Pos Malaysia Gantung Khidmat Mel, Bungkusan Antarabangsa

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,581
Reaction score
3,412
Points
236
31.07.2020 - Kuala Lumpur, Pos Malaysia akan menghentikan sementara perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa serta Express Mail Service (EMS) ke semua destinasi antarabangsa kecuali Singapura mulai 3 Ogos ini sehingga diberitahu kelak.

Dalam satu kenyataan, Pos Malaysia memaklumkan langkah berkenaan diambil disebabkan impak Covid-19 yang mengakibatkan tahap sekatan yang berbeza di negara-negara destinasi terhadap penerbangan, penutupan lapangan terbang dan perkhidmatan rentas sempadan.

Maklumat terkini boleh didapati dari semasa ke semasa melalui laman web dan platform media sosial rasmi POS Malaysia.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui AskPos di www.pos.com.

e1f773c8cff2bdce2c090f6cfb50f0ea.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/536879
 
Top
Log in Register