabah, tetapi ayahnya warga Filipina dan ibu bapanya tidak mendaftarkan kelahirannya.

“Tanpa kad pengenalan, sukar bagi dia untuk mendapatkan pekerjaan atau berkahwin, jadi dia memutuskan untuk pergi,” lapor NST memetik sumber itu.


http://www.freemalaysiatoday.com/ca...-aman-sahkan-kematian-militan-warga-malaysia/

Duterte batalkan hasrat runding dengan Maute

06.transformed_5.jpg


MARAWI CITY: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dilaporkan sudah bersedia untuk mengadakan perjanjian dengan militan Daesh, beberapa hari sebelum menarik diri dan membatalkan proses itu tanpa memberikan sebarang alasan.


Pemimpin Islam terkemuka, Agakhan Sharief, berkata kepada AFP, pembantu kanan Duterte ada menemuinya selepas insiden serangan militan Islam menahan ratusan tebusan di sini, pada 23 Mei lalu.

Agakhan berkata, mereka meminta bantuan beliau untuk menggunakan orang hubungannya dalam kalangan pemimpin kumpulan militan Maute untuk mengadakan rundingan semula secara rahsia.

Malah, dua sumber Marawi yang mengetahui perkara itu turut mengesahkan bahawa Presiden Filipina itu berusaha untuk berbincang dengan dua adik-beradik pemimpin militan Maute, Omarkhayam dan Abdullah.

Bagaimanapun, proses itu dihentikan apabila Duterte dalam ucapannya pada 31 Mei lalu, mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan berbincang dengan pengganas.

Sehingga kini, masih tidak diketahui faktor yang menyebabkan Duterte bertindak sedemikian.

Sementara itu, penasihat kanan isu keamanan Duterte dan jurucakapnya tidak memberi maklum balas permintaan untuk mendapatkan komen berhubung perkara itu. - Reuters


http://www.bharian.com.my/node/299249

Bekas pensyarah UM salur RM2.5 juta

mili01.jpg_1499204563.jpg

DR Mahmud Ahmad. Gambar kecil, Dr Mohd Mizan. FOTO Nurul Syazana Rose Razman

Kuala Lumpur: Dianggarkan lebih RM2.5 juta dibawa masuk bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) Dr Mahmud Ahmad untuk membiayai operasi militan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) sejak beberapa tahun lalu.

Mahmud yang juga orang kanan kepada Ketua Daish Asia Tenggara Isnilon Hapilon diakui mempunyai kepakaran dalam merekrut ahli dan memperoleh dana daripada golongan yang bersimpati dengan gerakan itu.

Dana yang dibawa masuk dipercayai digunakan untuk pembelian persenjataan, bekalan makanan dan membiayai operasi serangan yang dilancarkan di beberapa negara Asia Tenggara.

Perkara itu didedahkan Panel Deradikalisasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Dr Mohd Mizan Mohd Aslam yang melihat peranan penting Mahmud dalam membawa masuk dana kepada kumpulan itu.

“Dana yang besar ini digunakan untuk pembelian senjata api di pasaran gelap termasuk bekalan makanan.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/07/242389/dr-mahmud-salur-rm25j

Australia bantu Filipina perangi militan di Marawi

image.jpg

PESAWAT udara Filipina melancarkan serangan udara di bandar Marawi baru-baru ini. Australia bersetuju menghantar dua lagi pesawat bertujuan membantu memerangi kumpulan militan Maute. - AFP

SYDNEY 24 Jun - Australia semalam bersetuju untuk menghantar dua pesawat pengawasan untuk membantu Filipina memerangi ancaman kumpulan militan Maute di bandar Marawi, wilayah Lanao Del Sur.

Australia akan menghantar dua pesawat AP-3C Orion untuk tujuan peninjauan bagi menentukan lokasi anggota kumpulan Maute di bandar berkenaan.

“Ancaman serantau dari keganasan, khususnya Daesh dan pemberontak asing adalah ancaman secara langsung kepada Australia serta kepentingan kami,” kata Menteri Pertahanan Australia, Marise Payne dalam satu kenyataan.

Sementara itu, pakar keselamatan berkata pertempuran yang berlanjutan memperlihatkan kegagalan perisikan dan operasi oleh Filipina dan kerjasama terhad antara Malaysia serta Indonesia dalam usaha menghentikan ancaman ekstremisme daripada tersebar. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/lua...filipina-perangi-daesh-1.496522#ixzz4krvhIN45

Bekas pensyarah UM masih hidup

ne_01.1.jpg

Kesan kemusnahan bangunan dan rumah dalam pertempuran pasukan tentera dan militan yang cuba menawan bandar Marawi di Mindanao Mei lalu.

SEREMBAN – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan berita bahawa bekas pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr. Mahmud Ahmad terbunuh dalam pertempuran di Marawi, selatan Filipina.

Menurutnya, beliau baharu sahaja mendapat maklumat bahawa berita yang menyatakan Mahmud, 39, atau nama samarannya Abu Handzalah terbunuh adalah tidak benar.

Dalam serangan pada 23 Mei lalu, dua rakyat Malaysia yang disahkan terbunuh ialah Abdulrahman Asmawi berasal dari Kelantan dan Dr. Kamsa Yahya yang berasal dari Kedah.

“Berkenaan dengan Mahmud, banyak yang bertanya, sama ada dia betul telah terbunuh dalam pertempuran di Marawi?

“Saya baru sahaja dapat maklumat bahawa berita yang menyatakan dia terbunuh itu adalah tidak benar.

“Jadi ini bermakna Mahmud masih hidup. Kita percaya dia masih berada di bandar Marawi bersama dengan pejuang-pejuang (pengganas) mempertahankan bandar tersebut.

“Saya menafikan berita bahawa Mahmud terbunuh,” kata beliau pada majlis berbuka puasa di Masjid Nurul Iman, Kampung Gebok, Mantin semalam.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0624&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4krqTKM10

ESSCOM buru 18 pemberontak Filipina

wanted_cropped_1498106876.jpg

18 individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes-kes jenayah rentas sempadan di ESSZONE. FOTO Ihsan ESSCOM

KETUA kumpulan Abu Sayyaf dan Ketua Kumpulan Maute antara 18 senarai terbaru individu yang dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Komander ESSCOM Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, kedua-dua mereka iaitu Isnilon Hapilon dari Basilan dan Abdullah Maute dari Marawi City, Filipina.

"Ini kerana, mereka dikhuatiri akan melarikan diri ke mana-mana negara termasuk ke Malaysia melalui Sabah susulan tindakan ketenteraan oleh kerajaan Filipina bagi menghapuskan pemberontak Maute di Marawi City.

"Susulan tindakan ketenteraan yang dilaksanakan oleh kerajaan Filipina di Marawi City, kita khuatir mereka ini akan melarikan diri ke negara kita sama ada menyamar sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) atau nelayan asing.

"Justeru saya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan individu yang disenaraikan boleh menghubungi Bilik Gerakan ESSCOM di talian 089-863181 atau WhatsApp ke 013-880 3585 atau 019-230 5909 atau balai polis yang berhampiran," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Tambah Abdul Bari, 18 individu termasuk dua ketua kumpulan itu adalah warga asing yang dikehendaki bagi membantu pasukan keselamatan menyelesaikan isu jenayah rentas sempadan di perairan pantai timur Sabah pada tahu lalu.

"Selepas kita teliti dan siasat termasuk mendapatkan maklumat daripada rakan kita di Filipina, ini adalah senarai terbaru individu yang dikehendaki dan disyaki terbabit dalam beberapa kes jenayah rentas sempadan.

"Semua mereka belum ditahan sama ada oleh pasukan keselamatan kita mahupun tentera Filipina sepanjang tahun lalu," katanya di sini, hari ini.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/06/239696/18-pemberontak-filipina-diburu

Duterte mohon maaf pertempuran sebabkan Marawi musnah

20maaf.transformed.jpg

Presiden Filipina Rodrigo Duterte berucap semasa lawatan ke pusat pemindahan penduduk Marawi, di Iligan di pulau selatan Mindanao. - Foto AFP

ILIGAN: Presiden Filipina Rodrigo Duterte memohon maaf kerana tentangan tentera menyebabkan bandar utama Islam di Marawi musnah.

Bagaimanapun beliau berkata, tindakan itu perlu dilakukan untuk menghapuskan militan dikaitkan Daesh.

Duterte juga berikrar, serangan udara disokong Amerika Syarikat (AS) di Marawi akan diteruskan, ketika konflik itu memasuki minggu kelima tanpa sebarang tanda tamat dan melaporkan angka kematian meningkat kepada 370 orang.

"Saya amat, amat, amat kesal perkara seperti ini berlaku kepada kita. Saya berharap anda dapat memaafkan tentera dan kerajaan, atau malah saya sendiri," kata Duterte di pusat pemindahan berhampiran Malawi di mana penduduk yang melarikan diri daripada pertempuran ditempatkan.

Pertempuran itu menyaksikan, Marawi, dianggap ibu kota Islam di negara majoriti Katolik Filipina, bertukar daripada pusat perdagangan sibuk menjadi bandar perang seperti di Iraq atau Syria.

Ia bermula apabila beratus militan mengibarkan bendera Daesh mengamuk di Marawi pada 23 Mac lalu, membakar bangunan dan mengambil tebusan Kristian.

Duterte segera melaksanakan undang-undang tentera di seluruh rantau selatan Mindanao, menempatkan 20 juta penduduk, mengatakan serangan itu adalah permulaan cubaan Daesh menubuhkan khalifah di sana.

Ratusan orang awam dipercayai masih terperangkap dalam kawasan dikawal militan, menurut pihak berkuasa tempatan dan pekerja bantuan. -AFP


http://www.bharian.com.my/node/295065

Rupanya cabaran kepada Maute untuk serang Marawi ni dicabar oleh Duterte pada 2016..
Sekarang cabaran dah disahut.. Cari penyakit tul Duterte..

DCDZTNmXoAA-fvF

Mereka gugur ketika bertempur one by one dengan Maute dan IS di Marawi 3 minggu lepas. Tidak seperti di Malaysia mereka dinaikkan pangkat selepas mati oleh kerajaan tetapi tak di Philippines.

DCD_0WdWsAERj-j

Duterte nafi dakwaan minta pertolongan Amerika

image.jpg


MANILA 11 Jun - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menafikan dakwaan bahawa beliau mendapat bantuan daripada Amerika Syarikat (AS) bagi menamatkan kepungan di bandar Marawi, wilayah Lanao Del Sur.


Semalam, Washington mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menawarkan bantuan selepas Filipina memohon sokongan bagi menamatkan pertempuran antara tentera kerajaan dan kumpulan militan Maute di bandar itu.

Duterte ketika bercakap dalam sidang media di bandar Cagayan de Oro, kira-kira 100 kilometer dari Marawi, beliau tidak pernah meminta pertolongan daripada AS.

Sebelum ini, Duterte dilihat tegas dengan pendiriannya untuk tidak mendapatkan bantuan ketenteraan dari AS. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/lua...n-minta-pertolongan-as-1.492227#ixzz4ji7n16m9


Presiden Duterte tak tahupun U.S datang tolong.. So sapa yg panggil Amrika datang?
Khabarnya, Jeneral tentera Philippine..

DCCTywSXYAI1IJz

Kehadiran U.S army di Marawi dirakamkan media. Pemerhati melihat, tentera U.S ini hanyalah unit tactical, spotter bagi membantu U.S mengebom airstrike kedudukan IS dengan lebih berkesan.

DCB-CbLUMAATvrx

Pasukan khas Amerika sertai pertempuran Marawi

us-special-force.jpg

Amerika Syarikat menyediakan bantuan teknikal untuk membantu Filipina menghapuskan militan yang berkubu di Marawi.

MARAWI: Pasukan khas Amerika Syarikat menyertai pertempuran untuk menghapuskan kumpulan militan Islam yang berkubu di sebuah pekan di selatan Filipina, kata pegawai kerajaan hari ini, selepas tentera menghadapi kesukaran untuk mara dan 13 marin terbunuh dalam pertempuran bandar yang sengit.

Tentera Filipina berkata AS menyediakan bantuan teknikal untuk menamatkan kepungan bandar Marawi oleh kumpulan bersenjata yang bersekutu dengan IS. AS tidak menghantar askar tempur untuk menyertai kempen yang kini memasuki minggu ketiga.

“Mereka tidak bertempur. Mereka cuma menyediakan bantuan teknikal,” kata jurucakap tentera Leftenan Kolonel Jo-Ar Herrera pada sidang media di Maravi.

Kedutaan AS mengesahkan Washington menawarkan bantuan atas permintaan kerajaan Filipina. Sebuah pesawat peninjau P3 Orion dilihat berlegar di ruang udara bandar itu semalam, menurut media.

Kerjasama antara 2 sekutu itu wajar diberi perhatian kerana Presiden Rodrigo Duterte, yang mengambil alih kuasa setahun lalu, mengambil sikap berseteru dengan Washington dan berikrar menghalau kumpulan penasihat dan pelatih tentera AS dari negaranya.

Rampasan Marawi pada 23 Mei lalu mengejutkan Asia Tenggara yang bimbang IS – kerana berdepan kesulitan di Syria dan Iraq – cuba bertapak di pulau Mindanao, Filipina dan boleh mengancam rantau itu.

Kira-kira 40 orang asing bertempur bersama militan Filipina di Marawi, kebanyakannya dari Indonesia dan Malaysia, termasuk beberapa orang dari Timur Tengah.

Tentera Filipina mengalami kehilangan terbesar Jumaat lepas sejak 10 askarnya terbunuh dalam kejadian 1 Jun lepas. Herrera berkata 13 marin yang sedang menjalankan operasi terbunuh selepas pertempuran dari rumah ke rumah. Mereka menemui peranti letupan buatan sendiri dan diserang dengan bom tangan roket.

Kematian mereka menjadi 58 anggota keselamatan terbunuh, selain daripada 20 orang awam dan lebih 100 militan terbunuh dalam pertempuran Marawi.

Sekurang-kurangnya 200 militan masih berkubu di penjuru bandar itu. Dianggarkan 500 sehingga 1,000 orang awam terperangkap, sebahagiannya dijadikan perisau manusia, sementara yang lain-lain bersembunyi dalam rumah masing-masing tanpa air, elektrik dan makanan.

Tentera berkata mereka sedang mara dengan berhati-hati supaya tidak memusnahkan masjid yang dijadikan kubu oleh kumpulan militan.

“Kami berhati-hati dengan masjid kerana ia simbol saudara kita yang beragama Islam,” kata Herrera.

Majoriti rakyat Filipina beragama Krisitian tetapi Mindanao mempunyai jumlah penduduk Islam yang besar dan kebanyakan penduduk Marawi beragama Islam.

Salah satu kumpulan militan Islam yang berkubu di tengah-tengah bandar itu ialah Maute, pendatang baharu dalam barisan pemberontak, pemisah dan penyangak di Mandanao.

Herrera berkata tentera sedang menentusahkan laporan kematian 2 pengasas kumpulan itu.

“Kami masih menanti pengesahan,” katanya. “Kami sedang menentusahkan laporan itu tetapi ada petunjuk yang kuat.”

Maute menyertai individu bernama Isnilon Hapilon, yang tahun lalu diisytiharkan IS sebagai “emir” mereka di Asia Tenggara. Pegawai tentera percaya Hapilon masih berada di Marawi.

Tentera berkata mereka mahu menamatkan kepungan itu Isnin ini, iaitu hari kemerdekaan Filipina.


http://www.freemalaysiatoday.com/ca...10/pasukan-khas-as-sertai-pertempuran-marawi/

Kami kehabisan keranda, pengeluaran keranda negara perlu ditingkatkan lebih banyak lagi. Masalah kehabisan keranda di Marawi Philippine bagi pengurusan jenazah tentera yg ramai terkorban kecoh dimedia sosial Philippine.

How many more? A fresh batch of coffins has just been delivered to St. Peter Funeral Homes. They've run out of coffins.

DCAk3Q4VwAAQfMx

13 askar marin Filipina maut

11bomb.transformed.jpg

KAWASAN yang di bom meletup selepas digugurkan di tempat persembunyian yang militan Islam di Marawi. - Foto AFP

MARAWI, Filipina: Seramai 13 askar marin Filipina terbunuh dalam pertempuran dengan militan yang menguasai sebahagian daripada bandar Marawi, menurut jurucakap tentera.

"Kami sedih dengan kejadian itu...ada kematian di pihak kerajaan. Kami mengalami 13 kematian," kata Leftenan Kolonel Jo-ar Herrera pada sidang media di sini. - AFP


http://www.bharian.com.my/node/291614

List senarai yg dikeluarkan tentera Philippine yg terkorban semasa melawan IS di Marawi.

DB3_RdkUIAAJJyk

Malaysia sokong Filipina perangi kumpulan militan - Hishammuddin

image.jpg

Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diiringi oleh Ketua Turus Angkatan Tentera Filipina Jeneral Eduardo Ano (kiri) ketika melakukan pemeriksaan perbarisan pasukan keselamatan Filipina ketika tiba mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Delvin N Lorenzana di Markas Tentera Cotabatu City, Mindanaoi. - BERNAMA

COTABATO CITY 9 Jun - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyampaikan sokongan Malaysia ke atas usaha Filipina memerangi kumpulan militan berkaitan Daesh.

Perkara itu disampaikan kepada rakan sejawatannya Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Negrillo Lorenzana di Marawi City, Mindanao hari ini.

Beliau bertemu Lorenzana di Divisyen 6 Infantri di sini dan menekankan bahawa Malaysia melihat kejadian di Marawai secara serius dan tidak akan berkompromi dengan keganasan dan ancaman seperti itu.

"Malaysia tidak akan tunduk kepada keganasan malah Malaysia bersama negara ASEAN sentiasa bersedia untuk bekerjasama dan memberi bantuan yang perlu kepada Filipina bagi memastikan Daesh tidak dapat bertapak dan menjadikan Selatan Mindanao sebagai pusat pentadbiran mereka," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama selepas pertemuan itu.

Turut hadir dalam pertemuan itu Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat, Datuk Seri Zulkiple Kassim, Pengarah Risikan Ketenteraan, Datuk Abdul Hadi Hussin, Ketua Angkatan Tentera Filipina, Jen Eduardo Ano, Ketua Tentera Darat Filipina, Lt Jen Glorioso Miranda, Ketua Tentera Udara Filipina, Lt Jen Edgar Restor Fallorina dan Naib Laksamana Tentera Laut Filipina, Ronald Joseph Mercado.

Dalam serangan yang dilakukan puak militan itu, ia mengorbankan banyak nyawa penduduk dan anggota tentera sendiri. Hishammuddin berkata Malaysia berkongsi keprihatinan dengan kerajaan Filipina berhubung ancaman militan dan telah berbincang secara terperinci dengan Lorenzana mengenai sumber kewangan puak militan dan ideologi mereka.

"Ia merupakan fenomena yang perlu dibanteras bersama. Bagi pihak Malaysia, kita perlu bekerjasama erat dalam perkongsian risikan. Kita perlu spesifik dari mana sumber dana (puak militan) peroleh. Apa yang kamu tahu yang terbongkar di sini, ia bukan sahaja melibatkan rakyat Malaysia tetapi juga rakyat Indonesia dan sesetengah rakyat timur tengah.

"Jadi ia merupakan fenomena global. Apa yang lebih penting bagi kami ialah menghantar mesej bersama hari ini. Kami mahu menghantar mesej jelas kepada Daesh yang mereka tidak akan dapat bertapak di wilayah kami. Dengan kuasa kami, kami bertekad bagi memastikan apa sahaja yang mereka cuba lakukan, mereka tidak akan dapat bertapak. Kami akan bersama-sama menghadapi mereka," tambah Hishamuddin.

Beliau berkata, dengan memerangi kumpulan pengganas bersama, kumpulan militan, di mana mereka berada, mereka tidak akan dapat bertapak di setiap ceruk di wilayah ini selain gagal dalam usaha mereka menubuhkan khilafah utopia di wilayah ini.

Ditanya mengenai peranan Barisan Pembebasan Islam Moro memerangai kumpulan militan yang mungkin mengganggu proses damai di Mindanao, Hishammuddin berkata: "Jangan biarkan insiden terpencil mengganggu proses damai. Jangan biarkan sesiapa merampas objektif kita lebih besar iaitu keamanan."

Beliau juga berkata, beliau merancang bertemu rakan sejawatannya dari Thailand, Singapura dan Indonesia dalam masa terdekat bagi membincangkan strategi dan pendekatan terbaik memerangi kumpulan Daesh.

Ini kerana menurutnya, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand secara langsung atau tidak turut terjejas dengan ancaman kumpulan militan dan oleh itu tindakan mesti segera diambil. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nas...n-militan-hishammuddin-1.491425#ixzz4jWa44ZF4

Militan mahu wujud pemerintahan khalifah di Marawi

08hmvideo_1496879405.jpg

GAMBAR yang diambil dari rakaman video dan diedarkan tentera Filipina menunjukkan sekumpulan ketua militan berbincang mengenai rancangan mereka di lokasi yang tidak diketahui di Marawi. - Reuters

Marawi (Filipina): Kumpulan militan yang bertempur dengan askar di Marawi merancang menjadikan bandar itu kubu kuat mereka, kata pegawai semalam susulan penyebaran satu video menunjukkan satu mesyuarat rahsia dihadiri ketua kumpulan militan.

Rakaman itu ditemui dalam satu telefon bimbit ketika askar kerajaan mengepung kumpulan militan itu bandar di bandar berkenaan.

Video itu menunjukkan sekumpulan lelaki di dalam bilik berbincang cara untuk menahan tebusan dari sekolah, menutup jalan dan menawan lebuh raya menuju ke Marawi.

“Mereka ada rancangan lebih besar dan ia bertujuan menjadikan keadaan lebih huru hara,” kata jurucakap tentera, Restituto Padilla dalam satu sidang media selepas video itu tersebar.

Pertempuran di Marawi menimbulkan kebimbangan bahawa militan Daish yang semakin tertekan di Syria dan Iraq, kini bertapak di Mindanao serta memberi ancaman kepada negara jiran seperti Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Pegawai berkata, daripada ratusan pemberontak yang menawan Marawi pada 23 Mei lalu, terdapat kira-kira 40 militan asing dari Indonesia dan Malaysia serta dari India, Arab Saudi, Maghribi dan Chechnya.

Serangan di Marawi menunjukkan ramai penyokong Daish mahu menjadikan bandar itu sebagai kerajaan khalifah di Asia Tenggara dan ia dikuatkan lagi dengan kemunculan video berkenaan.

Tentera sebelum ini memberitahu, militan kini berkubu di satu kawasan di tengah bandar dan kemaraan askar mengambil masa lama kerana ratusan orang awam masih terperangkap atau dijadikan tebusan dengan sebahagian dijadikan perisai manusia.


http://www.hmetro.com.my/global/2017/06/236027/militan-mahu-wujud-pemerintahan-khalifah-di-marawi

Duterte arahkan tentera ‘hancurkan’ Maute

image.jpg

PRESIDEN Filipina, Rodrigo Duterte. - REUTERS

MARAWI 7 Jun - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan tentera kerajaan untuk ‘menghancurkan’ kumpulan militan Maute yang masih berada di bandar berkenaan.

“Saya tidak mengarahkan anda untuk mengambil tindakan polis biasa. Saya mengarahkan anda untuk menghancurkan musuh kita.

“Apabila saya kata hancurkan mereka, anda perlu memusnahkan semuanya termasuklah nyawa. Pemberontakan bukan satu perkara main-main,” tegas Duterte.

Pertempuran antara tentera dan Maute mulai tercetus bulan lalu apabila tentera menyerbu sebuah rumah untuk memberkas ketua kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/lua...6-hancurkan-8217-maute-1.490453#ixzz4jIhmIJ51

Militan lari tinggalkan wang RM6.8 juta, kata tentera

07hmnotes_1496797862.jpg

ASKAR Filipina menunjukkan wang yang ditemui di sebuah rumah dipercayai milik anggota Maute di Marawi. - EPA

Marawi (Filipina): Tentera Filipina semalam menemui bungkusan wang kertas dan cek bernilai kira-kira AS$1.6 juta (RM6.8 juta) ditinggalkan militan Islam yang bersembunyi di bandar Marawi, penemuan yang didakwa bukti kumpulan itu dalam proses berundur.

Tentera berkata demikian selepas merampas semula beberapa bangunan ditawan kumpulan itu.

Peti besi sarat dengan 52.2 juta peso (RM4.5 juta) dan cek bernilai 27 juta peso (RM2.3 juta) itu ditemui dalam sebuah rumah.

“Penemuan berkenaan menunjukkan mereka melarikan diri kerana tentera kerajaan kini memberi tumpuan untuk memusnahkan mereka,” kata Pegawai Operasi Marin, Rowan Rimas pada sidang akhbar di bandar itu.

Asap hitam berkepul dari kawasan berhampiran satu masjid dan tasik selepas dibom pesawat OV-10 dan tembakan meriam.

Pertempuran di Marawi itu mencetuskan kebimbangan kumpulan militan Daish yang semakin lemah di Syria dan Iraq sedang membina kubu di Mindanao.

Menurut tentera, kira-kira 40 militan di bandar itu warga asing dari Indonesia dan Malaysia selain India, Arab Saudi, Maghribi serta Chechnya.

Kumpulan itu bersedia untuk pertempuran jangka lama dengan menyimpan senjata dan makanan di dalam terowong, ruangan bawah tanah, masjid serta madrasah, kata pihak berkuasa.

Kempen ketenteraan bergerak perlahan kerana ratusan orang masih terperangkap atau dijadikan tebusan di tengah bandar itu.

“Dalam masa beberapa hari lagi, kami akan dapat membersihkan seluruh bandar itu,” kata Pegawai Kanan tentera bersenjata, Jeneral Eduaro Año dalam temu bual radio.

Pertempuran meletus di Marawi selepas satu serbuan bertujuan menangkap Isnilon Hapilon, yang Daish isytihar sebagai ketuanya atau ‘amir’ di Asia Tenggara tahun lalu susulan sumpah setianya kepada kumpulan itu.

Sementara itu, semalam polis menangkap seorang lelaki dipercayai bapa dua beradik yang mengetuai kumpulan Maute.

Cayamora Maute ditangkap bersama menantu perempuan serta lelakinya dan seorang wanita dipercayai isterinya ketika kereta mereka dihentikan di pos kawalan di Davao, kata pegawai polis daerah Alexander Tagum.

“Sebagai ketua keluarga dan bapa dua beradik Maute, saya rasa dia mampu memujuk mereka menghentikan pertempuran di Marawi serta menyerah diri kepada kerajaan,” kata jurucakap tentera daerah Brigadier Jeneral Gilbert Gapay pada sidang media sama.


http://www.hmetro.com.my/global/2017/06/235708/lari-tinggal-wang

Paper tempatan bertarikh 5/6/2017 memaparkan anggota Maute, rakyat tempatan yg menawan bandar Marawi. Maute ni allegiance dengan IS dan jumlah mereka mengikut maklumat terbaru dimedia sosial mencapai jumlah 1200 orang.

DBi1GmRUwAA8Cfg

Jeneral dan pegawai tentera Filipina berdiskusi bagaimana cara untuk kalahkan musuh mereka di Marawi. Selepas CO lama dipecat cara terhormat, ni CO baru mungkin hadapi pemecatan rentetan dari jumlah korban infantry Filipina yg terus meningkat.

DBivCbTU0AATX-M


DBivCaXU0AAHFQ3

Wanted beb.. Ketua IS Philippine

DA13SNgVoAA1x3O

Presiden Duterte mengumumkan bounty reward tawaran 10 juta kepada emir ketua IS Philippine jika ditangkap hidup atau mati diserah kepada kerajaan. Manakala adik beradik Maute, 2 beradik Abdullah & Omar dibayar 5 juta sorang. Tawaran bounty ini tidak termasuk 5 juta yg ditawarkan oleh CIA FBI kerajaan U.S untuk Hapilon ketua emir IS asia tenggara


MANILA - President Rodrigo Duterte has offered a P10 million reward for the "neutralization" of Isnilon Hapilon, the known leader of the Islamic State in the Philippines, and P5 million each for brothers Abdullah and Omar Maute of the terror group known by their name, Armed Forces Chief of Staff Eduardo Año said Monday.

DBY79SrWAAA3xta

Tentera Filipina berjaya menemui APC yg terperosok dalam semak akibat diserang IS. Mereka dapati apapun takda, semua senjata dan peluru sudah dirampas. Mengikut jurucakap tentera Filipina, mereka menunda towing APC tersebut untuk dibaik pulih.

DBW9SHcU0AELQl2


DBW9SHcVoAAoDhq

Makanan kepada penduduk pelarian Marawi terus dibekalkan kepada mereka oleh kerajaan Filipina dan kerjasama NGO bagi mengelakkan kes kebulururan akibat perang.

DBOztR6VYAAO9LJ


DBOD4coUMAAQw4I


DBOD4dxUQAAtwwt


DBOD4dyUAAAoqT9

Filipina runding untuk gencatan senjata

du_03.1.jpg

AFP - BEBERAPA penduduk membawa barangan berharga mereka ketika melarikan diri dari bandar Marawi, selatan Filipina kelmarin.

MARAWI, Filipina – Pihak berkuasa Filipina semalam menyatakan bahawa pihaknya cuba berun*ding untuk proses gencatan senjata bagi menyelamatkan kira-kira 2,000 penduduk yang dipercayai masih terperangkap di kawasan kawalan militan Maute di sini sejak dua minggu lalu.

Tentera kerajaan membedil bandar Marawi melalui sera*ngan udara dan melancarkan pertempuran ke atas ratusan lelaki bersenjata yang mengamuk di kawasan penempatan serta mengibarkan bendera hitam kumpulan Daesh.

Semalam, pihak berkuasa Filipina mengesahkan mereka sudah berunding untuk proses gencatan senjata bersama militan Maute bagi membebaskan orang awam yang terperangkap di situ. Bagaimanapun, pertempuran berterusan sepanjang pagi menyaksikan rancangan itu gagal dilaksanakan.

“Terdapat 2,000 orang awam yang memerlukan bantuan segera selepas 13 hari meneruskan kehidupan tanpa bekalan makanan.

“Kami tidak tahu sama ada (perjanjian) gencatan senjata ini dilanggar,” kata jurucakap jawatankuasa pengurusan krisis di wilayah itu, Zia Alonto Adiong kepada agensi berita AFP.

Sejumlah penduduk mengambil tindakan berani untuk menyelamatkan diri masing-masing termasuk seorang ahli politik yang menyembunyikan seramai 71 penganut Kristian di rumahnya selain membawa keluar sekurang-kurangnya 144 orang dari bandar ini.

Perjanjian gencatan senjata pada awalnya dicapai semalam selepas satu mesyuarat antara Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bersama Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang merupakan kumpulan pembe*rontak terbesar di negara ini.

MILF menawarkan diri sebagai orang tengah untuk menangguh permusuhan dengan berkomunikasi bersama militan di Marawi, kata Adiong kepada stesen radio DZBB.

Pemberontak MILF diberikan masa selama empat jam sehingga waktu tengah hari (waktu tempatan) untuk membawa keluar orang awam ke tempat yang lebih selamat, kata perunding keselamatan kerajaan, Naguib Sinarimbo.

Bagaimanapun, wartawan AFP melaporkan terdengar bunyi tembakan dan letupan bom secara tiba-tiba ketika pasukan keselamatan memasuki kawasan bandar. – AFP


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4j4iCEjLh

Bagi tentera darat Filipina, Ranger mahupun Marine Corp, yg lengkap uniform perang, bawa sampai 10 kelopak peluru (300 biji bullet) dan tangkal pelindung tidak memberi makna apabila rakan2 mereka gugur sorang demi sorang ketika bertempur dengan tentera IS dari Malaysia, Indonesia, Arab Saudi, Pakistan, Chehnya Russia dan pelbagai latar belakang negara.

DBNslTRUAAEaXZr


DBNslTRVoAASRS-

"Kalau terserempak dengan militan, biasa mereka akan meminta seseorang membaca ayat al-Quran.

Kalau gagal, mereka akan bunuh," katanya.​

Nyawa taruhan penulis Muslim untuk orang Kristian Marawi

45cde689fa77b17509eb5f5f6231c812.jpeg


Ketika pertempuran berlanjutan dan nyawa menjadi begitu murah, orang awam di Marawi tidak memilih apa-apa kecuali saling membantu antara satu sama lain.

Perbezaan agama bukanlah faktor untuk mereka bersikap memilih mana yang perlu diselamatkan dan mana yang mesti dibiarkan.

Semalam, tentera Filipina memberitahu lebih 160 orang - termasuk hampir 50 kanak-kanak - diselamatkan daripada konflik antara pasukan keselamatan dengan pemberontak Maute.

Marawi adalah lokasi konflik paling panas melibatkan kedua-dua pihak di selatan Filipina sejak ia tercetus sejak 23 Mei lalu.

Reuters melaporkan sekurang-kurangnya 20 orang awam dan 38 anggota tentera terbunuh sehingga semalam. Korban melibatkan pengganas pula sebanyak 120 orang.

Seorang daripada penduduk Marawi yang berjaya keluar dari kawasan perang itu ialah penulis dan bekas ahli politik, Noor Lucman.

Bercakap kepada Reuters, dia yang pernah belajar di Arab Saudi itu berkata, rumahnya menjadi antara lokasi persembunyian penduduk beragama Kristian.

"Ada 64 orang dan saya bertekad mahu memastikan tiada apa-apa yang buruk berlaku pada mereka," katanya.

Sebahagian daripada penganut Kristian itu adalah tukang yang melakukan kerja-kerja membaik pulih di kawasan kediaman Noor Lucman sehari sebelum anggota kumpulan Maute menyerang Marawi.

Krisis itu menyebabkan mereka terperangkap dan terlalu berbahaya untuk meninggalkan kawasan bandar berkenaan.

Noor Lucman berazam untuk melindungi mereka dengan nyawanya.

"Mereka perlu melangkah mayat saya sebelum mengapa-apakan penganut Kristian itu," katanya.

Ketika anggota kumpulan Maute - yang mempunyai kaitan dengan Daesh - itu datang, mereka segera mengenali Noor Lucman dan menunjukkan rasa hormat dengan meninggalkan rumah itu apabila diminta.

"Mereka tidak menyangka saya menyembunyikan orang Kristian. Kalau mereka tahu orang Kristian itu tentu dipancung atau dibunuh," katanya.

Ketika perang semakin sengit - dan tentera turut mengakui usaha mematahkan kumpulan berkenaan tidak semudah yang dijangka - Noor Lucman mengambil inisiatif menyelamatkan penganut Kristian terbabit.

Tambahan pula mereka mendapat tahu tentera merancang mengebom kawasan bandar itu jika anggota pengganas enggan mengalah.

Justeru Noor Locman nekad untuk membawa penganut Kristian itu ke tempat selamat walaupun itu bermakna mereka perlu berdepan dengan pelbagai bahaya, termasuk penembat curi.

"Jika tidak, mereka mungkin mati kebuluran. Lebih baik kami mencuba nasib sambil berdoa jika ada sesiapa yang menahan, mereka tidak bertanya mengenai agama.

"Kalau terserempak dengan militan, biasa mereka akan meminta seseorang membaca ayat al-Quran. Kalau gagal, mereka akan bunuh," katanya.

Dianggarkan lebih 2,000 orang awam masih terperangkap di Marawi ketika ini, manakala jumlah pengganas dipercayai seramai kira-kira 250 orang.

Sumber keselamatan Filipina mendakwa, anggota kumpulan Maute itu terdiri daripada rakyat pelbagai negara, termasuk orang tempatan, Arab Saudi, Chechnya dan Pakistan.

Putrajaya pula mengesahkan tiga rakyat Malaysia sudah terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Filipina.


http://www.malaysiakini.com/news/384521

Bila presiden Filipina Duterte, datang melawat tentera2 Filipina yg cedera dihospital memberi semangat kepada mereka sebagai tanda sokongan moral.

DA62BhSUAAAuDUu

Apa pasal APC tank milik tentera Filipina boleh masuk semak dan dirampas musuh di Marawi? Apakah nasib tentera Filipina satu seksyen dlm APC tersebut? Bagaimana dengan meriam 20mm di APC tersebut, GPMG mesin gun, berpuluh rifle M16 dan peluru dlm APC bila musuh merampasnya..?

DAv5aG9XkAIogc1

Kesan airstrike lebih membawa kemusnahan di Marawi. Perang bandar dikawasan tropika yg banyak pokok tumbuhan untuk penyamaran dan take cover memberi advantage kepada pihak yg bertahan.

DA7O-ipU0AEHMGv


DA7O-irVoAA2zGQ

Rakyat Malaysia perancang utama rampas kereta perisai tentera Filipina

perancang01.jpg_1496512852.jpg

KUMPULAN Maute bersama kereta perisai yang dirampas di bandar Marawi.

Kuala Lumpur: Dua bekas pengikut Darul Islam Sabah (DIS) Mohd Amin Baco dan Jeknal Adil yang kini bersama Daish di Marawi, Filipina dilaporkan menjadi watak utama kejayaan kumpulan militan itu dalam merampas dua kereta perisai milik tentera.

Menurut sumber, dua kereta perisai dirampas kumpulan Maute hasil rancangan rapi disusun dua rakyat Malaysia itu dalam serang hendap yang dilakukan di Bandar Marawi, kelmarin.

“Kebanyakan tentera menguasai selatan Bandar Marawi. Kawasan lain masih dalam keadaan tegang dan dikuasai Maute.

“Pihak tentera kini banyak menggunakan serangan udara selepas kegagalan mereka masuk ke kawasan dikawal Maute. Selain itu, mereka juga menggunakan kereta perisai menyerang rumah ataupun premis dipercayai tempat persembunyian militan,” katanya.

Sumber sama berkata, disebabkan itu kumpulan Maute berusaha merampas kereta perisai berkenaan.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/06/234920/perancang-utama

Filipina tukar jeneral perang di Marawi

raww.jpg_1496397688.jpg

Kepulan asap dari kawasan yang dibom pesawat tentera udara Filipina, hari ini. - Foto AFP

JENERAL yang mengetuai perang antara tentera Filipina dengan militan di Marawi dilucutkan kuasa memerintah hari ini,

Brigadiar Jeneral Nixon Fortes yang memerintah briged tentera darat di Marawi, digantikan timbalannya, Kolonel Generoso Ponio dan jurucakap tentera menegaskan penggantian itu tiada kaitan dengan perang yang sedang berlangsung sekarang.

Setakat ini, 38 tentera dan polis terbunuh dalam pertempuran di Marawi, termasuk 11 tentera yang maut apabila bom yang digugurkan pesawat tentera udara Rabu lalu, mengenai sekumpulan tentera yang sedang bertempur dengan militan di Marawi.

Menurut Reuters, menurut sumber tentera perang di Marawi bukan punca Forters dilucutkan kuasa tetapi kerana tidak semua anggotanya berada di Marawi ketika militan sedang berkumpul sehingga mereka menyerang dan menawan Marawi.

Tentera sudah mendapat maklumat melalui risikannya bahawa militan, termasuk pejuang asing sedang berkumpul di Marawi namun tentera di bawah pemerintahan Fortes tidak mengambil langkah awal.

Sebelum ini, tentera Filipina menyatakan jumlah militan di Marawi tidak sampai 100 orang, antara 40 hingga 60 orang, namun semalam, Setiausaha Pertahanannya serta pemerintah tentera mengesahkan kira-kira 500 militan menyerang dan menawan Marawi dan sehingga semalam, jumlah militan maut ialah 120 orang.


https://www.hmetro.com.my/global/2017/06/234469/filipina-tukar-jeneral-perang-marawi

Serangan tersasar, 11 askar maut
Pemimpin tempatan rayu kerajaan henti serangan udara


image.jpg

TENTERA memeriksa penduduk setempat di Kampung Sarimanok, Marawi, Filipina, semalam. REUTERS

MANILA 1 Jun - Demikian diluahkan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana ketika mengulas mengenai insiden ‘serangan udara rakan sendiri’ yang mengakibatkan 11 anggota tentera terkorban manakala lapan yang lain cedera.

Serangan udara yang dilancarkan pihak tentera itu menumpukan kumpulan militan Maute di bandar Marawi hari ini, namun dikatakan tersasar dan terkena kumpulan askar.

Susulan itu, jumlah kematian meningkat kepada 171 orang sejak operasi besar-besaran tentera Filipina membebaskan bandar berkenaan daripada penguasaan kumpulan militan Maute bermula minggu lalu.

“Sangat menyedihkan tertembak rakan kami sendiri. Sangat sedih tetapi kadangkala insiden seumpama ini berlaku semasa peperangan,” katanya.

Tambah Lorenzana, ramai anggota militan dipercayai sudah me*larikan diri, walaupun kepungan dan kawalan keselamatan telah diperketatkan di seluruh bandar itu.

“Kami mendapat laporan ada antara mereka telah melarikan diri ke pekan-pekan di sekitar bandar Marawi,” jelas beliau.

Menurutnya, kira-kira 50 hingga 100 orang militan dipercayai masih berada di Marawi.

Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan berulang kali memberi amaran bahawa penduduk yang terperangkap dan tahanan berada dalam bahaya sekiranya bedilan udara dilancarkan secara berterusan serta meminta tentera kerajaan berhenti melancarkan serangan.

“Kami terus merayu kepada pemerintah, jangan lakukan serangan udara,” kata ahli politik tempatan dan jurucakap kepada Jawatankuasa Pengurusan Krisis Wilayah, Zia Alonto Adiong.

Dalam perkembangan ber*kaitan, seorang kanak-kanak berusia dua tahun disenaraikan sebagai pemberi maklumat kepada kumpulan militan Maute sepanjang pertempuran tercetus.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak terbabit bersama-sama 16 yang turut disenaraikan hadir ke Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) semalam bagi membersihkan nama mereka dan membuktikan tidak terlibat secara langsung dengan mana-mana militan Maute.

Sementara itu, seorang blogger yang dilantik sebagai Pembantu Setiausaha Komunikasi Presiden, Mocha Uson membidas dakwaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang mengatakan ketua kumpulan militan Abu Sayyaf, Isnilon Totoni Hapilon adalah mahasiswa Pusat Pengajian Kejuruteraaan, Universiti Filipina.

Malah, pihak pentadbiran universiti terbabit turut mengesahkan Isnilon tidak pernah belajar di situ berdasarkan rekod penuntut yang dikeluarkan.

Tambahan pula, bekas rakan sekelas Isnilon di Sekolah Tinggi Kebangsaan Basilan, Tahira Ismael menafikan juga perkara tersebut.

“Itu tidak benar,” jelas Tahira.– AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/serangan-tersasar-11-askar-maut-1.488507#ixzz4inDKxmnv

IS siar video, gambar di Marawi

aqm3.jpg_1496307989.jpg

Petikan video yang didakwa daripada IS menunjukkan militan di Marawi, Mindanao. - Foto Long War Journal

qqma.png_1496307992.jpg

Propaganda IS di Marawi. - Foto Long War Journal

qma3.jpg_1496307999.jpg

Millitan dalam petikan video dan gambar kumpulan aplikasi Telegram IS. - Foto Long War Journal

aqm2.jpg_1496307994.jpg

Petikan video militan di Marawi merampas kenderaan berperisai tentera yang ditinggalkan. - Foto Long War Journal

AQMA1.jpg_1496307997.jpg

Gambar dalam kumpulan aplikasi Telegeram IS juga menunjukkan yang sama, militan di Marawi merampas kenderaan berperisai tentera yang ditinggalkan. - Foto Long War Journal

VIDEO dan sejumlah gambar yang didakwa disiarkan kumpukan Negara Islam (IS) dikatakan menunjukkan militan bertempur di Marawi, Mindanao.

Menurut laman web Long War Journal, video itu yang disiarkan IS melalui agensi beritanya, Amaq News Agency, memaparkan militan kumpulan bersenjata bertempur di Marawi serta merampas satu kenderaan berperisai tentera yang ditinggalkan. Mayat dipercayai anggota tentera Filipina boleh dilihat dalam kenderaan itu.

Laman web Amaq News Agency sering dimatikan pihak berkuasa, namun sejak beberapa minggu lalu, ia menggunakan laman web yang mempunyai ‘buzznews’ dan video di Marawi itu disiarkan di laman web berkenaan.

Selain itu, kumpulan aplikasi Telegram IS juga menyiarkan beberapa gambar di Marawi, termasuk gambar kenderaan berperisai dirampas itu.

Gambar dari Marawi yang disiarkan IS sebelum ini, menunjukkan lelaki bersenjata meronda jalan, mengadakan sekatan jalan raya dan memasang bendera serta kain rentang hitam.


https://www.hmetro.com.my/global/2017/06/234106/siar-video-gambar-di-marawi

Serangan udara Filipina bunuh 10 askar sendiri

028.transformed_2.jpg


MANILA: Seramai 10 anggota tentera Filipina terbunuh manakala lapan lagi cedera akibat terkena tembakan serangan udara rakan sendiri, kata Menteri Pertahanan negara itu.


Insiden itu berlaku ketika tentera Filipina melancarkan operasi besar-besaran membebaskan Bandaraya Marawi di wilayah selatan negara itu daripada militan yang dikaitkan dengan Daesh.

"Sekumpulan anggota tentera kita terkena serangan sendiri. Sepuluh maut dan lapan cedera," kata Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana, dalam satu mesej kepada wartawan.

"Kadang-kadang ketika perang, koordinasi tidak dilakukan dengan baik sehingga kita tertembak anggota sendiri," katanya tanpa memaklumkan bila insiden itu berlaku.

Tentera Filipina menggunakan gabungan operasi tentera darat dan serangan helikopter untuk mengusir pemberontak yang menawan beberapa kawasan di Marawi selama lapan hari. - Reuters


http://www.bharian.com.my/node/288608

Puluhan militan asing bantu Maute

pina2a.jpg_1496151463.jpg

Tentera Filpina bergerak ke barisan hadapan bagi menggempur saki-baki militan Maute yang masih ada di Marawi. - Foto AP

PULUHAN militan asing berperang bersama-sama ratusan militan Maute di Marawi, termasuk dari Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Reuters yang memetik sumber perisikan Filipina melaporkan, antara 400 hingga 500 anggota kumpulan bersenjata Maute bertempur dengan tentera kerajaan di Marawi, jumlah yang jauh lebih besar berbanding angka dikeluarkan tentera, tidak sampai 100 militan sebelum ini.

Menurut sumber perisikan itu, sehingga 40 militan dari Timur Tengah datang ke Mindanao, baru-baru ini, termasuk dari Indonesia, Malaysia, sekurang-kurangnya seorang dari Pakistan, serta seorang dari setiap negara berikut iaitu Arab Saudi, Chechnya, Yaman, India, Maghribi, dan seorang pemegang pasport Turki.

pinaa4.jpg_1496151470.jpg

Tulisan memuji Negara Islam (IS) yang diconteng pada pintu bangunan di Marawi. - Foto EPA

AP melaporkan, Ketua Turun Angkatan Tentera Filipina, Jeneral Eduardo Ano, berkata antara militan asing yang disahkan terbunuh ialah dari Malaysia, Indonesia dan negara Arab.

Setakat ini, menurut angka dikeluarkan kerajaan, jumlah kematian lebih 100 orang iaitu 65 militan, sekurang-kurangnya 20 tentera dan polis serta 24 orang awam.

pina5.jpg_1496151474.jpg

Kepulan asap dari kawasan pertempuran dekat sebuah masjid di Marawi. - Foto REUTERS

Tahun lalu, militan di Asia Tenggara yang menyokong Negara Islam (IS) di Syria, menyiarkan video mendesak penduduk Filipina, terutama di Mindanao, menyertai perjuangan mereka di selatan negara itu atau melancarkan serangan di negara masing-masing daripada pergi berjuang di Syria.

Maute dan rakan sekutunya, Abu Sayyaf, sudah menyatakan secara terbuka sokongan kepada IS. Militan Maute berperang dengan tentera Filipina di Marawi bagi membolehkan ketua Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, melepaskan diri daripada diberkas atau dibunuh pihak berkuasa ketika mendapatkan rawatan di bandar itu, minggu lalu.

pina1.jpg_1496151479.jpg

Penduduk Marawi yang terperangkap akibat pertempuran menyeberang jambatan yang ditawan kembali oleh tentera. Gambar kanan, seorang wanita yang berlindung di pusat perlindungan sementara di pinggir bandar Marawi. - Foto AFP/REUTERS

Setakat ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata empat rakyat Malaysia dikenal pasti terbabit dalam pertempuran di Mindanao.

Reuters yang mendakwa melihat data perisikan Filipina, Indonesia yakin 38 rakyatnya pergi ke Mindanao untuk menyertai kumpulan bersenjata di sana dan 22 daripada mereka terbabit dalam pertempuran di Marawi.

Bagaimanapun, sumber pihak berkuasa Indonesia menyatakan jumlah sebenar rakyat negara itu terbabit dalam pertempuran lebih daripada 40 orang.

pina2.jpg_1496151482.jpg

Askar marin Filipina berlari mencari perlindungan daripada tembakan militan. Ga,bar kanan, dua tentera Filipina meninjau kedudkan militan di Marawi. - Foto REUTERS

Pihak berkuasa Indonesia percaya mereka memasuki Mindanao dengan alasan menyertai perhimpunan tahunan Tabligh Jamaat yang diadakan beberapa hari sebelum pertempuran bermula.

Tabligh Jamaat ialah pertubuhan dakwah Islam yang tidak terbabit dengan politik atau perjuangan bersenjata.

Indonesia kini meningkatkan kawalan di utara Kalimantan dan Sulawesi bagi menghalang rakyatnya ke Filipina melalui laut - perjalanan hanya selama lima jam - serta menghalang kemasukan militan yang mungkin melarikan diri dari Mindanao.

pina1a.jpg_1496151487.jpg

Kenderaan berperisai pasukan marin Filipina bergerak dari kawasan pertempuran dengan kepulan asap akibat bedilan roket dari helikopter di belakang. - Foto AFP

Sehingga kini, 180,000 orang atau 90 peratus penduduk sudah meninggalkan Marawi sejak pertempuran bermula minggu lalu. Walapun 90 peratus penduduk Filipina beragama Kristian, namun majoriti penduduk Mindanao adalah Islam.

Seorang penduduk Kristian di Marawi, Dela Pena, berkata penduduk Islam dan minoriti Kristian hidup aman sepanjang 17 tahun lalu, sehinggalah kerajaan mengebom kem kumpulan bersenjata Islam yang terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar itu, beberapa bulan lalu.

Menurut Dela Pena yang kini melarikan diri ke Iligan, 37 kilometer dari Marawi, kumpulan itu memindahkan pusat operasi mereka ke Marawi.

“Mereka datang dalam kumpulan kecil. Mereka ada saudara-mara di sana. Mereka tinggal di situ dan mula mengambil ahli baru tanpa disedari kerajaan,” katanya.

Menurutnya, kekecohan bermula apabila tentera yang mahu memberkas Isnilon diserang hendap militan bersenjata lengkap.

Dela Pena mendakwa lebih 200 militan tempatan dan asing dari kumpulan Maute dan kumpulan bersenjata lain dilihat berada di Marawi, menawan hospital, penjara dan gereja.


http://www.hmetro.com.my/global/2017/05/233549/puluhan-militan-asing-bantu-maute

3 rakyat Malaysia antara militan terbunuh di Marawi

Eduardo_Ano.transformed.jpg

PANGLIMA tentera Filipina Jeneral Eduardo Ano. - Foto AP

MARAWI: Panglima tentera Filipina Jeneral Eduardo Ano, berkata tiga militan rakyat Malaysia, seorang warga Indonesia dan Arab Saudi terbunuh dalam pertempuran di bandar raya ini, memetik maklumat perisikan terbaru.

Militan Islam merancang membakar keseluruhan bandar ini bagi menonjolkan pengaruh Daesh di rantau ini.

Ano memberitahu The Associated Press (AP) dalam satu temuramah hari ini, tentera kini mara bagi memecahkan kepungan selama seminggu di bandar itu.

Menurut Ano, pengganas juga merancang membakar bandar ini dan membunuh seberapa ramai penduduk Kristian di bandar berhampiran Iligan sepanjang Ramadan untuk meniru keganasan yang dilihat dunia di Syria dan Iraq.

Sementara itu, pakar keganasan di Sekolah Kajian Antarabangsa S Rajaratnam Singapura, Rohan Gunaratna, berkata beliau percaya Daesh dan kumpulan kecil serantau sedang bekerjasama bagi menunjukkan kekuatan mereka dan mengisytiharkan wilayah Filipina itu sebagai sebahagian khalifah di Asia Barat.

Beliau berkata, pertempuran di Marawi, serta beberapa pertempuran kecil di tempat lain di selatan Filipina, mungkin pencetus untuk mengisytiharkannya sebagai 'kejayaan besar buat pengganas.' - AP


http://www.bharian.com.my/node/287842

Krisis Marawi: Pemberontak belum bagi kata putus

image.jpg

DUTERTE mahu semua kumpulan pemberontak bersama-sama menentang kumpulan militan Maute di bandar Marawi, Filipina. - AFP

MANILA 29 Mei - Kumpulan pemisah Muslim dan pemberontak diketuai komuniti Maoist membidas tindakan kumpulan militan Maute di negara itu tetapi tidak memberikan sebarang kata putus berhubung tawaran daripada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte untuk berjuang bersama-sama tentera kerajaan.

Sabtu lalu, Duterte meminta beberapa puak pemberontak untuk bersatu dan menumpaskan kumpulan militan Abu Sayyaf dan Maute, yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Daesh.

Malahan Duterte sanggup memberikan habuan dan faedah seperti rumah kepada mereka yang sanggup berjuang bersama-sama memerangi Abu Sayyaf dan Maute.

Sementara itu, pemimpin kanan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Ghadzali Jaafar berkata, jawatankuasa pusat akan mengadakan pertemuan bersama-sama bagi membincangkan tawaran Duterte tersebut.

Kumpulan militan Maute menawan beberapa bahagian di bandar Marawi di selatan Mindanao pada minggu lalu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/lua...-belum-bagi-kata-putus-1.487544#ixzz4iVlfMtcs

Tentera Filipina temui mayat bergelimpangan

30mawa.transformed.jpg

TENTERA Filipina menemui mayat bergelimpangan di jalanan bandar selatan ditawan pemberontak. - Foto EPA

MARAWI CITY: Tentera Filipina menemui mayat bergelimpangan di jalanan bandar selatan ditawan pemberontak semalam di sini, termasuk sekurang-kurangnya lapan orang awam yang ditembak mati.

Polis berkata, lapan mayat, kebanyakannya ditembak di kepala dan sesetengah dengan tangan diikat, adalah buruh yang ditahan pemberontak dikaitkan militan Daesh di pinggir bandar ini ketika cuba melarikan diri dari pertempuran.

Sembilan kelongsong peluru ditemui di atas tompokan darah di atas jalan di atas gaung. Perkataan 'Munafik' turut ditulis pada tubuh mayat yang dibunuh.

Penemuan itu mengesahkan spekulasi pemberontak Maute membunuh orang awam ketika menawan bandar ini dan pihak tentera yakin ia bertujuan mendapatkan pengiktirafan Daesh.

Tentera masih berjuang menewaskan Maute yang kini dikatakan semakin lemah.

Angka kematian akibat pertempuran enam hari itu hampir 100 orang.

Krisis di bandar ini, dihuni kira-kira 200,000 penduduk, semakin buruk ketika militan menunjukkan kekuatan luar jangka, menangkis serangan tentera yang menggunakan helikopter, kereta perisai dan sejumlah besar anggota.

Keganasan itu menyebabkan Presiden Rodrigo Duterte pada Selasa lalu mengisytiharkan 60 hari undang-undang tentera di selatan Filipina, di mana pemberontakan pemisah Islam berterusan selama berdekad.

Ribuan penduduk awam berpusu-pusu keluar dari bandar ini dan lebih 2,000 masih terperangkap.

Kebanyakan menghantar mesej teks terdesak merayu diselamatkan dan melaporkan rumah mereka dimusnahkan, kata Zia Alonto Adiong, seorang pegawai di Lanao del Sur, satu daripada wilayah paling miskin Filipina.

"Tolong kasihani kami, kami tiada air untuk diminum," tulis satu mesej, dihantar kepada talian kecemasan diwujudkan untuk penduduk terperangkap. - Reuters/AP


http://www.bharian.com.my/node/287503?55

2,000 penduduk terperangkap

29hmresident_1496035350.jpg

PENDUDUK Marawi yang melarikan diri dari bandar itu menumpang di sebuah kem sementara di bandar Saguiaran. - AP

Marawi: Dua ribu orang awam terperangkap di bandar ini semalam selepas tentera meningkatkan serangan ke atas kumpulan militan yang berrlindung dalam bangunan di bandar itu.

Pada masa sama, angka kematian akibat pertempuran yang bermula sejak Selasa lalu dikatakan meningkat kepada hampir 100.

Kebanyakan 200,000 penduduk Marawai sudah melarikan diri kerana pertempuran itu. Tetapi 2,000 dikatakan terperangkap di kawasan yang dikuasai militan, kata jurucakap jawatankuasa pengurusan bencana wilayah, Zia Alonto Adiong.

“Mereka menghantar mesej pesanan ringkas kepada kami dan menelefon kami, meminta dihantar pasukan penyelamat. Tetapi kami tidak boleh pergi sesuka hati. Mereka mahu meninggalkan bandar itu. Ada yang sudah keputusan makanan. Mereka bimbang ditembak, dibom dari udara,” katanya.

Tentera kelmarin mengumumkan akan meningkatkan serangan terhadap militan terbabit walaupun sepanjang Ramadan.

Jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Restituto Padilla berkata, pihaknya kini terpaksa melakukan lebih banyak serangan udara untuk mengusir anggota militan itu.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan ketua tentera berkata, kebanyakan militan di Marawi itu adalah kumpulan militan tempatan Maute yang mengisytiharkan taat setia kepada Daish.

Kumpulan itu dipercayai mempunyai 260 pengikut bersenjata.

Duterte juga berkata, penjenayah tempatan turut menyokong kumpulan Maute berkenaan. - AFP


http://www.hmetro.com.my/global/2017/05/233166/2000-penduduk-terperangkap

16 orang awam ditembak mati

EP02429401_1495956632.jpg

ANGGOTA tentera Filipina melihat mayat penduduk kampung yang dicampakkan ke dalam gaung. FOTO EPA

TENTERA Filipina hari ini berkata, ia menemui 16 mayat orang awam yang ditembak mati oleh kumpulan militan dalam pertempuran yang masih berterusan di Marawi.

Jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Restituto Padilla berkata, antara yang mati itu termasuk empat lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak.

Mayat mereka ditemui berhampiran jalan menghala ke Universiti Negeri Mindanao.

Polis berkata, lapan lelaki lain juga ditembak mati dan mayat mereka dicampakkan ke dalam gaung di kampung di bandar itu.

Kertas bertanda yang disangkutkan pada mayat seorang lelaki menggambarkan mangsa bersikap curang terhadap kepercayaan mereka.

Menurut Padilla, 61 militan terbunuh dan 11 askar serta empat polis mati sejak pertempuran meletus Selasa lalu.


http://www.hmetro.com.my/global/2017/05/233038/16-orang-awam-ditembak-mati


Philippine. Pertempuran antara askar philippine menentang kumpulan Abu Sayyaf dibandar Marawi. tak rasmi 92 orang terkorban antaranya pejuang Abu Sayyaf , askar dan orang awam

DA8weJkVYAAX3jd.jpg

DA8wc4OU0AAuA0C.jpg

DA8waoBUMAIsdVa.jpg

DA8wf5IUQAASZrc.jpg

Rakyat Malaysia bakal jadi ketua Daesh di Marawi

image.jpg

Dr Mahmud Ahmad

KOTA KINABALU - Bekas pensyarah rakyat Malaysia yang kini menjadi anggota militan, Dr Mahmud Ahmad tidak lama lagi bakal menjadi ketua Daesh bagi cabang di selatan Filipina, bandar Marawi.

Memetik laporan Mstar, dia dipercayai bersembunyi di bandar itu di mana tentera mengadakan pertempuran dengan kumpulan Maute, menyaksikan 44 orang termasuk dua rakyat Malaysia terbunuh.

Dr Mahmud dikenali pasti sebagai individu berikutnya yang akan mewujudkan kubu Daesh di Asia Tenggara, yang kini di bawah perintah pemimpin Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon.

Isnilon diisytiharkan sebagai ketua angkatan Daesh di Filipina pada awal tahun lepas tetapi dia dilaporkan cedera parah dalam satu serangan udara di Basilan kira-kira dua bulan lalu.

Menurut sumber, Dr Mahmud mengetuai anggota militan yang lain bagi menyelamatkan Isnilon dalam serangan Marawi.

Tambah sumber, mereka percaya Dr Mahmud juga cuba untuk mengisi kekosongan dalam kepimpinan tersebut sekiranya Isnilon disahkan meninggal dunia.

Mereka menjelaskan bahawa pemimpin Abu Bakr al-Baghdadi begitu terdesak mencari ketua baharu bagi kumpulan di Asia Tenggara yang pernah diketuai Muhammad Wanndy Mohamed Jedi.

Bagaimanapun, Muhammad Wanndy terbunuh dalam serangan dron di Raqqa, Syria.

Menurut sumber, Dr Mahmud yang juga dikenali sebagai Abu Handzalah, kini merupakan satu-satunya leftenan yang dipercayai dikaitkan dengan Baghdadi selain Isnilon di selatan Filipina.


http://www.sinarharian.com.my/semasa/rakyat-malaysia-bakal-jadi-ketua-daesh-1.681246

Tentera mahu jadikan Marawi 'kubur' militan

mautee.jpg_1495809912.jpg

Omar dan Abdullah Maute, dua beradik ketua kumpulan Maute, sekutu Abu Sayyaf diketuai Isnilon yang kini berperang dengan tentera Filipina di Marawi.

“KAMI akan jadikan bandar ini perkuburan mereka. kami perlu selesaikan ini,” kata pemerintah tentera di selatan Filipina, Jeneral Eduardo Ano, yang menjangka operasi ketenteraan di Marawi, Mindanao, mengambil masa seminggu.

Pertempuran sengit yang tercetus antara kumpulan militan Maute, sekutu Abu Sayyaf, selepas kegagalan tentera Filipina memberkas ketua Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, Selasa lalu, sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 11 tentera, dua polis, 31 militan dan dua orang awam.

“Dia masih berada di sini (di bandar Marawi). Kami cuma tidak boleh memastikan lokasi yang tepat,” kata Ano merujuk kepada Isnilon yang dipercayai mengalami strok selepas cedera dalam serangan udara tentera Filipina awal tahun ini.

Bandar Marawi yang mempunyai penduduk 200,000 orang, majoritinya Islam, kini menjadi medan perang dengan tentera Filipina menggunakan helikopter dan kenderaan berperisai serta kereta kebal menggempur militan.

Menurut Ano, militan berusaha mengeluarkan Isnilon dari bandar itu dan tentera kini melakukan penggeledahan dari rumah ke rumah.

Hapilon, ketua Abu Sayyaf memiliki ijazah kejuruteraan dan boleh berbahasa Arab serta terkenal dengan kepakarannya melakukan serangan ala komando, bersama beberapa kumpulan pemberontak di Mindanao mahu bergabung menjadi pertubuhan besar.

Abu Sayyaf serta Maute menyatakan secara terbuka menyokong Negara Islam (IS) pada 2014 dan Abu Sayyaf adalah ketua gabungan sekurang-kurangnya 10 kumpulan kecil militan, termasuk Maute yang kini bertempur dengan tentera kerajaan di Marawi.

Berbanding Abu Sayyaf, kumpulan Maute yang juga dikenali sebagai Islamic State In Lanao (ISIL) kurang dikenali, berpangkalan di tengah Mindanao diketuai dua beradik, Omar dan Abdullah Maute, yang berjuang kerana agama dan kemerdekaan Mindanao.

Tentera Filipina menganggarkan kumpulan itu mempunyai 100 anggota lengkap bersenjata walaupun ada pihak percaya jumlahnya lebih ramai.

Pasukan keselamatan Filipina sebelum ini tidak mempedulikan sangat kumpulan Maute sehinggalah mereka menyerang pos tentera pada 2013 dan serangan di Marawi ini kali kedua tentera Filipina memandang rendah kemampuan kumpulan berkenaan.

September lalu, Maute melancarkan serangan besar-besaran terhadap tentera dan berjaya menawan pekan Butig di wilayah Lanao del Sur.

Di Marawi, kumpulan itu mengibarkan bendera hitam IS di bangunan.


https://www.hmetro.com.my/global/2017/05/232642/marawi-bakal-jadi-kubur-mereka

Ketua polis didakwa dipenggal sebenarnya masih hidup

awi2.jpg_1495798283.jpg

Ribuan penduduk Marawi di Mindanao meninggalkan rumah dan perkampungan mereka ketika pertempuran antara tentera Filipina dan kumpulan militan bertambah sengit. - Foto EPA/AFP

awi3.jpg_1495798248.jpg

Kepulan asap dari bangunan yang terbakar di kawasan Marinaot, Marawi, yang dibedil tentera Filipina menggunakan roket serta bom dari udara. - Foto REUTERS

PRESIDEN Filipina Rodrigo Duterte melaksanakan undang-undang tentera selama 60 hari di Mindanao dengan menjadikan kejadian ketua polis Malabang dipenggal militan sebagai alasan namun ketua polis berkenaan masih hidup.

Dalam sidang media yang mendapat perhatian seluruh dunia, Duterte yang mendakwa ketua polis di Malabang ditahan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, berkata: “Mereka memenggal kepalanya si situ.”

Namun, ketua polis itu masih hidup dan Washington Post mendakwa menemuramahnya hari ini.

Associated Press (AP) juga melaporkan ketua polis berkenaan, Romeo Enriquez, hari ini berkata, dia masih hidup.

Menurut Enriquez, mungkin berlaku kekeliruan kerana ketua polis Malabang sebelum ini, pekan dekat Marawi, terbunuh dalam pertempuran Selasa lalu, namun tidak dipenggal kepala.

Enriquez menjadi ketua polis Malabang sejak dua bulan lalu.

Menurut Washington Post, dakwaan Presiden Filipina itu merebak pantas dengan banyak media tempatan serta asing melaporkannya sebagai kejadian benar-benar berlaku, sebelum bertukar menjadi ‘laporan belum dapat disahkan’ di media Filipina mengenai pembunuhan itu

Namun kisah pembunuhan ketua polis itu yang disebut Duterte dalam ucapannya membawa kesan besar terhadap keganasan di Marawi, sehingga undang-undang tentera dilaksanakan serta secara tidak langsung memperbesarkan keganasan militan Islam pada mata dunia.

Punca sebenar keganasan di Marawi ialah sepasukan tentera mahu memberkas ketua Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, yang berada di bandar itu untuk rawatan selepas cedera dalam pertempuran.

Menurut AP, pasukan lima anggota tentera dalam operasi itu terkejut apabila puluhan militan tiba-tiba muncul di Marawi bagi melindungi Isnilon dan pertempuran tercetus. Difahamkan lima tentera Filipina itu terbunuh.


http://www.hmetro.com.my/global/2017/05/232621/ketua-polis-didakwa-dipenggal-masih-hidup

KDN sahkan dua rakyat Malaysia terbunuh di Marawi

bt_13.1.jpg


ALOR GAJAH - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan dua rakyat Malaysia terbunuh dalam pertempuran di bandar Marawi, Mindanao, Filipina.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, identiti kedua-dua lelaki tersebut bagaimanapun sedang diteliti sebelum pihaknya membuat kenyataan terperinci.

"Saya telah berbincang dengan Ketua Polis Negara dan kita sedang meneliti butiran penuh walaupun kita telah kenal nama dan (mereka) berasal dari mana.

"Polis Bukit Aman akan mengeluarkan kenyataan penuh selepas memperoleh maklumat lengkap tentang kedua-dua lelaki tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perasmian Masjid Salmah Khamis di Kampung Durian Daun, Masjid Tanah di sini hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris dalam laporannya memetik sumber perisikan, mengenal pasti kedua-dua yang maut sebagai Abdulrahman Asmawi dari Kelantan dan Kamsa Yahya dari Kedah.

Menurut laporan itu, seorang warga Indonesia bernama Shei Ayman Marjuki dan warga Arab Saudi, Sheik Ahmad Balkafi turut terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Pertempuran bermula pada Selasa lalu apabila pasukan keselamatan Filipina menyerbu Marawi untuk memburu komander Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon dan militan Abu Sayyaf yang digelar kumpulan Maute, satu lagi kumpulan militan yang telah berikar untuk sepakat dengan IS.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.a...=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz4iBGeqafS

2 rakyat Malaysia maut bertempur tentera Filipina

marawwiiiii.transformed.jpg

TENTERA Filipina meronda di pekan Marawi. - Foto Reuters

KOTA KINABALU: Abduraman Asmawi dan Dr Kamsa Yahya yang dilaporkan terbunuh di wilayah selatan Mindanao semalam, antara empat rakyat Malaysia dipercayai anggota kumpulan militan Daesh terbabit dalam pertempuran dengan tentera Filipina.

Sumber Bukit Aman memberitahu BH, secara keseluruhannya enam rakyat Malaysia dilaporkan berada di Mindanao termasuk bekas pensyarah Universiti Malaya, Dr Mahmud Ahmad yang belum diketahui nasibnya, namun empat daripada mereka terbabit dalam pertempuran dengan pihak keselamatan.

Kata sumber itu, Abduraman yang berasal dari Kelantan dan Dr Kamsa dari Kedah, memasuki negara jiran itu antara dua hingga tiga tahun lalu dengan alasan terbabit dalam aktiviti tabligh, namun sebaliknya aktif sebagai anggota militan Daesh.

"Ada antara mereka pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terbabit dalam aktiviti yang memberi ancaman kepada keselamatan," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Mengenai laporan kedua-dua terbunuh dalam pertempuran itu, sumber itu berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berhubung dengan pihak berkuasa Filipina bagi mendapatkan pengesahan mengenainya.

"Kita ada terima laporan (dua rakyat Malaysia terbunuh) tetapi perlu dapatkan pengesahan pihak berkuasa Filipina terlebih dahulu," katanya.

Media Filipina melaporkan Abduraman dan Dr Kamsa adalah antara 13 anggota militan Daesh yang terbunuh dalam pertempuran di pekan Marawi, manakala lima askar serta seorang polis turut terbunuh.

Operasi tentera Filipina di selatan negara itu semakin dipergiatkan selepas Presidennya, Rodrigo Duterter mengisytiharkan pemerintahan tentera di wilayah berkenaan sebagai usaha menghapuskan militan Abu Sayyaf dan Daesh.


http://www.bharian.com.my/node/286718

Nak tawan balik kena hantar sniper ramai2

Tentera lancar serangan udara bom Marawi

raw1.jpg_1495727444.jpg

Kepulan asap dekat pasar awam Marawi selepas helikopter tentera Filipina melepaskan bedilan roket terhadap kedudukan militan. - Foto AFP
AFP

raw2.jpg_1495727447.jpg

Kenderaan tentera terpaksa melalui di celah-celah kenderaan orang ramai yang melarikan diri dari Marawi. - Foto AFP

SELEPAS sebahagian besar penduduk bandar Marawi di Mindanao mengosongkan bandar itu hari ini tentera Filipina menggunakan senjata lebih berat - mengebom dari udara bangunan tertentu yang dikuasai militan serta membedil dengan roket dari helikopter.

Tembakan ketika pertempuran sengit kedengaran hampir sepanjang hari dan menurut tentera, mereka mengebom kawasan penempatan yang sudah dikosongkan.

"Kami menggunakan serangan udara yang tepat ke sasaran,” kata jurucakap tentera tempatan, Leftenan Kolonel Jo-Ar Herrera.

Antara yang dibom ialah kawasan sekitar bangunan pentadbiran kerajaan wilayah itu.

Menurut Herrera walaupun jumlah militan Maute, penyokong kuat Negara Islam (IS) tidak begitu ramai, antara 30 hingga 40 orang namun mereka menggunakan orang awam sebagai tebusan serta bergerak dari rumah ke rumah sambil memasang jerangkap samar.

Hampir seluruh 200,000 penduduk Marawi sudah meninggalkan bandar itu dan menurut Herrera, pihaknya memberi amaran kepada kemungkinan penduduk yang masih ada supaya ke tempat selamat - jauh dari kawasan pertempuran.

Sehingga malam ini, 11 tentera, dua polis dan 31 militan terbunuh selepas tiga hari ‘berperang’. Seramai 39 tentera cedera.

Menurut Herrera, dua orang awam juga terbunuh dalam hospital yang ditawan militan Selasa lalu, dan pihaknya sedang menyiasat laporan sembilan orang dibunuh di sekatan jalan raya militan.

Siaran televisyen tempatan, GMA, menyiarkan gambar sembilan mayat ditembusi peluru di satu padang dengan tangan terikat.

SITE Intelligence Group yang memantau aktiviti jihad dalam talian, IS mendakwa lebih 70 tentera terbunuh di Marawi dan 10 lagi di kawasan pergunungan Jolo, namun ia tidak dapat disahkan.

Militan menahan antara 12 hingga 15 tebusan Kristian, termasuk paderi yang diculik dari sebuah gereja.

Selain membebaskan lebih 100 banduan di dua penjara, militan juga membakar bangunan, termasuk gereja dan universiti.


https://www.hmetro.com.my/global/2017/05/232391/lancar-serangan-udara-bom-marawi

Operasi berkas ketua Abu Sayyaf gagal, sebabkan pertempuran di Marawi

lonn.jpg_1495713657.jpg

Poster mengenai ketua Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, yang dikeluarkan FBI (Foto AP) manakala gambar kanan, antara kemunculan Isnilon di You Tube.

OPERASI bagi menahan ketua kumpulan militan Abu Sayyf, Isnilon Hapilon, 51, di Marawi, Mindanao, Selasa lalu, sepatutnya berjalan lancar namun tiba-tiba pasukan khas tentera Filipina dikepung anggota militan menyebabkan pertempuran tercetus membawa kepada ‘perang’ sehingga hari ini.

Kini, Marawi dipenuhi kenderaan berperisai tentera, helikopter dan anggota tentera lengkap bersenjata bagi menawan kembali sebahagian besar bandar itu yang dikuasai militan manakala ribuan penduduk melarikan diri.

Tentera sebelum ini yakin akan berjaya menahan atau membunuh Isnilon yang dianggap antara pengganas paling bahaya di dunia dengan Amerika Syarikat menawarkan ganjaran AS$5 juta terhadapnya - hidup atau mati.

Sejak hujung tahun lalu, tentera Filipina menggempur militan Abu Sayyaf di kawasan pergunungan dan hampir berjaya membunuhnya ketika pengeboman Januari lalu.

Baru-baru ini, tentera Filipina mendapat maklumat Isnilon yang cedera, ke Marawi untuk rawatan dan bersembunyi dalam sebuah apartmen. Satu pasukan kecil tentera dihantar untuk menahan atau membunuhnya.

Namun, mereka terkejut apabila dikelilingi puluhan militan yang melindungi Isnilon, lalu berlaku pertempuran yang membawa kepada ‘perang’ yang diketuai kumpulan militan Maute, penyokong kuat Negara Islam (IS).

“Ketika menggempur mereka di pergunungan, kami tidak sedar ada militan memasuki Marawi," katra Setiausaha Pertahanan Delfin Lorenzana di Manila, hari ini.

Menurutnya, ramai militan mempunyai saudara-mara di Marawi yang memberi kerjasama, termasuk melindungi militan serta mungkin memaklumkan kehadiran pasukan tentera terbabit.

Sehingga kini, sudah 21 terbunuh iaitu tujuh tentera, 13 militan dan seorang penduduk. Selurun Mindanao, pulau kedua terbesar Filipina kini di bawah undang-undang tentera.

Kerajaan menganggap Isnilon sebagai orang yang boleh menyatukan kumpulan kecil militan menjadi pertubuhan besar.

Abu Sayyaf yang ditubuhkan pada awal 1990-an hasil pembiayaan Al-Qaeda, terkenal dengan kegiatannya menculik warga asing, termasuk rakyat Malaysai dan Indonesia untuk wang tebusan.

Pada 2001, Isnilon mengetuai penculikan rakyat Barat di barat Filipina. Dua tebusan Amerika mati, seorang daripadanya dipenggal kepala.

Abu Sayyaf juga dipercayai terbabit dalam beberapa serangan, termasuk pengeboman feri di Manila pada 2004, membunuh 116 orang.

Pada 2004, Isnilon, lulusan kejuruteraan dari University of the Philippines, muncul pertama kali di You Tube sebagai ketua Abu Sayyaf.


https://www.hmetro.com.my/global/2017/05/232353/kenapa-operasi-berkas-ketua-abu-sayyaf-gagal

Undang2 Tentera diwilayah bergolak Mindanao. Perbezaan antara zaman Marcos dan zaman Duterte.

DAjTL8KWsAA24qF

Sekitar pertempuran di Marawi

PLP3PA6.jpg_1495709441.jpg

Tentera Filipina mengambil kedudukan ketika bertempur dengan mlitan Maute di Marawi, Mindanao. - Foto EPA

TENTERA Filipina menggunakan helikopter bersenjata dan kenderaan berperisai bagi menggempur militan Maute yang mengganas di Marawai, Mindanao.


APepaplp4.jpg_1495709443.jpg

Penduduk melarikan diri meninggalkan rumah dan perkampungan. - Foto AP/EPA


Selain ribuan tentera, Filipina juga menghantar 100 anggota pasukan khas, termasuk yang dilatih Amerika Syarikat, ke Marawi yang mempunyai 200,000 penduduk bagi merampas kembali bangunan yang ditawan militan diketuai kumpulan Maute sejak semalam.


PLPEPA5.jpg_1495709446.jpg

Sekurang-kurangnya 21 terbunuh sejak pertempuran tercetus semalam, iaitu tujuh anggota tentera, 13 militan dan seorang penduduk. - Foto EPA


Ribuan penduduk melarikan diri meninggalkan rumah dan perkampungan selepas militan merampas sebahagian besar bangunan kerajaan termasuk ada yang dibakar, menyebabkan Presiden Rodrigo Duterte melaksanakan undang-undang tentera di Mindanao, pulau kedua terbesar Filipina itu.


plpepa2.jpg_1495709450.jpg

Tentera FilIpina bergerak dengan berhati-hati di laluan sempit antara bangunan di Marawi. - Foto EPA


Sekurang-kurangnya 21 terbunuh sejak semalam, iaitu tujuh anggota tentera, 13 militan dan seorang penduduk.

Marawi terletak di wilayah Lanao del Sur, kubu kuat Maute.


applp2.jpg_1495709448.jpg

Penduduk menggunakan apa saja kenderaan yang ada untuk melarikan diri. - Foto AP


Jurucakap Rejimen Infantri pertama, Jo-Ar Herrera, berkata pihaknya menganggarkan antara 30 hingga 40 militan masih berada di bandar berkenaan, dengan menjadikan puluhan penduduk sebagai tebusan.

“Tentera melakukan operasi yang tepat dan berhati-hati bagi memaksa mereka keluar,” katanya.


PLPRTRS.jpg_1495709453.jpg

Selain helikopter bersenjata, tentera juga dibantu kenderaan berperisai. - Foto REUTERS


Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab terhadap keganasan oleh Maute melalui agensi beritanya, Amaq.

Sekurang-kurangnya dua helikopter bersenjata digunakan dalam operasi itu dengan tentera di darat dibantu kenderaan berperisai.

Tentera menghantar lori dan pikap bagi menyelamatkan penduduk yang masih terperangkap.

Ratusan penduduk, termasuk kanak-kanak kini berlindung di kem tentera di Marawi.

Militan juga membebaskan 107 banduan dari dua penjara sejak semalam.

Keganasan di Marawi itu tercetus selepas kegagalan operasi tentera menahan ketua kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, di sebuah apartmen di Marawi, membawa kepada pertempuran sengit.

Herrera, pihaknya percaya Isnilon masih berada di bandar itu.


https://www.hmetro.com.my/global/2017/05/232341/gambar-gambar-sekitar-pertempuran-di-marawi

Tentera, militan bertempur di Marawi

marawi_cropped_1495693551.jpg

Tentera Filipina melancarkan operasi memburu kumpulan Maute di Marawi. FOTO AFP

TENTERA Filipina melancarkan serangan untuk membersihkan bandar Marawi di selatan negara itu daripada kumpulan militan selepas ribuan penduduk melarikan diri sebaik kumpulan berkenaan menawan sebahagian besar bandar itu dan membakar bangunan serta membunuh orang awam.

Ratusan orang awam termasuk kanak-kanak berlindung di sebuah kem tentera di bandar Marawi, tempat militan yang ada hubungan dengan Daish menawan beberapa tebusan serta membebaskan lebih 100 banduan dari dua penjara.

Presiden Rodrigo Duterte mengumumkan penguatkuasaan undang-undang tentera di Mindanao, pulau kedua terbesar negara itu Selasa lalu sebagai usaha mengekang merebaknya keganasan selepas kumpulan militan mengganas di bandar yang mempunyai 200,000 penduduk itu.

Datuk Bandar Marawi, Majul Gandamra berkata, sebahagian anggota Maute, kumpulan militan yang berikrar taat setia kepada Daish, masih bersembunyi di dalam bangunan dan tembak-menembak masih berlaku tengah hari tadi.

“Mereka masih di situ, dikepung oleh tentera. Mereka melepaskan tembakan rambang,” ￾ kata Gadamra.

Pertempuran bermula dengan kegagalan cubaan tentera Filipina untuk menangkap beberapa anggota Maute.

Tujuh askar dan 13 militan terbunuh sejak Khamis lalu, kata tentera.

Maklumat yang dikeluarkan pihak berkuasa tidak jelas, begitu juga dengan status tebusan yang ditawan Maute.

Dalam pada itu, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada ada orang awam terbunuh atau cedera.


http://www.hmetro.com.my/global/2017/05/232300/tentera-militan-bertempur-di-marawi

MINDANAO: Sekumpulan militan bersenjata yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ISIS telah dilaporkan menyerang sebuah bandar di Filipina dan sedang dalam pertempuran senjata api dengan angkatan tentera kebangsaan.

Penduduk di bandar Marawi, yang terletak di selatan negara tersebut, diarahkan untuk tidak meninggalkan kediaman masing-masing oleh kerana terdapat sekurang-kurangnya 15 orang lelaki bersenjata api daripada sebuah kumpulan pelampau Muslim bernama Maute menyerang bandar itu dengan membawa senapang.

Kumpulan tersebut, yang juga dikenali sebagai Islamic State of Lanao dilaporkan telah menerima sokongan daripada pihak ISIS.

Pasukan angkatan tentera dan polis telah ditempatkan di bandar tersebut selepas para penduduk di kampung berdekatan melaporkan kecemasan dan merayu untuk mendapat bantuan, lapor akhbar UK, The Independent.

Presiden Rodrigo Duterte kemudiannya mengisytiharkan undang-undang tentera dan mengeluarkan perintah darurat di daerah Mindanao. Menurut Jeneral Eduardo Ano yang merupakan Ketua Turus Am, sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala 8 lagi anggota tercedera dalam pertempuran.

“Saya merayu kepada penduduk di bandar Marawi agar tidak meninggalkan kediaman anda, serta-merta jatuh ke tanah jika anda terdengar tembakan serta kunci pagar dan pintu rumah setiap masa,” nasihat Gabenor daerah Lanao del Sur, Mamintal Adiong Jr. kepada akhbar The Philippine Star.

Mamintal yang juga seorang anggota kanan Majlis Marawi itu berkata, pasukan tindakan kecemasan tempatan dari seluruh rantau ini telah digerakkan untuk membantu penduduk terperangkap dalam sebuah serangan bertembak balas.

Pada Mac lalu, Presiden Duterte meminta bantuan daripada datuk bandar di kawasan penduduk Islam di selatan negara itu bagi menangani militan Islam dan mengancam untuk mengenakan undang-undang tentera di sana jika masalah itu tidak diselesaikan.

Tahun lalu, Duterte berjanji untuk mengabaikan hak asasi manusia jika perpecahan kumpulan Isis di Timur Tengah menjadikan pemberontakan Islam di negaranya bertambah buruk.

Maute merupakan kumpulan radikal Islam yang terdiri daripada bekas gerila Barisan Pembebasan Islamik Moro dan beberapa lagi kumpulan pejuang asing.
Mereka dipercayai telah mengambil nama mereka dari pengasasnya iaitu Abdullah Maute.

DAmOQk9XcAQSrfr.jpg

DAmOPjtWsAAa6wg.jpg

DAmOOX5XYAA6IrI.jpg

DAmONKTXoAAjMWC.jpg

Duterte isytihar undang-undang tentera di Pulau Mindanao

soldier_cropped_1495598260.jpg

Tentera Filipina berkawal di bangunan kerajaan di bandar Davao, selatan negara itu susulan pengisytiharan undang-undang tentera. FOTO Agensi

PRESIDEN Filipina Rodrigo Duterte berkata, dia akan bertindak ‘kasar’€™ terhadap keganasan dan undang-undang tentera di Pulau Mindanao akan dikuatkuasakan selama setahun jika perlu.

Duterte memendekkan lawatan ke Russia dan mengumumkan penguatkuasaan undang-undang tentera di pulau di selatan negara itu selepas pertempuran sengit meletus ketika pasukan keselamatan menyerbu tempat persembunyian militan yang ada hubungan dengan Daish.

“Kepada rakyat Filipina yang mempunyai pengalaman diperintah undang-undang tentera. Ia tidak akan ada perbezaan dengan undang-undang tentera yang dikuatkuasakan Presiden (Ferdinand) Marcos. Saya akan bertindak ‘kasar’,” kata Duterte dalam wawancara dengan Penolong Setiausaha Komunikasinya ketika dalam penerbangan pulang ke Manila.

Menurutnya, jika undang-undang itu perlu dikuatkuasakan selama setahun, dia akan lakukannya.

“Jika ia hanya boleh diselesaikan dalam sebulan, saya akan gembira. Kepada rakyat Filipina, jangan bimbang. Saya dalam penerbangan pulang. Saya akan menangani masalah itu sebaik saya tiba,” katanya.

Dua anggota tentera dan seorang polis terbunuh manakala 12 orang cedera dalam pertempuran di Marawi, bandar di Mindanao yang menyaksikan kumpulan militan Maute menguasai bangunan dan membakar sebuah sekolah dan pusat tahanan.

Serbuan semalam dilakukan untuk menawan Isnilon Hapilon, pemimpin kanan kumpulan Abu Sayyaf.


http://www.hmetro.com.my/global/2017/05/231973/saya-akan-bertindak-kasar

Najib mahu Duterte lebih agresif terhadap Abu Sayyaf

image.jpg

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ketika hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30 semalam. - Foto Bernama

MANILA - FILIPINA. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap dengan tindakan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang lebih agresif terhadap pelampau seperti Abu Sayyaf, rantau Filipina selatan akan bertambah lebih baik keselamatannya.

"Saya telah ucapkan tahniah kepada kerajaan Filipina kerana telah berjaya membunuh seorang pemimpin Abu Sayyaf dua hari yang lalu.

"Dengan tindakan Presiden Duterte yang lebih agresif ini, kita harap rantau Filipina selatan ini akan bertambah lebih baik akan keselamatannya," katanya pada pemberita Malaysia selepas Sidang Kemuncak Asean 2017 di sini.

Mengikut beberapa laporan, pasukan marin Filipina telah membunuh seorang komander pelampau Abu Sayyaf iaitu Alhabsy Misaya.

Najib juga berkata, beliau telah telah melahirkan ucapan terima kasih kepada Duterte yang telah membantu menyelamatkan lima orang warganegara Malaysia yang telah menjadi orang tebusan selama lapan bulan seminggu.

Katanya Malaysia juga telah memberi komitmen untuk terus membantu dalam proses untuk memuktamatkan 'Comprehensive Peace Plan' yang melibatkan Bangsa Moro.

Di samping itu, Najib berkata isu keganasan juga telah mengambil perhatian di sidang kemuncak tersebut di mana Malaysia memberi pandangan bahawa sumbangan Malaysia termasuk program pendalikalan yang telah mencapai kejayaaan yang tinggi.

"Kejayaan ini menunjukkan bahawa kita juga boleh memberi sumbangan termasuk kita punya 'digital counter messaging center'.

"Oleh itu ia perlu mendapat sokongan dan dokongan negara-negara Asean dalam usaha memerangi ancaman militan dan keganasan melampau dengan lebih berkesan," katanya lagi. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-mahu-duterte-lebih-agresif-terhadap-abu-sayyaf-1.667520

Pemimpin Abu Sayyaf paling dikehendaki terbunuh

alhabsi.ashx

Al Habsi Misaya

KOTA KINABALU: Salah seorang pengganas paling dikehendaki Malaysia, Al Habsi Misaya, dipercayai telah terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Filipina.

Pemimpin Abu Sayyaf yang dikehendaki kerana banyak terbabit dengan kes penculikan berprofil tinggi di pantai timur Sabah itu dipercayai terbunuh di kawasan Indanan di Jolo.

Sumber tentera Filipina berkata pertempuran senjata itu berlaku kira-kira pukul 9.35 malam Jumaat, apabila pasukan keselamatan Filipina sedang mengesan kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf di pulau itu.

Al Habsi adalah antara empat komander Abu Sayyaf yang mengarahkan aktiviti penculikan besar-besaran di Sabah dan sempadan laut selatan Filipina.

Tiga lagi rakannya yang masih dalam pelarian adalah Sarip Mura, bersama dengan Radulan Sahiron dan Hatib Sawadjaan.

Laporan kematian Al Habsi muncul kira-kira dua minggu selepas sekutu rapatnya Maummar Askali @ Abu Rami terbunuh di tengah Filipina semasa merancang penculikan utama pelancong di Pulau Bogol.

Komander lain seperti Idang Susukan dan Apo Mike dipercayai telah terbunuh atau cedera parah dalam pertempuran bersenjata di pulau Jolo awal bulan lepas.

Sumber perisikan sebelum ini memberitahu The Star bahawa Al Habsi, penagih syabu yang berusia lingkungan 30-an, telah berjaya mengelakkan diri dari pengeboman oleh tentera Filipina tentera dan perangkap di pulau Jolo sejak beberapa bulan lalu.

Dia dipercayai telah bersembunyi di Zamboanga City di selatan Filipina dalam usahanya melarikan diri daripada serangan tentera.

Al Habsi dipercayai telah membiayai penculikan rentas sempadan di Sabah sebelum ini dengan menyediakan wang untuk bahan api, bot dan senjata api.


http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2017/04/29/pemimpin-abu-sayyaf-terbunuh/

Saya boleh jadi 50 kali ganda lebih kejam: Duterte

philippine-president-rodrigo-duterte.jpg.transformed.jpg

PRESIDEN Rodrigo Duterte, hari ini memberi amaran beliau boleh menjadi '50 kali' lebih kejam berbanding militan Islam memenggal kepala tebusan. - Foto Reuters

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte, hari ini memberi amaran beliau boleh menjadi '50 kali' lebih kejam berbanding militan Islam memenggal kepala tebusan.

Malah katanya beliau sanggup 'makan' mereka jika ditangkap hidup-hidup oleh tentera.

Duterte yang berulang kali mengancam suspek dadah dengan kematian, membawa retoriknya ke tahap baharu apabila berkata apa yang boleh dilakukannya kepada pengganas yang dikenali suka memenggal kepala dan melancarkan serangan ngeri lain.

Beliau mengarahkan tentera Filipina membunuh militan Islam yang mendalangi serangan di pusat peranginan di Bohol dan dan tidak membawa mereka kepadanya hidup-hidup sambil menggelar pelampau itu sebagai 'binatang.'

"Jika kamu mahu saya menjadi haiwan, saya sudah biasa dengannya. Kita sama saja.

"Saya boleh jadi 50 kali ganda lebih teruk," katanya dalam ucapan ketika perasmian satu kejohanan sukan.

Presiden bermulut celupar itu berkata, jika pengganas dibawa kepadanya ketika beliau dalam keadaan kurang baik, beliau cuma akan berkata: "Berikan saya garam dan cuka, saya akan makan hatinya."

Orang ramai ketawa, tetapi Duterte terus menyambung: "Ia benar, jika kamu membuatkan saya marah." - AP


http://www.bharian.com.my/node/275176

Pemimpin Abu Sayyaf terbunuh

image.jpg

Joselito Melloria didakwa terbunuh dalam pertempuran dengan pihak tentera di Pulau Bohol baru-baru ini. - Agensi

MANILA 23 April - Seorang pemimpin kumpulan militan Abu Sayyaf terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera Filipina di Pulau Bohol baru-baru ini.

Jurucakap Angkatan Tentera Filipina, Restituto Padilla mengesahkan laporan berkenaan tetapi enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.

Sementara itu, Gabenor Bohol, Edgar Chatto mengenalpasti lelaki itu sebagai Joselito Melloria, yang terlibat dalam rancangan penculikan di pulau berkenaan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pemimpin-abu-sayyaf-terbunuh-1.472700#ixzz4f3MTLNkP

Duterte mohon maaf gagal selamat mangsa penggal Abu Sayyaf

katnen.transformed.jpg

RAKAMAN video menunjukkan Kantner dibunuh lelaki bersenjatakan pisau kerana tidak memenuhi tuntutan wang tebusan sebanyak 30 juta peso (RM2.6 juta). - Foto AP

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte memohon maaf kepada kerajaan Jerman dan keluarga mangsa kerana gagal menyelamatkan Jurgen Kantner, 70, yang dipenggal anggota Abu Sayyaf Ahad lalu.

Bagaimanapun, katanya, tidak wajar membayar wang tebusan kepada militan berkenaan.

"Kami sudah mencuba yang terbaik untuk menyelamatkan mangsa. Tentera sudah dikerah dalam operasi menyelamatkan, tetapi kami gagal. Itu kami kami akui, " katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Duterte berkata, bayaran wang tebusan tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya menggalakkan anggota Abu Sayyaf melakukan lebih banyak penculikan pada masa depan.

"Jika anda mengalah dan membayar, lebih ramai lagi akan menjadi mangsa dan ia tidak akan berakhir," kata Duterte.

Video yang dikirim militan Abu Sayyaf dan dipantau SITE Intelligence Ahad lalu menunjukkan Kantner dibunuh lelaki bersenjatakan pisau kerana tidak memenuhi tuntutan wang tebusan sebanyak 30 juta peso (RM2.6 juta). - AFP


http://www.bharian.com.my/node/254318

Filipina mahu operasi bersama Malaysia perangi Abu Sayyaf

03serang.transformed_0.jpg

RODRIGO Duterte. - Foto REUTERS

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte akan membincangkan kemungkinan operasi bersama tentera dan polis dengan Malaysia untuk menghapuskan tindakan militan Abu Sayyaf menculik pelaut di sepanjang sempadan laut kedua-dua negara yang melumpuhkan perdagangan dan perniagaan.

Beliau berkata, menangani "keamanan dan ketenteraman yang semakin buruk" di perairan itu akan menjadi agenda utama apabila bertemu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, dan pegawai atasan lain di Malaysia minggu depan.

Duterte berkata, serangan itu memalukan beliau kerana militan Abu Sayyaf berpangkalan di Jolo, selatan Filipina, wilayah miskin di mana mereka menahan tebusan.

"Memang perlu bagi kita, tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia, bercakap mengenai perkara ini dengan serius dan menghentikan ia kerana ia melumpuhkan perdagangan dan perniagaan di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata, rundingannya meliputi kawalan sempadan, lintasan sempadan dan mungkin operasi bersama tentera dan polis.

Ketika lawatan baru-baru ini ke Indonesia, Duterte berkata beliau membincangkan kemungkinan strategi keselamatan dengan Presiden Joko Widodo dan pemimpin Indonesia itu bersetuju.

Biarpun rundingan awal ketiga-tiga negara untuk meningkatkan keselamatan, militan Abu Sayyaf terus melancarkan serangan di laut, menculik kru bot tunda rakyat Malaysia dan Indonesia.

Rundingan itu rumit dan sukar kerana Filipina dan Malaysia mempunyai isu wilayah dan persoalan timbul, sebagai contoh, sejauh mana pihak Malaysia boleh mengejar militan yang melarikan diri apabila mereka memasuki perairan Filipina. - AP


http://www.bharian.com.my/node/208578

Makin ramai panglima Abu Sayyaf maut

wep.jpg_1474994064.jpg

Ketua Polis Kebangsaan Filipina Dela Rosa bersama senjata dan peluru yang berjaya dirampas daripada sindiket pembekal senjata Abu Sayyaf. - Foto INQUIRER.net

Kuala Lumpur: Tentera Filipina dilapor sedang mengasak kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang menahan beberapa mangsa culik, termasuk lima rakyat Malaysia, selepas membunuh dua pemimpin kumpulan yang bersubahat dengan kumpulan itu.

Kedutaan Filipina di Malaysia yang memetik jurucakap markas tentera Mindanao Barat dalam kenyataan berkata, dua beradik, Nixon dan Brown Muktadil daripada Geng Muktadil yang bersenjata, melawan ketika cuba ditangkap dan terbunuh pagi semalam.

Anggota tentera Pasukan Petugas Bersama Sulu dibantu sukarelawan bandar Panglima Estino, melancarkan operasi terhadap dua beradik itu di Pulau Tambulian, di daerah Pata.

Nixon Muktadil, ketua Geng Muktadil, saudaranya, Brown dan beberapa yang lain, terbabit dengan beberapa kegiatan culik untuk wang tebusan, menjadikan 26 rakyat Filipina, Malaysia dan Indonesia sebagai mangsa.

"Kematian dua beradik itu memberi tamparan hebat terhadap kumpulan Abu Sayyaf kerana mereka adalah jurupandu dan pemandu arah laut ketika kumpulan itu melakukan penculikan di laut lepas," kata jurucakap berkenaan.

Menurut kenyataan itu, terdahulu, pihak berkuasa Filipina menangkap atau "meneutralkan" beberapa anggota Geng Muktadil lain.

"Seorang lagi saudara lelaki mereka, Mindas, terbunuh dalam pertempuran pihak berkuasa di Jolo, Sulu, Mei tahun lalu.

“Khadafy Muktadil ditangkap November tahun lalu, juga di Jolo, dan kini berada di penjara," kata kenyataan itu.

Polis Filipina memberi satu lagi tamparan terhadap rangkaian sokongan logistik Abu Sayyaf apabila melumpuhkan sindiket yang membekalkan senjata serta peluru berkuasa tinggi kepada kumpulan

itu dengan merampas sejumlah pelancar bom tangan M203, M14, M16 dan ribuan peluru bernilai enam juta Pesos (kira-kira RM513,000).

Ketua sindiket itu, Unding Kenneth Isa, serta tiga rakannya, ditangkap pada 24 September di San Juan City di Metro Manila.

Kenyataan itu berkata atas arahan President Duterte, sembilan batalion polis dan tentera membabitkan kira-kira 9,000 anggota dikerah menjalankan operasi keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang di tempat yang disyaki menjadi sarang persembunyian Abu Sayyaf di Sulu dan Basilan.

Sejumlah besar bot bermotor tidak berdaftar dirampas beberapa hari lalu, di Sulu dan kawasan perairan berdekatan, sekali gus mengganggu pergerakan Abu Sayyaf.

Sekatan oleh pasukan Tentera Laut Filipina juga diadakan dan hasilnya, 21 anggota anggota Abu Sayyaf menyerah diri pada 23 September di Sumisip, Basilan.

Ketua Turus Angkatan Bersenjata Jeneral Ricardo Visaya berkata, gerakan menentang keganasan dan kumpulan penculik Abu Sayyaf tiada tempoh masa ditetapkan dan akan diteruskan sehingga objektifnya tercapai.


http://www.hmetro.com.my/node/169740

Presiden Filipina mahu lapah, makan anggota Abu Sayyaf

duterte.ashx


VIENTIANE: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tampil dengan kontroversi baharu apabila beliau berikrar untuk melapah dan memakan anggota militan Abu Sayyaf, sebagai membalas dendam terhadap keganasan yang dicetuskan oleh kumpulan pengganas itu.


"Mereka akan menerima balasan. Apabila tiba masanya, saya sendiri akan memakan anda (militan Abu Sayyaf) di hadapan orang ramai.

"Jika anda membuatkan saya marah, saya pasti akan memakan anda hidup-hidup," katanya selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Laos, lewat Isnin.

Selain itu, Duterte turut menjelaskan secara terperinci bagaimanan beliau akan memakan anggota militan Abu Sayyaf yang membunuh 15 askar Filipina pada bulan lalu dan dipercayai terlibat dalam pengeboman yang mengorbankan 14 nyawa.

"Saya akan mengorek isi perut mereka dan meletak garam sebelum memakannya.

"Saya tidak membuat lawak. Mereka ini tidak boleh dimaafkan," katanya.

Kenyataan Duterte itu bukan yang pertama mencetuskan kontroversi dan kritikan daripada pelbagai pihak.

Terdahulu, beliau mencetuskan perbalahan politik dengan Amerika Syarikat apabila menghina Presiden Barack Obama dengan kata-kata kesat.

Susulan kenyataan itu, Obama membatalkan pertemuan dengan Duterte dan Presiden Filipina tersebut kemudiannya menyuarakan kekesalan atas kenyataan tersebut. - AFP


http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/09/06/duterte-eat-militans/

Hapus Abu Sayyaf: Esscom siap siaga

image.jpg


TAWAU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku berikutan pengumuman kerajaan Filipina menghapuskan kumpulan pengganas Abu Sayyaf di kepulauan selatan negara itu secara besar-besaran.


Komander Esscom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata walaupun Sabah tidak terkesan dengan usaha kerajaan Filipina itu namun semua anggota sentiasa diingatkan agar bersedia berhadapan kemungkinan seperti kemasukan pihak buruan Filipina yang melarikan diri ke Sabah.

"Kita mengalu-alukan tindakan yang diambil oleh kerajaan Filipina... Dalam konteks ini walaupun tindakan itu dari pihak sana, tetapi kita tengok persiapan sendiri untuk menghadapi kemungkinan seperti masyarakat setempat di wilayah selatan itu yang mungkin melarikan diri dan datang ke tempat kita (Sabah), atau pihak buruan (anggota Abu Sayyaf) melarikan diri ke Sabah," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai usaha komited kerajaan Filipina untuk menghapuskan kumpulan pengganas Abu Sayyaf di negara itu.

Wan Abdul Bari berkata pihaknya maklum dan mengikuti perkembangan mengenai perkara tersebut dan operasi harian untuk memantau persekitaran perairan negara sedang dan akan terus dijalankan sama ada di laut atau darat di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).‎

"Di laut kita arah anggota dan aset untuk memantau pergerakan mencurigakan seperti aktiviti penyeludupan mahupun kemungkinan serangan rentas sempadan.

"Di darat kita membuat operasi dalam tiga hingga empat hari operasi seminggu sekiranya ada yang sudah mendarat (memasuki Sabah), kerana kita juga tahu dari segi latar belakang sesetengah itu mungkin ada pertalian keluarga dengan penduduk di negeri ini," katanya.

Esszone meliputi kawasan sepanjang 1,733.7 kilometer (km) dan keluasannya sekitar 100,000km persegi melibatkan 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Sementara itu, katanya anggota keselamatan yang ditempatkan untuk memantau kawasan di Esszone pada ketika ini sudah mencukupi dan mampu mengawal sempadan daripada dicerobohi.

"Selain Esscom, kita juga ada anggota dari agensi pasukan keselamatan lain dan setakat ini kita tidak perlu penambahan anggota memadai dengan yang ada sekarang," katanya lagi.

Semalam, Philippine Daily Inquirer melaporkan bilangan tentera Filipina yang memburu Abu Sayyaf di wilayah selatan Kepulauan Sulu dijangka meningkat kepada kira-kira 9,000 minggu depan, ketika kumpulan yang menculik untuk wang tebusan itu sedang bersedia untuk 'jihad'.

Jurucakap Ketua Angkatan Tentera Filipina Brig Jen Restituto Padilla berkata penempatan tentera itu adalah tumpuan terbesar mereka dalam satu kawasan selepas 15 tentera dibunuh oleh Abu Sayyaf dalam pertempuran di Jolo minggu ini. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/semasa/hapus-abu-sayyaf-esscom-siap-siaga-1.559261

Presiden Filipina isytihar darurat selepas Abu Sayyaf buat serangan bom

04explode.transformed.jpg

Sebuah tangki tentera dan trak yang diletakkan berhampiran lokasi letupan di pasar malam di bandar Davao, Filipina. - Foto EPA

DAVAO 3 Sept: Presiden Rodrigo Duterte mengisytiharkan darurat di pulau Mindanao pada Sabtu selepas militan Abu Sayyaf meletupkan bom yang meragut 14 nyawa dan mencederakan 70 lagi dalam kejadian di kampung halamannya di selatan negara itu.

Duterte, yang memeriksa lokasi serangan di pasar malam pada malam Jumaat di Davao, berkata perisytiharan itu tidak bermakna undang-undang tentera dilaksanakan.

Ia cuma membolehkan anggota tentera diletakkan di pusat bandar untuk membantu polis dalam menubuhkan pusat pemeriksaan dan meningkatkan rondaan, katanya.

Jurucakap Abu Sayyaf, Abu Rami, mendakwa bertanggungjawab di atas serangan berhampiran Universiti Ateneo de Davao dan hotel lima bintang, tetapi Duterte berkata penyiasat masih mencari suspek lain, termasuk sindiket dadah, yang disasarkan dalam tindakan keras membasmi gejala itu.

"Ini masa luar biasa dan saya berkuasa membolehkan pasukan keselamatan negara ini melakukan usaha memburu.

"Kami cuba berdepan dengan krisis ketika ini. Ada krisis di negara itu membabitkan dadah, pembunuhan luar undang-undang dan persekitaran keganasan," kata wartawan di lokasi serangan sambil meminta penduduk bekerjasama dan berwaspada.

Serangan dilancarkan ketika pasukan tentera dalam keadaan berjaga-jaga di tengah kempen ketenteraan berterusan terhadap militan Abu Sayyaf di Sulu, yang memuncak minggu lalu selepas mereka memenggal seorang penduduk kampung yang diculik.

Militan mengancam melancarkan serangan selepas tentera berkata, 30 anggota pergerakan itu maut dalam kempen selama seminggu. - AP


http://www.bharian.com.my/node/189375

Filipina kerah beribu tentera gempur Abu Sayyaf

du_01.1.jpg

REUTERS - ANGGOTA tentera Flipina mengusung keranda rakan mereka yang terkorban di wilayah Sulu, selatan Filipina semalam.

MANILA – Tentera Filipina semalam mengerahkan beribu-ribu askar tambahan untuk memerangi kumpulan militan Abu Sayyaf yang terkenal kerana menculik warga asing selepas 15 anggota tentera terbunuh, kata pihak berkuasa.

Presiden Rodrigo Duterte mahu Abu Sayyaf yang mengisytiharkan taat setia kepada kumpulan pengganas Daesh dan baru-baru ini memenggal kepala dua warga Kanada itu dihapuskan sama sekali.

Namun, serangan besar-besaran di Pulau Jolo yang merupakan kubu kuat Abu Sayyaf pada minggu lalu menerima tentangan sengit. Jolo terletak kira-kira 900 kilometer ke selatan Manila.

Seramai 15 askar terbunuh dan 10 yang lain cedera dalam satu pertempuran dengan militan Abu Sayyaf kelmarin, kata jurucakap tentera peringkat wilayah, Mejar Filemon Tan.

Jurucakap Presiden, Ernesto Abella memberitahu, seramai 2,500 askar telah dikerahkan ke Jolo dan beberapa pulau berdekatan semalam.

“Duterte mahu memastikan ancaman daripada kumpulan Abu Sayyaf dihapuskan secepat mungkin,” kata Abella kepada pemberita di Manila.

Menurut Tan pula, anggota tentera tambahan itu akan menyertai dua briged yang dikerah untuk me- merangi Abu Sayyaf. Beliau enggan mendedahkan bilangan anggota tentera dalam kedua-dua briged itu tetapi satu daripadanya mengandungi sekurang-kurangnya 1,000 askar.

Katanya, pertempuran kelmarin berlangsung selama satu jam setengah di hutan dekat bandar Patikul di Pulau Jolo ketika pasukan tentera memburu pemberontak Abu Sayyaf.

“Pertempuran ini amat sengit, kami kehilangan 15 anggota. Anda dapat menjangka banyak kematian berlaku berikutan tembakan bertubi-tubi dilepaskan oleh kedua-dua pihak. Kami tidak pasti berapa ramai musuh yang maut tetapi mungkin lebih 30 pemberontak,” kata Tan.

Seorang pegawai muda berpangkat leftenan turut maut dalam sera*ngan hendap pemberontak Abu Sayyaf di Jolo.

Lebih 20 anggota kumpulan militan Abu Sayyaf terbunuh sejak Khamis lalu apabila tentera Fili*pina melancarkan sera*ngan darat dan udara di Patikul yang menjadi kubu kuatnya.

Kumpulan Abu Sayyaf yang dikenali kerana menculik dan memenggal kepala tebusan, kata beberapa penganalisis, lebih berminat mengaut wang tebusan mencecah puluhan juta dolar berbanding merealisasikan perjua*ngan Islam.

Dua rakyat Kanada dan seorang remaja Filipina telah dibunuh oleh Abu Sayyaf pada tahun ini.

Kumpulan militan itu masih menawan, lapan warga Indonesia, lima rakyat Malaysia dan masing-masing seorang pemerhati burung dari Belanda serta seorang pengurus resort warga Norway. – Reuters/AFP


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4Iugx82L6

15 tentera Filipina maut bertempur dengan Abu Sayyaf

filipsekarr.transformed.jpg

ANGGOTA tentera Filipina memeriksa mayat tentera militan Abu Sayyaf yang terbunuh dalam pertempuran di selatan negara itu pada 27 Ogos lalu. - Foto EPA

MANILA 29 Ogos: Militan Abu Sayyaf membunuh 15 tentera Filipina dalam pertempuran sengit di kawasan bergolak di selatan negara itu, kekalahan terbesar kerajaan dalam sehari, menurut pegawai tentera, semalam.

Jurucakap tentera berkata, lima tentera cedera dalam pertempuran lebih dua jam yang turut membunuh dua anggota militan di kawasan pergunungan dekat bandar Patikul, dalam wilayah Sulu, tempat Abu Sayyaf menyembunyikan kebanyakan mangsa culik mereka.

Komander Wilayah Tentera Filipina, Mejar Filemon Tan, berkata kumpulan terbabit terdiri daripada 70 militan diketuai Komander Abu Sayyaf, Radulan Sahiron, penyerang bersenjata yang menjadi buruan pihak berkuasa Filipina dan Amerika Syarikat kerana pembabitannya dalam pengeboman, penculikan dan jenayah lain.

Presiden Rodrigo Duterte, mengarahkan agar tentera kerajaan memburu dan memusnahkan tempat persembunyian mereka di hutan susulan tindakan pengganas itu memenggal kepala penduduk kampung miskin yang tidak mampu membayar wang tebusan.

Pada masa sama, presiden itu meneruskan rundingan damai dengan dua kumpulan pemisah Islam utama, termasuk Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF). Anggota kumpulan ini disyaki memberikan bantuan dan sokongan ketenteraan kepada Abu Sayyaf pada masa lalu. - AP


http://www.bharian.com.my/node/188016

Last edited:
Sponsored Post

pecot85

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2009
Messages
27,973
Reaction score
826
Points
161
bukan senang ops ni
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,962
Reaction score
1,341
Points
201
agresif owg tua ni.. mgkin dier belum kenal langit tinggi rendah..
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,564
Reaction score
2,866
Points
206
dia ni ibarat orang yang baru balik dari seminar..
semua benda nak buat.

tapi tak tengok dulu kemampuan yang ada.
 

aminamin007

Fun Poster
Joined
Oct 2, 2011
Messages
800
Reaction score
3
Points
15
sarang tabuan dah dijolok,, mesti ade yang kena sengat nanti... haha
 

Zahar Julietbravo

Active+ Member
Joined
Feb 2, 2012
Messages
2,929
Reaction score
203
Points
33
Abu Sayyaf bukan cikai2 wahai tuan presiden, pernah berbual dengan rakan semasa dia duty dalam ops pasir.
 

1305

Super Active Member
Joined
Sep 19, 2008
Messages
9,731
Reaction score
131
Points
73
Elok la tu....
Tgk sapa yg lingkup dulu.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
155,596
Reaction score
21,295
Points
1,671
memang main nyawa je ni

die punya game mmg lain. belah sini game tabur je
 

tokmudin

Legendary Member
Joined
Aug 18, 2010
Messages
11,757
Reaction score
367
Points
131
berani tul presiden ni .. mencipta banyak musuh..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register