BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Post mortem kegagalan PR... jom bincang

Masih Adakah Demokrasi Di Malaysia??


  • Total voters
    0
dan bagi aku PAS adalah PAS....tak perlu join dgn kaum2 kafir yang lain...kafir tak boleh dipercayai...
 
good thread -- TT nnt tolong sampai2kan point2 yg ada dlm ni kpd pihak yg tepat
 
179433_500122570042241_2122316271_n.jpg


bersepah undi kat dlm bonet kereta,van,teksi bla bla bla...kalah pun mmg ptt
 
Pada aku..
PR kalah kerana tidak duduk dibawah satu bendera,satu ketua kepimpinan dan mempunyai ideologi yg berasingan...
Jadi,kami sebagai pengundi masih tidak mempercayai pada kepimpinan yg begini...

Satu kapal...satu nakhoda...



realiti...:)paid
 
Sumber Dari FB

Analisis PRU13 Antara BN & PR - Kesimpulannya Yang Menang Bukannya KUAT & Yang Kalah Bukannya LEMAH..!!

Analisa seorg bekas penuntut jurusan politik dari UM tentang PRU13

Pada pandangan dan pemerhatian seorg bekas penuntut Universiti Malaya Jurusan Sains Politik Islam (Siasah Syariyyah), berpendapat KEKALAHAN Pakatan Rakyat adalah satu perkara yang 'positif' kepada PR dan KEMENANGAN 'Barisan Nasional' adalah satu perkara yang 'negatif' kepada BN.

Mengapa beliau berkata sedemikian?

1) PR menang 9 dari 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur. Ini adalah kerusi Parlimen. Jika Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebuah negeri dan kerusi-kerusi itu di peringkat DUN bererti PR memenangi Kuala Lumpur.

Kemudian PR juga menang di kerusi-kerusi parlimen Seremban, Kota Melaka, Shah Alam, Ipoh timur (P64) dan Ipoh Barat (P65), Pulau Pinang, Alor Setar, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu.

Kesemua 10 kerusi parlimen ini merupakan ibu negeri. Bererti 11 ibu negeri/pusat pentadbiran negeri (termasuk KL) di kuasai oleh Pakatan rakyat. Hanya tinggal JB dan Kangar sahaja. Bahkan PR memenangi hampir semua kawasan-kawasan bandar. Ini adalah satu kelebihan pada PR. Meskipun 7 dari negeri-negeri tersebut di menangi oleh BN yang membentuk kerajaan negeri.


'Perubahan' di kawasan bandar juga amat ketara daripada pengundi berbangsa Cina dan sebahagian India yang dilihat dapat membuat penilaian yang lebih baik berbanding rakyat Malaysia berbangsa Melayu terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.

2) PRU-13 adalah satu bentuk 'muhasabah' kepada semua pihak yang terlibat baik di dalam PR mahupun dalam gerakan anak muda dan mahasiswa. Saya melihat kemunculan dua gerakan mahasiswa iaitu Gelombang Anak Muda Tolak Umno/Bn - TOLAK yang diterajui Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) serta Gerakan Mahasiswa PRU13 - GM13 yang diterajui Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) perlu duduk berbincang untuk mewujudkan satu gabungan yang mantap dan kuat dalam PRU-14 kelak.

'Perpecahan' ini dilihat sikit sebanyak menjejaskan kekuatan anak muda dan mahasiswa dalam semua aspek baik dari segi jumlah penglibatan, strategi dan gelombang besar yang ingin disampaikan terutama apabila GM-13 mengumumkan untuk bertanding di Pekan pada awalnya. Ianya mempunyai banyak pro dan kontra apabila ramai pihak tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Satu muhasabah besar-besaran kepada 'Ahli Gerakan Jemaah Islam'.

3) Manakala di peringkat kepimpinan atasan PR, pertindihan TUJUH KERUSI yang berlaku pada awal penamaan calon dilihat sedikit sebanyak membuktikan 'kegagalan' pimpinan PR untuk bersatu dalam membuat keputusan. Dengan kebijaksaan beberapa pihak, akhirnya ianya dapat diselesaikan namun dilihat sedikit mengganggu rentak gelombang rakyat yang ketika itu sedang berada di kemuncak.

4) Kemenangan BN juga dilihat satu bentuk 'ujian' dari Allah kerana seperti yang kita maklum, pelbagai janji ditawar kepada rakyat dalam bentuk material yang seolah-olah satu tawaran 'berani mati' dalam keadaan negara sedang dibelenggu HUTANG YANG BEGITU BESAR ketika ini. Adakah 'kerajaan baru' mampu laksanakan semua janji-janji itu? Sama-sama kita nantikan.

5) Kekalahan PR juga dilihat satu bentuk yang positif kerana menurut beberapa petugas SPR yang bertugas sepanjang perkiraan undi dilakukan, mereka mendedahkan saluran 3 dan saluran 4 yang merupakan saluran pengundi muda menunjukkan jumlah peningkatan undi yang ketara kepada PR. Ini satu perkembangan yang baik kepada PR dan satu kebimbangan besar kepada BN.

Kerana sudah pasti, remaja yang ketika ini berusia 17-21 tahun yang belum layak mengundi akan dapat menilai kebaikan dan keburukan dalam PRU-13 melalui perkembangan di laman sosial dan media baru. Dan apabila usia mereka menginjak 'lebih dewasa' 4-5 tahun akan datang, sudah tentu jumlah undian kepada PR di saluran 3 dan 4 akan bertambah.

6) Kelemahan ketara PR adalah menyampaikan maklumat di kawasan pedalaman. Kerana melihat kepada pola kemenangan BN yang banyak diraih di kawasan pedalaman, ternyata BN banyak bergantung kepada 'TV dan radio' untuk bantu kemenangan mereka di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan asas internet untuk akses maklumat bagi membuat suatu penilaian.

Analisa seorg bekas penuntut jurusan politik dari UM
 
rasa nya gabungan yg membentuk PR dah ok.....
yg x ok nye SPR dan agensi2 lain yg terlibat dlm penipuan...
kalau PR sblm ini berusaha dlm menyedarkan rakyat tentang perlunya pilihanraya yg bersih melalu siri2 BERSIH,kali ini PR cuba menyedarkan rakyat serta memahamkan rakyat apa ertinya DEMOKRASI sebenar seperti terkandung dalam perlembagaan Malaysia....
 
Pakatan Rakyat dilandasan betul utk terus kekal dalam reality politic Malaysia, cuma penambahakraban dalam satu entity perlu digarap lagi.
Sabah dan Serawak antara factor utama kekalahan PR.
Sistem pengundian style British memang yg majority 1 undi tetap dikira pemenang, walaupun undi popular PR mengatasi BN di PArlimen.Kalau kat NZ dah memerintah dah PR nih.
 
Pakatan Rakyat dilandasan betul utk terus kekal dalam reality politic Malaysia, cuma penambahakraban dalam satu entity perlu digarap lagi.
Sabah dan Serawak antara factor utama kekalahan PR.
Sistem pengundian style British memang yg majority 1 undi tetap dikira pemenang, walaupun undi popular PR mengatasi BN di PArlimen.Kalau kat NZ dah memerintah dah PR nih.

Di NZ lebihkurangnya, undi DUN mcm kita buat sekaranglah.Tapi bagi Parlimen dia orang base on popular vote.Jadi yg jadi ahli Parlimen akan diisi oleh calon2 berkualiti yg dipilih oleh parti yg berkenaan. Kalau ada kematian tak ada pilihanraya kecil, ganti ajer dgn org baru. Aku rasa carani memang ideal utk Parlimen sebab ramai yg setakat isi tempat kosong ajer kat Parlimen Malaysiani.:D
 
deleted.
The message you have entered is too short. Please lengthen your message to at least 10 characters
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register