BTC USD 17,233.2 Gold USD 1,789.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info PRATT & WHITNEY J58, INI ENJIN YANG DIGUNAKAN OLEH JET PALING LAJU DI DUNIA

tilambujang

Fun Poster
Messages
782
Joined
Sep 14, 2008
Messages
782
Reaction score
90
Points
30
1200px-Pratt__Whitney_J58-JT11D-20K_turbojet_engine_1962_-_Lockheed_SR-71A_Blackbird_1966_-_Ev...jpg


Pesawat Lockheed SR-71 Blackbird adalah pesawat perisik yang paling laju yang pernah diterbangkan oleh manusia dengan rekod kelajuan sekitar 3530km/jam pada bulan Julai 1976. Pada bulan April 1986, seorang lagi juruterbang berjaya membuat rekod pada kelajuan 4345km/jam dengan pesawat ini dan kekal sebagai pesawat terlaju di dunia

Kuasa untuk pesawat ini dibekalkan oleh 2 unit enjin jet Pratt & Whitney J58 dengan tork maksima 145,000 Nm tork. Bagi menghidupkan enjin ini, ia memerlukan penghidup khas dengan 2 unit enjin V8 yang diambil daripada Buick


Enjin ini adalah enjin axial-flow turbo jet, boleh dikatakan enjin yang paling radikal pernah dihasilkan pada tahun 1970an. Enjin ini beroperasi paling efisyen pada halaju 3.2 Mach ata bersamaan 3951km/jam yang merupakan cruising speed bagi pesawat ini.


SR-71.jpg


Ketika berlepas, sistem afterburner membekalkan sehingga 26 peratus lonjakan dan penghantaran kuasa akan dibuat sengan sekata sehinggalah pada halaju 3 Mach (3 kali halaju bunyi). Udara akan diambil, dimampatkan dan dipanaskan dengan menggunakan spike yang ada pada enjin sebelum memasuki unit kompressor


Udara kemudian akan melepasi unit turbojet, dimampatkan sekali lagi oleh 5 peringkat kompressor dan bahan api ditambah dalam kebuk pembakaran. Halaju maksimum penerbangan adalah terhad pada suhu udara yang memasuki kompressor dan tidak bolehmelebihi 430 darjah celcius


Pada asalnya enjin Pratt & Whitney J58 perlu digidupkan dengan bantuan 2 unit enjin V8 Buick Wildcat yang dipasang pada kenderaan khas yang dinamakan sebagai AG330. Unit ini akan memutarkan enjin Pratt & Whitney J58 sehingga 3200 RPM sehinggalah ia boleh hidup sendiri

j58image1.jpg


Sistem ini kemudian digantikan dengan sistem penghidup pneumatic. Enjin ini menggunakan (TEB) triethylborane yang menghasilkan nyalaan warna hijau ketika berlepas. Ketika misi penerbangan risikan, hanya separuh sahaja bahan api diisi bagi mengurangkan stress pada brek dan tayar SR-71 Blackbird. Jadi bahan api akan diisi kemudian di atas udara dengan pesawat KC-135Q dengan halaju maksimum

 
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,771
Joined
Jan 12, 2008
Messages
28,771
Reaction score
5,841
Points
481
Awards
1
Dalam Top Gun boleh di sampai 9 Mach?
 
Sponsored Post

Top
Log in Register