BTC USD 84,300.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prabowo Subianto Angkat Sumpah Jawatan Sebagai Presiden Indonesia Bagi Penggal 2024-2029

Prabowo Puji Kabinetnya Atas Komitmen Pada Tiga Bulan Pertama​

f0b8200e9ea17214d8d8efc5ff13f3ac6790fb3ed5919

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengetuai ikrar sumpah bersama barisan kabinetnya semasa majlis pelantikan di Istana Presiden di Jakarta, pada 21 Oktober 2024. REUTERS

JAKARTA, 22 Jan (Bernama) -- Presiden Prabowo Subianto memuji usaha semua anggota Kabinet Merah Putih dalam memenuhi mandat rakyat, yang merupakan tanda pencapaian tiga bulan pemerintahan beliau.

Dalam satu mesyuarat di Istana Presiden di sini pada Rabu, beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus mereka untuk berkhidmat kepada kepentingan rakyat dan memenuhi jangkaan rakyat.

“Saya juga bersyukur dalam tiga bulan ini, kami menunjukkan kepada rakyat yang dasar kami mengutamakan kepentingan rakyat dan negara,” kata Prabowo dalam ucapannya yang dikeluarkan oleh Biro Sekretariat Akhbar Presiden, Media dan Informasi (BPMI).

Presiden itu berkata walaupun beliau tidak menetapkan sasaran berdasarkan hari atau bulan, pencapaian ini menunjukkan kemajuan dan membuktikan keberkesanan kerajaan dalam mengekalkan kestabilan dan keamanan meskipun terdapat ketegangan dan konflik global.

“Sebahagian daripada kami datang daripada parti politik, yang lain dari masyarakat umum, ahli akademik atau pertubuhan bukan kerajaan, tetapi sebaik sahaja mengangkat sumpah, tumpuan kami haruslah untuk berkhidmat kepada negara,” kata beliau.

Prabowo memuji pengurusan yang lancar dan selamat bagi cuti Krismas dan Tahun Baharu 2025, mengucapkan terima kasih kepada menteri, tentera, polis dan pegawai atas usaha mereka dalam memastikan kestabilan dan keselamatan.

Beliau menekankan kepentingan kesinambungan kerajaan untuk pembangunan negara yang berjaya, memuji pentadbiran sebelumnya yang meletakkan asas yang kukuh dan menyatakan bahawa pembangunan adalah usaha jangka panjang yang memakan masa beberapa dekad.

Memberi contoh perasmian Loji Janakuasa Hidroelektrik Jatigede di Jawa Barat baru-baru ini, beliau menyoroti inisiatif dilakukan Presiden Sukarno pada 1963 dan kemudian peletakan batu asasnya pada 2015.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register