POS Malaysia Pendekkan Waktu Operasi & Tutup Sementara Pejabat Pos, Pos Laju Terpilih

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,316
Reaction score
3,057
Points
236
Urusan JPJ juga tidak boleh dibuat di Pejabat Pos Malaysia ketika ini.

Bermula semalam, Pos Malaysia memaklumkan bahawa mereka memendekkan waktu operasi iaitu dari 20 Mac sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Pos Malaysia memaklumkan, dari hari Isnin hingga Jumaat, waktu operasi baru mereka adalah dari jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang. Manakala pada hari Sabtu pula, waktu operasi Pos Malaysia adalah dari jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 petang sahaja. Sementara bagi pejabat pos yang berada di dalam pusat beli-belah, waktu operasi adalah bermula dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang dari hari Isnin hingga Sabtu.

Malah Pos Malaysia juga memaklumkan, urusan JPJ tidak dapat dilakukan sekarang dipejabat pos sehingga diberitahu kelak. Ia berikutan penutupan perkhidmatan kaunter agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan sehingga 31 Mac 2020. Selain itu, Pos Malaysia juga memaklumkan penutupan sementara beberapa pejabat pos dan Pos Laju bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Berikut adalah senarai pejabat pos dan Pos Laju yang terkesan dengan perintah tersebut;



Sumber asal https://www.facebook.com/PosMalaysi...060715134589/2783060645134596/?type=3&theater
Rujukan tambahan https://twitter.com/pos4you
 
Top
Log in Register