BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Poster Duta Pelancongan Perak dikecam

stonecold88

Active+ Member
gem
Messages
4,541
Joined
May 31, 2009
Messages
4,541
Reaction score
1,018
Points
111
IPOH 2 Ogos - Poster penyanyi dan komposer kelahiran Perak yang terkenal di China dan Taiwan sebagai Duta Pelancongan Perak, Michael Wong yang hanya memaparkan tulisan bahasa Mandarin dan Inggeris mendapat kecaman dalam media sosial.

Netizen meluahkan kekecewaan dan mempersoalkan tentang ketiadaan bahasa Melayu yang digunakan dalam poster berkenaan.

Gambar Michael Wong dengan berlatar belakang pemandangan satu daripada tarikan pelancongan Perak, Gunung Lang hanya terdapat tulisan bahasa Mandarin dan Inggeris yang berbunyi, ‘Perak, where stories begin’.

“Sebagai agensi kerajaan pihak tuan puan haruslah mendahulukan bahasa kebangsaan. Barulah diikuti bahasa-bahasa lain. Terima kasih,” tulis Dhalvin Sgh.

“Perak ni salah satu negeri dalam Tanah Besar China ke,?” tanya Aemir Assaifiy.

“Mengapa menggunakan bahasa China? Perak di negara Malaysia!! Kerajaan PH dah hilang hala tuju,” kata Ganesh Sree.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing dalam sidang akhbar selepas mengumumkan Michael Wong sebagai Duta Pelancongan Perak memberitahu, tindakan menggunakan bahasa Mandarin dan Inggeris dalam poster berkenaan adalah bagi tujuan promosi dan strategi pemasaran.

Tambahan lagi beliau berkata, pihaknya menyasarkan pasaran pelancongan dari China dan penggunaan kedua-dua bahasa itu membolehkan pelancong dari negara berkenaan memahami isi kandungan poster tersebut.

“Sebab kenapa utamakan bahasa Mandarin dan Inggeris kerana kita sasarkan pasaran di China. Jika Michael Wong atau media luar negara membuat posting atau berkongsi video (promosi), pelancong dan peminat di sana akan lebih faham isi kandungannya.

“Lagi satu, ia berkait dengan reka bentuk, kita tidak boleh letak semua bahasa dalam satu (poster), agak susah. Paling penting kita mahu orang luar boleh faham dan tahu dalam bahasa yang ringkas dan jelas,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Kar Hing, tuduhan yang mengatakan pihaknya meminggirkan bahasa Melayu tidak benar sebaliknya kerajaan negeri dan Tourism Perak sentiasa menggunakan bahasa Melayu dalam setiap promosi produk pelancongan negeri di laman sosial.

“Kita akan tambah baik lagi, jika boleh mahu gunakan bahasa Tamil juga sebab ramai yang tidak faham bahasa-bahasa lain, termasuk bahasa Jepun dan Korea untuk tujuan promosi,” katanya. - UTUSAN ONLINE
 
perak ni tanah besar china..tu yang diorang guna bahasa mandarin
 
Mana poster tue

Belanja gambar

414794.jpg


image.jpeg

 
puak2 ni ada je nak buat hal
 
Pelak baru....Malaysia balu...Ipoh mali

Tatak sombong..

Haiyaa
 
Wong ni visit Malaysia 2006 pun dia jadi duta..

Poster visit Malaysia tu pun Ada tulisan English Dan cina sja.

Kenapa Masa tu Tak kena kecam 😀😀😀
 
Back
Top
Log in Register