Pos Malaysia Berehat Sabtu Ini - 28.03.2020

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,316
Reaction score
3,057
Points
236
26.03.2020 - Shah Alam, Cawangan Pos Malaysia akan ditutup Sabtu ini - kemungkinan ini adalah buat pertama kali. Menurut jurucakap Pos Malaysia, penutupan itu perlu bagi syarikat tersebut melakukan perancangan dan untuk kakitangannya berehat.

“Atas perintah kawalan pergerakan (PKP), operasi kami akan ditutup pada 28 Mac bagi kami boleh menilai tenaga kerja dan membuat semakan secara strategik berhubung penghantaran, supaya pengurusan operasi lebih baik ketika waktu ini.

"Para pelanggan boleh memilih untuk membuat urus niaga secara atas talian.

"Penutupan ini juga akan memberi peluang kepada mereka yang selama ini bekerja tanpa mengenal penat lelah, sebagai sebahagian daripada pembekal perkhidmatan penting negara, untuk berehat dalam masa yang mencabar ini," kata jurucakapnya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, opersi Pos Malaysia di sesetengah pusat membeli-belah dan bangunan kerajaan, yang dikehendaki ditutup semasa tempoh PKP telahpun digantung.

Pejabat Pos Malaysia yang lain memendekkan waktu operasinya dari 8.30 pagi hingga 3 petang pada setiap Isnin hingga Jumaat dan 8.30 pagi hingga 1 petang pada hari Sabtu.

Pejabat Pos Malaysia yang terletak di pusat membeli-belah sepatutnya beroperasi antara pukul 10 pagi dan 3 petang dari hari Isnin hingga Sabtu.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/516956
 
Top
Log in Register