TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
KUALA LUMPUR, 19 Sept -- Pengangkutan awam di negara ini memasuki dimensi baru melalui pengenalan bas yang dilengkapi kemudahan untuk golongan kelainan upaya (OKU).
Pengarah Kumpulan Bahagian Infrastruktur Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) Nor Hassan Ismail berkata syarikat itu telah membeli 150 bas dari Jerman yang direka khas untuk membolehkan mereka yang memiliki kelainan fizikal naik dan turun dengan sendiri.
"Bas ini dilengkapi tali pinggang keledar khas dan tanjakan untuk membolehkan mereka yang mengggunakan kerusi roda naik dan turun tanpa dibantu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan bas berkenaan di sini Isnin.
Beliau berkata pada peringkat permulaan, bas itu digunakan di beberapa laluan di ibu negara.
Mohd Ihsan Abdul Karim, 24, yang berkerusi roda, berkata bas itu lebih mesra OKU, berbanding yang sedia ada.
Mohd Ihsan yakin pengenalan bas itu akan menggalakkan lebih ramai OKU mengggunakan pengangkutan awam.
"Dulu, apabila hendak naik bas dengan berkerusi roda, saya perlu meminta pertolongan orang lain, tapi dengan adanya bas yang dipasang dengan tanjakan, saya boleh naik sendiri.
"Kalau tanjakan dan tali pinggang keledar tidak disediakan untuk kami, mungkin ada risikonya, tapi oleh kerana bas baru ini dipasang dengan kemudahan yang diperlukan, ia banyak membantu orang seperti saya," katanya.
Pengarah Urusan MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd, syarikat yang mengeluarkan bas berkenaan, berkata selain memiliki ciri-ciri mesra OKU, setiap bas dilengkapi CCTV sebagai langkah mengurangkan jenayah dan membolehkan penumpang berasa lebih selamat dan selesa.