Pos Malaysia tunggu butiran rasmi kenaikan kadar tarif

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,593
Reaction score
8,900
Points
2,226


KUALA LUMPUR: Malaysia Bhd masih belum menerima butiran rasmi mengenai kadar tarif pos yang baharu, dan tarikh perlaksanaannya daripada kerajaan walaupun penyedia perkhidmatan pos itu telah menerima surat pengesahan mengenai kelulusan kenaikan tarif berkenaan.

“Kami menunggu butiran lanjut mengenai apa yang diluluskan dan dibentangkan. Setakat ini tiada apa-apa pengumuman lagi,” kata sumber dalam syarikat berkenaan kepada Bernama.

Sumber itu berkata perubahan harga tidak akan memberi kesan terhadap kadar bayaran pos untuk pengguna bukan komersial dalam negeri.

Terdahulu, Nikkei Asian Review melaporkan bahawa kerajaan telah meluluskan cadangan daripada syarikat perkhidmatan pos yang disenaraikan, untuk menaikkan kadar, semakan semula yang pertama dalam tempoh sedekad.

Dengan mememetik maklumat daripada dua menteri yang enggan dikenali, ia berkata Pos Malaysia dijangka membuat pengumuman berkenaan perubahan kadar itu tidak lama lagi.

Perubahan itu termasuk kenaikkan kadar tarif, perubahan struktur tarif dan pembatalan kawal selia dalam beberapa segmen, kata seorang pegawai kanan kerajaan.

-BERNAMA


 
Top
Log in Register