BTC USD 28,207.5 Gold USD 1,993.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telco News Prabayar Unifi Pun Dah Ada FUP 4G & Kelajuan Maksimum 5Mbps, Berkuatkuasa Hari Ini

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,364
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,364
Reaction score
5,111
Points
516
Awards
1
Pelan prabayar tanpa had Unifi Bebas kini telah dikemas kini dengan adanya FUP dan kelajuan maksimum mulai hari ini, 20 Disember 2022. Sebelum ini, pelan ini dan pascabayar bulanan hadir tanpa had dan tanpa FUP.
1671515830236.png
  • Pelan 2 jam (2 hours unlimited) RM1 - tiada FUP
  • Pelan harian (daily unlimited) RM3 - 10GB
  • Pelan mingguan (weekly unlimited) RM12 - 20GB
  • Pelan bulanan (monthly unlimited) RM35 - 100GB
Selain itu, semua kelajuan maksimum untuk rangkaian 4G juga ditetapkan pada 5Mbps pada kesemua pelan di atas. Namun, FUP ini hanya terpakai untuk penggunaan rangkaian 4G. Jadi, jika anda menggunakan liputan 5G, anda masih boleh gunakannya tanpa sebarang had kerana ia tidak tertakluk dengan FUP. Kelajuan untuk 5G juga tidak dihadkan. Secara kasarnya, masih ramai pengguna tidak dapat menikmati rangkaian 5G disebabkan faktor peranti, geografi dan 'telco' sendiri. Digi contohnya langsung tidak sediakan 5G untuk pengguna prabayar setakat ini.

Ini bermakna hanya Yes menjadi penyedia perkhidmatan tunggal yang langsung tidak mengenakan FUP pelan prabayar dan pascabayar mereka.

Sumber asal
Unifi
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,364
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,364
Reaction score
5,111
Points
516
Awards
1
Pelan Prabayar Unifi Mobile Bebas Kini Tertakluk Kepada FUP 100GB, Hotspot 10GB, Kelajuan 4G 5Mbps

Telekom Malaysia kini dilihat mengemaskini penawaran pelan prabayar mereka, dan turut menyertakan had penggunaan data untuk pelan tanpa had mereka. Melalui had yang diimplementasi, ia dihadkan kepada penggunaan data 4G sehingga 100GB untuk pelan prabayar tanpa had, disamping 10GB untuk hotspot. Pengguna juga dihadkan kepada had kelajuan 5Mbps dibawah rangkaian 4G.

Selepas melangkaui had berkenaan, Unifi akan mengehadkan kelajuan kepada 512kbps. Untuk kelajuan 5G, tiada had dikenakan, dan tiada had kelajuan juga padanya. Perubahan baharu ini adalah berkuat-kuasa mengikut terma baharu Unifi bermula 20 Disember 2022 ini. Tiada had dikenakan untuk penggunaan dibawah rangkaian 5G buat masa ini.​
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register