BTC USD 35,035.6 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral PPM rampas 6,910 KARTON rokok dalam rumah dan kereta

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,533
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,533
Reaction score
466
Points
91
[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP KONTRABAN: PPM RAMPAS 6,910 KARTON ROKOK DALAM KERETA DAN RUMAH
FB_IMG_1638802136266.jpg

Shah Alam, 6 Disember 2021 - Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang mematahkan sindiket penyeludupan rokok tidak bercukai menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Overseas Union, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Menerusi serbuan itu, PPM merampas 6,910 karton rokok pelbagai jenis bernilai RM759,434.88 termasuk cukai.

Komander PPM Wilayah Satu, ACP Tuan Shamsol Kassim berkata, sepasukan pegawai dan anggota PPM Pelabuhan Klang yang melaksanakan Op Kontraban membuat intipan terhadap Proton Persona di sekitar Telok Gong, Pelabuhan Klang jam 3.30 petang.

Beliau berkata, intipan dilakukan selepas kereta itu dikenal pasti terbabit aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai di kawasan berkenaan.

"Pasukan mengekori kereta itu dari Telok Gong, Pelabuhan Klang ke sebuah rumah di Jalan Klang Lama. Selepas panggilan tidak bersahut, pasukan memanjat pagar dan memasuki rumah tidak berkunci itu dan suspek dipercayai melarikan diri melalui pintu belakang.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,437
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,437
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
Selepas panggilan tidak bersahut,

Dia cabut la. Ada ke tgkap penjenayah bagi salam
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register