Predator Helios 300 & 700 Di Kemaskini - Komponen Intel & NVIDIA Terbaru

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,581
Reaction score
3,413
Points
236
Siri komputer riba gaming Predator Helios boleh dikatakan siri komputer riba gaming paling berkuasa keluaran Acer. Ia biasanya akan dimuatkan dengan komponen-komponen terbaru dan termahal di pasaran sekarang,

Sewaktu acara Acer Global Press Conference, mereka telah mengemaskini model Predator Helios 300 dan Predator Helios 700 mereka dengan komponen-komponen daripada Intel dan NVIDIA yang terbaru.

Predator-Helios-300-1-950x678.png


Bermula dengan Predator Helios 300, ia hadir dengan paparan bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 240Hz dan bingkai nipis.

Predator-Helios-300-2-950x678.png


Ia dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core siri H generasi kesepuluh Comet Lake dan pilihan memori DDR4 setinggi 32GB. Predator Helios 300 ini juga hadir dengan dua storan SSD NVMe yang dipadankan dalam konfigurasi RAID0 dan hadir dengan storan cakera keras tambahan 2TB.

Predator-Helios-300-3-950x678.png


Predator Helios 300 ini turut dikuasakan oleh GPU NVIDIA GeForce RTX 2070 Max-Q yang cukup berkuasa untuk menggerakkan banyak permainan-permainan moden hari ini.

Predator Helios 700 diperkenalkan untuk kali pertama di acara Acer GPC tahun lepas sebagai peranti pengganti desktop dimana ia adalah sebuah komputer riba gaming gergasi yang dimuatkan dengan komponen-komponen gaming yang paling berkuasa.

Predator-Helios-700-1-950x535.png


Sama seperti model tahun lepas, ia dilengkapi paparan IPS bersaiz 17.3 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 144Hz. Ia dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i9-10980HK or i7-10875H generasi kesepuluh dan memori sehingga 64GB jika diingini.

Dari segi pilihan GPU pula, Predator Helios 700 ini dimuatkan dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 Super ataupun GeForce RTX 2080 Super untuk pengalaman gaming pada skala desktop gaming bersaiz penuh.

Predator-Helios-700-2-950x760.png


Untuk menyejukkan komputer riba ini, Acer menggunakan teknologi penyejukan Acer CoolBoost dan kipas penyejukan AeroBlade 3D yang dibina khusus untuk model ini.

Selain daripada itu, Acer juga akhirnya menggunakan bongkah penyejukan Power Gem yang mengalirkan haba pada kadar 3.8 kali lebih baik berbanding dengan pengalir haba yang lain. Power Gem ini hanya digunakan untuk model yang dikuasakan oleh CPU Intel Core i9 terbaru.

Gimik paling utama komputer riba ini ialah papan kekunci HyperDrift yang boleh ditarik kebawah untuk menunjukkan sistem penyejukan komputer riba ini dan meningkatkan prestasinya dengan ciri lewahjam automatik.

Predator-Helios-700-3-950x760.png


Acer menyasarkan Predator Helios ini bukan sahaja untuk tujuan gaming semata-mata, tetapi juga sebagai sebuah komputer riba yang boleh melakukan tugasan lain sekaligus, seperti penstriman, rakaman permainan dan juga pengekodan video.

Buat masa ini, Acer masih belum mengesahkan lagi bilakah kedua-dua model Predator Helios ini akan tiba untuk pasaran antarabangsa.
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,581
Reaction score
3,413
Points
236
Predator Helios 300 Dengan Spesifikasi Baru Kini Di Pasaran Tempatan – Harga Bermula RM4599

Selain daripada pra-tempah Predator Helios 700, Acer Malaysia turut mengumumkan bahawa mereka telah membawa masuk sebuah lagi komputer riba dibawah siri Predator Helios iaitu Predator Helios 300 yang telah dikemaskini dengan spesifikasi baru.

Predator-Helios-300-1-950x713.jpg


Sama seperti model Helios 300 sebelum ini, ia dilengkapi dengan paparan 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan juga kadar segar semula 240Hz.

Predator-Helios-300-2-950x713.jpg


Ia dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i5-10300H ataupun Intel Core i7-10750H dan memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan SSD PCIe sebesar 512GB.

Predator-Helios-300-3-950x713.jpg


Dari segi GPU pula, kedua-dua model Predator Helios 300 ini dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 yang mampu menggerakkan pelbagai permainan moden pada resolusi Full HD dan tetapan tinggi tanpa masalah.

Predator-Helios-300-4-950x713.jpg


Rekaan Predator Helios 300 ini tidak begitu berbeza berbanding dengan model sebelum ini, tetapi atas permintaan ramai pengguna, palam kuasa telah dialih ke bahagian belakang komputer riba untuk mengurangkan kesesakan di bahagian sisi.

Predator-Helios-300-5-950x713.jpg


Ia turut dilengkapi pelbagai palam I/O seperti USB 3.0 Type-A, USB Type-C, HDMI 2.0, DisplayPort 1.4, palam LAN dan juga pembaca kad SD. Seperti yang dinyatakan, Predator Helios 300 ini hadir dalam dua model, dan berikut adalah tanda harganya:
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,581
Reaction score
3,413
Points
236
Pratempah Predator Helios 700 Dengan Komponen Terbaru Kini Dibuka

Predator Helios 700
ialah model komputer riba gaming yang telah diperkenalkan untuk pasaran tempatan pada Oktober tahun lepas. Pada waktu tersebut, ia boleh dikatakan bahawa komputer riba ini adalah model paling berkuasa keluaran mereka.

Acer Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Helios 700 tersebut telah dikemaskini dengan pilihan CPU Intel generasi kesepuluh terbaru dan juga pilihan kad grafik NVIDIA yang terkini.


Ini termasuklah pilihan CPU Intel Core i7-10875H ataupun Intel Core i9-10980HK. Kedua-dua model ini dilengkapi dengan memori DDR4 sebanyak 16GB, dimana satu model mempunyai storan SSD NVMe PCIe sebesar 512GB dan satu cakera keras 1TB, manakala satu lagi model dilengkapi dua storan SSD NVMe PCIe 512GB.

Dari segi pilihan GPU, Predator Helios 700 ini hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 Super ataupun NVIDIA GeForce RTX 2080 Super. Komputer riba ini mengekalkan penggunaan paparan 17.3 inci dengan resolusi Full HD dengan kadar segar semula 144Hz dengan sokongan untuk NVIDIA G-SYNC.

Sistem penyejukan komputer riba ini juga telah dikemaskini dengan sistem penyejukan Power Gem yang mempercepatkan pengaliran haba daripada CPU dan cip grafik ke paip-paip haba yang kemudiannya akan dialirkan keluar menggunakan kipas AeroBlade generasi keempat.

Special_Pre-order_Predator_Helios_700-950x356.jpg


Setiap pembelian Predator Helios 700 ini akan disertakan dengan sejumlah hadiah percuma seperti pad tetikus, pembesar suara dan kerusi gaming Predator bernilai RM2767. Pra-tempah komputer riba gaming Predator Helios 700 sudahpun dibuka melalui laman web Acer Malaysia dan hadir dengan dua konfigurasi:
Sumber asal https://store.acer.com/en-my/promotion/pre-order
 
Sponsored Post
Top
Log in Register