BTC USD 65,036.4 Gold USD 1,784.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PORT DICKSON: Air pasang, 10 minit tenggelam di laut

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
10 minit tenggelam di laut

PORT DICKSON: “Saya sempat menasihatkannya segera naik ke darat sebelum terlambat kerana menyedari air laut mula pasang tetapi tiba-tiba mendapatinya sudah hilang dari pandangan dan menyangka dia bergurau.”

Begitu kata Fazli Yahya, 22, apabila rakannya, Mohd Farid Abdullah, 23, yang mandi-manda bersamanya di Pantai Cermin, dekat sini, kelmarin hampir lemas apabila tenggelam selama 10 minit dipercayai dihanyutkan arus deras ketika air laut pasang secara tiba-tiba.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, kedua-dua sahabat berkenaan mengalami detik mencemaskan ketika mandi dalam jarak 50 meter dari pantai apabila seorang daripada mereka ‘hilang’ ketika berenang ke darat.

Fazli berkata, sebelum itu dia bersama tujuh rakan lain termasuk Mohd Farid dari Skudai, Johor datang ke pantai peranginan berkenaan untuk berseronok ketika cuti hujung minggu dan tidak pernah menduga bakal berdepan kejadian hampir meragut nyawa rakannya.

Menceritakan semula detik cemas itu, katanya, ketika berenang beriringan menuju ke darat selepas menyedari ombak besar besar, Mohd Farid tiba-tiba mengalami kejang kaki.

“Saya kemudian mendapati dia (Mohd Farid) tenggelam lalu menjerit berulang kali, namun tiada sahutan dan masih tidak timbul menyebabkan saya menyelam tanpa memikirkan keselamatan diri untuk mengesannya tetapi gagal.

“Disebabkan air pasang mendadak dan ombak kuat, saya terus berenang ke tepi pantai meminta pertolongan rakan lain dan orang ramai yang berada berhampiran.

“Mohd Farid berjaya ditemui dalam keadaan lemah dipercayai terminum banyak air oleh pasukan penyelamat dan orang ramai kemudian dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, dia begitu panik apabila berdepan kejadian mencemaskan itu tetapi berjaya mengelak daripada lemas dalam insiden itu.

Katanya, rakannya kini dalam keadaan stabil dan sudah dimasukkan ke wad biasa walaupun keadaannya sebelum itu agak kritikal kerana terminum banyak air laut.

“Saya bersyukur kerana kami semua terselamat daripada kejadian tidak diingini dan turut memberi pengajaran berharga,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga di kawasan berkenaan dikenali sebagai Azimah, 40-an, berkata dia sudah kerap memberi amaran dan melarang pengunjung pantai mandi-manda jika keadaan berbahaya tetapi tidak pernah diendahkan.

-- H.Metro
 
Sponsored Post

kni

Legendary Member
Joined
Dec 14, 2007
Messages
10,394
Reaction score
161
Points
138

pantai cermin ni belah mana yer? hala ke pasir panjang ker ?
 
BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Ni yang dekat Tanjung Tuan ni. Tempat aku buat kajian waktu air pasang sebelah menara api. Memang kalau time air surut penuh pantai jadi panjang sampai ke tengah. Jadi kena hati2..

Time air pasang beberapa minit je air naik balik.. jadi kesimpulannya jangan main tengah2 sangat walau pun dekat tepi tak ada air.
 
atlantis

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
Sementara itu, seorang peniaga di kawasan berkenaan dikenali sebagai Azimah, 40-an, berkata dia sudah kerap memberi amaran dan melarang pengunjung pantai mandi-manda jika keadaan berbahaya tetapi tidak pernah diendahkan.

pelakon tambahan ni takyah lagi baik.
orang gi pantai memang ler nak mandi manda.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register