BTC USD 66,497.3 Gold USD 2,405.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prasarana Mula Bangunkan Sistem Bayaran Terbuka Tahun Depan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,784
Top Poster #8
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,784
Reaction score
6,532
Points
916
Awards
1
26.10.2023 - Prasarana Malaysia Bhd (Prasana) akan memulakan kerja mereka dan membangunkan sistem "pembayaran terbuka" pada Mac tahun depan, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Loke berkata, sistem itu akan membolehkan orang ramai menggunakan kad kredit dan debit ketika menggunakan perkhidmatan bas dan kereta api Prasarana di Lembah Kelang, selain kaedah pembayaran kad Touch-n-Go dan token sedia ada.

"Prasarana akan mengambil tempoh 11 bulan (bermula Mac tahun depan) iaitu sehingga Februari 2025 untuk menyiapkan 50 peratus daripada gantri di setiap stesen untuk menerima kaedah pembayaran terbuka. Menjelang Ogos 2025, semua gantri di setiap stesen akan siap," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Dia menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) berkenaan peratusan pelaksanaan sistem pembayaran terbuka untuk pengangkutan awam di Lembah Kelang, terutama LRT, MRT dan bas Rapid KL. Mengulas lanjut, Loke berkata sistem itu, yang telah dilaksanakan di kota seperti London dan Sydney, sistem itu akan terus dikembangkan - jika perlu - untuk kaedah pembayaran lain seperti Kod QR.

Dia juga berkata langkah menaik taraf sistem tiket KTMB, iaitu automatic fare collection AFC), kini hampir selesai.

"Kesemua 57 stesen komuter KTMB di Lembah Kelang dilengkapi dengan alat pengimbas di gantri yang menyokong kaedah pembayaran terbuka termasuk kad kredit, debit dan Touch-n-Go serta Kod QR melalui aplikasi KTMB (KITS)," katanya lagi.
1698294026620.png
terbua​
 
Sponsored Post

Sistem Pembayaran Terbuka Di Semua Stesen Perkhidmatan Pengangkutan Awam Prasarana Siap Sepenuhnya Ogos 2025

26.10.2023 - Semua stesen pengangkutan awam dikendalikan Prasarana dijangka lengkap sepenuhnya dengan teknologi sistem pembayaran terbuka menjelang Ogos 2025, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata, perancangan untuk untuk melaksanakan sistem pembayaran tersebut yang meliputi keseluruhan laluan rel di Lembah Klang itu sudah mula dilakukan sejak awal 2023.

“Prasarana kini sedang memuktamadkan pelaksanaan merentasi laluan LRT Kelana Jaya, laluan LRT Ampang, laluan MRT Kajang, laluan MRT Putrajaya dan laluan monorel. Fasa reka bentuk dan pembangunan sistem ini dijangka bermula pada Mac tahun depan. Prasarana akan mengambil masa 11 bulan, iaitu sehingga Februari 2025, untuk melengkapkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada gantri di semua stesen untuk menerima sistem pembayaran terbuka. Menjelang Ogos 2025, gantri di semua stesen akan akan siap,” katanya.

Loke berkata, sistem pembayaran terbuka akan membolehkan penggunaan kad debit dan kredit sebagai kaedah pembayaran tambahan di samping kaedah sedia ada termasuk kad Touch 'n Go serta token. Sekiranya ada keperluan, kaedah pembayaran melalui kod QR juga akan dilaksanakan pada fasa seterusnya. Beliau menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang bertanyakan mengenai pelaksanaan sistem pembayaran terbuka pengangkutan awam di Lembah Klang terutama dikendalikan Prasarana seperti sistem bas LRT, MRT dan RapidKL. Dalam pada itu, Loke memaklumkan sistem kutipan tambang automatik rel Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Lembah Klang juga hampir siap.

“Menjelang pertengahan November tahun ini, kesemua 57 stesen KTMB di Lembah Klang akan dilengkapi dengan pengimbas di gantri mereka. Ini akan menyokong pembayaran melalui kad kredit dan debit, Touch ‘n Go serta kaedah QR melalui aplikasi mudah alih KTMB,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Wong mengenai kemungkinan tawaran diskaun akan kepada pengguna pengangkutan awam yang menggunakan kaedah pembayaran terbuka, Loke berkata, pelaksanaan pemberian pas perjalanan bulanan tanpa had, My50 adalah mencukupi.

"Ini sangat murah dan saya berani katakan adalah pas bulanan paling murah di dunia," katanya sambil menambah bahawa kerajaan komited untuk meneruskannya dalam Belanjawan akan datang.

Mengenai koc wanita yang baru diperkenalkan di laluan MRT Kajang, Loke berkata, Prasarana menempatkan anggota polis rasmi dan bantuan untuk memastikan hanya wanita menggunakan koc tersebut.

"Saya rasa pematuhan adalah tinggi kerana pengguna akan meninggalkan koc sebaik sahaja mereka menyedari ia ditetapkan untuk wanita," katanya.
1698308570816.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register