BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Post mortem kegagalan PR... jom bincang

Masih Adakah Demokrasi Di Malaysia??


  • Total voters
    0
cadangan pertama aku,

berjuang atas 1 LOGO, 1 dasar
biar BN vs PR, bukan BN vs PAS vs PKR vs DAP
cara ni je boleh menidakkan orang racist daripada melalut melatah lepas PRU.
buktinya??
tengok BN, dalam tu ada MCA (chinese only), MIC (Indian only), PEKEMBAR (malay only)
tapi bila bawah 1 logo BN, orang melayu yg soft-hearted tak nampak keracistan dan kebiadapan MCA dalam tu.

cadangan kedua aku,

bekalkan SPR dengan generator pasar malam secukupnya.
 
PR kena dr skrg bekerja keras, jd lebih mesra rakyat. kena dekati orang ramai, bukan sekadar online je. netizen mmg da yakin kat PR, tapi orang yang tak rajin online, tak buka web2 politik, diorang memang tak dpt info betul. jangan harapkan warga FB & forum je berdegar2 gegak gempita sokongan, sebab akhirnya yang mengundi ramai bukan kalangan netizen semata.

utk netizen pulak, kurangkanlah sikap mencaci mencacaikan orang tu. korang nak tarik sokongan orang, jadi berhemahlah walaupun kena kutuk kena keji. cemana kita nak ajak orang suka kita kalau bila pendapat tak sama, kita kutuk orang tu kaw2? walaupun orang tu tak sependapat, undian dia akan diperlukan juga nanti.
 
pengundi atas pagar masih ragu ragu lg ng krebiliti pr. pr dicalit ng pelbagai kontroversi dr segi moral. paling diorg xbleh terima kes stopa ali. walaupun kite tak tau bende tu betul atau tidak, tp rata rata rakyat malaysia mempercayainya. berbandng ng dap yg tiada kontroversi.

sentimen yg dimainkan oleh bn berjaya mempergaruhi rakyat. walaupun bn penuh ng kes salah laku tp org atas pagar ni berpendapat biar salah laku harta benda jgn moral tergadai. diorg juga percaya bn sedang melakukan operasi membersihkan parti dr unsur unsur yg negatif. bg diorg bn perlu dikejutkan dan diberi amaran tetapi utk pr memerintah tidak sekali. tu pendapat kwn utk post mortem ini...
 
bnyk pondok2 ngn pusat pengajian asal dr mn, pandai2 ja ckp org luar bandar kurang pengetahuan agama :(scam:(scam:(scam

Den tulis kat situ ramai orang UMNO yg masih kurang pengetahuan agama.. cuba ko baca betul2.. ko fikir sendiri la kenapa bila ceramah kat masjid yg dimana diselia oleh ulama UMNO, kebanyakannya ramai org tua jer datang.. lepas tu isi ceramah .. asyik2 cerita kisah nak mati, bertaubat kerana umur dah tua dan sebagainya.

Mana ada org muda nak datang masjid kalo asyik nak cerita benda tu jer...
 
insyaALLAH PRU14 pengundi akan bawak generator sorang 1 letak di tempat kiraan undi, kami sanggup tontong duit beli generator utk SPR

images


kalo generator takde, kami sanggup berhimpun bawak beskal MTB/Racing kami ramai2 letak dinamo n kayuh ramai2 semata2 utk bekalkan elektrik utk SPR

images


sampai gitu sekali semangat kami utk bantu SPR utk PRU14 !!!

hehe
 
Last edited:
Antara yang aku nampak strategi BN attack seat2 ulamak2 PAS yg disegani..Harun Din dah kalah, Tuan Ibrahim dah kalah..Tambah lagi Salehudin dan Mat Sabu dah kalah...Nik Aziz dah x pegang MB..Ismail Kamus dah x bertanding..

PAS sekaligus 'nampak' semakin kurang ulamak...Lepas ni maybe diaorang teruskan isu perkauman (polarisasi kaum)..

Bila kepimpinan ulamak yang disegani dalam pakatan dah tak nampak...Maka bangsa melayu akan mudah kembali bersatu bawah umno...

Wallahualam..
 
Pendapat peribadi saya yang tak la pandai sangat....

Bagi saya punca kekalahan ialah :-

1) Masih ada Golongan veteran masih kuat menyokong BN,bagi mereka dapat bantuan banyak mcm brim dah memadai..orang2 muda yang baru nak survive je yg rasa kos idup tinggi dan lain2 lagi...

2) Rakyat masih belum yakin dengan Pakatan sebab menganggap Pakatan adalah 3 entiti yang berbeza, bertanding pun ada 3 bendera yang berbeza...nak pilih menteri pun belum pasti siapa antara 3 parti...Saya rasa adalah baik Pakatan bergabung...DAP ubah matlamat...biar orang2 muda amik alih sebab orang masih anggap DAP parti mcm komunis selagi Lim kit siang ada...

Kalau BN...mereka satu parti...satu bendera...bergerak sebagai satu jentera...Pakatan bergerak mcm 3 entiti...ini kena ubah...kena bergabung.

3) Kedah tewas kerana pentadbiran lemah sebelum ini....dan nampaknya sukar nak amik balik kedah sbb mukhriz dah jadi MB dan aura Tun mesti buat rakyat kedah mengharapkan mukhriz kembalikan era Tun..

ni je komen sy...tak banyak...my personal opinion..
 
Ini kes PSM yg tamak bertanding hanya kerana dapat kouta. Pengundi sekarang dah bijak memilih calon mesra rakyat.

kota damansara yg menang tu calon BN bukan UMNO bhai. Calon UMNO kota damansara kena pecat kerana bertanding atas tiket bebas melawan calon BN.

Maksud saya BN la..Kalau dah sebut umno tuh sah2 BN bro..
 
maaf nk bagi pandangan..aku bagi pandangan sebagai org luar..

aku rase PR kena tonjolkan sape yg utama..dalam isu ni adalah PAS..
mcm BN lawan dlm satu bendera..camtu la PR..x yah nk tgk byk flag sgt..

declare PM yg consensus dr PR punye side..kita kot mane pun tetap nak org kite jgk yg pegang teraju utama tanah air..

benda2 lain aku rase x de prob sgt since yg kepempinan PR pun org yg otai2 dlm politik..cuma cara bagaimana digabungkan adalah isu utama PR yg x setel dr dulu..dulu maybe ok sebab baru 1st time..tapi since dat sampe yg PRU 13 ni still x conclude as one team yg under one symbol..better mcm tu lagi kot..coz scyhology die nampak la one 2 one punye game bile election..

sekadar opinion peribadi..:)
 
cadangan pertama aku,

berjuang atas 1 LOGO, 1 dasar
biar BN vs PR, bukan BN vs PAS vs PKR vs DAP
cara ni je boleh menidakkan orang racist daripada melalut melatah lepas PRU.
buktinya??
tengok BN, dalam tu ada MCA (chinese only), MIC (Indian only), PEKEMBAR (malay only)
tapi bila bawah 1 logo BN, orang melayu yg soft-hearted tak nampak keracistan dan kebiadapan MCA dalam tu.

cadangan kedua aku,

bekalkan SPR dengan generator pasar malam secukupnya.

Btul gak...cadangan 1, kalau nak lawan BN kena ikut cara BN....pakai 1 logo jer....
Dacing VS Payung
 
Back
Top
Log in Register