TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,138
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,138
- Reaction score
- 22,840
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

MELAKA 30 Okt. - Kerajaan negeri mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik secara serta-merta ke atas mana-mana premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi haram di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, tindakan itu diambil bagi membendung gejala itu yang kebanyakkannya berselindung di sebalik perniagaan kafe siber dan sekali gus melumpuhkan operasi kegiatan judi haram yang semakin membimbangkan.
Menurutnya, sebelum ini tindakan berkenaan hanya tertumpu kepada premis yang masih menjalankan operasi judi haram walaupun telah beberapa kali diserbu namun usaha pencegahan itu kini diperluas kepada premis yang dikesan menjalankan kegiatan berkenaan.
“Arahan pemotongan bekalan elektrik ini akan dikeluarkan oleh saya sendiri selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri kerana kegiatan judi haram yang berleluasa ini dilihat boleh menjejaskan ketenteraman awam.
“Bukan sahaja kepada premis yang telah beberapa kali diserbu tetapi mana-mana premis yang disyaki dan mempunyai bukti kukuh juga akan dipotong bekalan elektrik mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.
Idris berkata, pihak berkuasa akan meningkatkan pemantauan di kawasan yang dikenal pasti dan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut bidang kuasa masing-masing termasuk tangkapan dan sitaan seterusnya pemotongan elektrik akan dijalankan.
Katanya, kerajaan negeri memandang serius isu berkenaan dan tidak sesekali akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjalankan kegiatan itu ataupun menyokong usaha menghidupkan kembali operasi haram tersebut.
“Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini telah memutuskan kerajaan negeri akan menggunakan apa jua kaedah bagi memastikan Melaka sifar premis judi haram dan memohon agar pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi pengutkuasaan lain melipatgandakan operasi mereka,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wil...remis-judi-haram-1.18734#sthash.O7JX6m1W.dpuf