BTC USD 26,898.1 Gold USD 1,976.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Positif ganja, pemandu Lexus rempuh 6 kenderaan ditahan

thehornbill

Active Member
Messages
1,220
Joined
Dec 31, 2020
Messages
1,220
Reaction score
359
Points
41
Ganja tak bahaya katanya. Dadah sintetik je bahaya.

Takdenya tak bahaya ganja tu. aku ada dekat 8 kawan kaki ganja sejak abis sekolah, sampai umur 30an, la ni 8 orang ni jd pesakit psikiatri dah. Cakap mengarut, dengar suara. Kena makan ubat, yang kena cucuk ubat kat bontot pun ada. Yang masuk wad jiwa 6 bulan sekali pun ada. Nasib baik la aku tak terjebak. Ganja ni dia tangkap otak, kalau berpuluh tahun ambik, logik je jadi dengar suara, cakap mengarut semua tu
 
Sponsored Post

pelitaminyak

Legendary Member
gem
Messages
14,675
Top Poster #2
Joined
Aug 13, 2008
Messages
14,675
Reaction score
4,258
Points
261
Awards
1
Positif ganja, pemandu Lexus rempuh 6 kenderaan ditahan




KUALA LUMPUR – Pemandu kereta jenis Lexus didapati positif ganja selepas merempuh enam buah kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat berhampiran Lebuh Raya Bukit Jalil, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, insiden pukul 10.30 pagi itu berlaku apabila kereta jenis Lexus melanggar enam buah kenderaan.

Katanya, siasatan awal mendapati, lelaki tempatan berusia 40 tahun yang memandu kereta tersebut telah hilang kawalan menyebabkannya melanggar enam buah kenderaan yang sedang berhenti di lorong kiri dan kanan jalan.

“Ekoran itu, kenderaan tersebut terbalik di antara kenderaan yang terlibat dan tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zam Halim, pemandu kereta jenis Lexus itu telah ditahan untuk siasatan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur.

Tambahnya, suspek telah menjalani ujian saringan air kencing di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi.

“Hasil dari pemeriksaan tersebut mendapati suspek positif dadah jenis ganja (THC) dan kini ditahan di IPD Dang Wangi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 tau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

#Kosmo
Lepuk je sekali, baru dia tau
 
Sponsored Post

Top
Log in Register