BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PR1M: 'Boleh tampung belanja kahwin

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Ahmad Baharuddin (duduk, tengah) kongsi gembira bersama keluarganya.
< 1 / 1 >
MARANG – Seorang buruh dari Rhu Renggeh di sini, Ahmad Baharuddin Mohamed, 31, yang memenangi peraduan PR1M siri 19 Februari, berhasrat menggunakan wang hadiah RM1,000 yang dimenanginya untuk menampung perbelanjaan perkahwinannya.

Dia yang tinggal bersama ibunya, Masitah Muda, 57, bakal melangsungkan perkahwinan dengan anggota polis bantuan di Negeri Sembilan yang berasal dari Dungun, Khusiah Embong, 28, pada 6 Jun depan.

Anak keempat daripada sembilan beradik itu berkata, dia tidak menyangka penyertaannya membawa rezeki apabila memenangi peraduan berkenaan.

Menurutnya, dia lebih bersungguh-sungguh menghantar borang PR1M selepas melihat kejayaan pemenang sebelum ini, malah pernah menghantar lebih daripada satu penyertaan sehari kerana tidak berpuas hati dengan jawapan terdahulu.

“Kesungguhan saya menghantar borang penyertaan menarik minat dua saudara terdekat saya untuk menyertainya dan mereka turut menghantar borang peraduan pada setiap hari selepas membincangkan jawapan secara bersama-bersama.

“Alhamdulillah, tuah menyebelahi saya memenangi RM1,000. Wang hadiah ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan perkahwinan saya,” katamya.

Ibunya, Masitah berkata, anaknya itu akan memulakan harinya setiap hari dengan membaca Sinar Harian sebelum keluar bekerja sejak lima tahun lalu.
 
amende pr1m nie....sama mcm krim ke?
 
Back
Top
Log in Register