Pos Malaysia Guna E-Nota Konsainan Bermula 17 Ogos 2020 - Tidak Perlu Isi Manual

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Pos Malaysia hari ini mengumumkan mereka akan mula menggunakan e-nota konsainan bermula 17 Ogos 2020 ini, sekaligus memudahkan pengguna yang ke pejabat pos untuk terus mencetak sendiri nota secara digital dan mencetaknya di cawangan Pos Laju atau kiosk.

Langkah ini sekaligus membolehkan pengguna hanya menggunakan aplikasi Pos Mobile untuk urusan mengisi borang untuk penghantaran. Ia juga akan mengurangkan sebarang ralat dalam pengurusan, dan memudahkan lagi urusan penghantaran oleh seseorang – tanpa perlu mengisi secara manual di pejabat pos seperti sebelum-sebelum ini.

Bagi anda yang ingin membuat penghantaran menggunakan Pos Laju dan sebagainya, boleh memuat-turun aplikasi Pos Malaysia di Android dan iPhone, dan menggunakannya dalam mencetak e-nota konsainan anda sendiri.

posmalaysia-enota.jpg


Layari & muat-turun https://www.pos.com.my/pos-malaysia-mobile-apps/
 
Sponsored Post

koboygurun

Active+ Member
Joined
Dec 21, 2009
Messages
2,680
Reaction score
6
Points
35
mantap camni.....baru memudahkan pengguna...harap lepas ni servis penghantaran pn pawer gak laa....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register