BTC USD 34,080.4 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pondan Siam parah ditikam dua peragut berkereta

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
IPOH: “Ketika kejadian, saya mendengar rakan sekerja menjerit meminta tolong. Sebaik turun ke bawah, saya melihat seorang pondan yang berlumuran darah dipercayai akibat ditikam.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaannya teruk selain darah yang tidak henti-henti keluar dari perut dan belakang badan mangsa. Saya terus menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan,” kata seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ina.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi semalam, seorang pondan berusia 30-an berasal dari Thailand cedera parah ditikam tiga kali dua lelaki berkereta di badan yang cuba meragut mangsa di hadapan kaki lima sebuah restoran di Jalan Yang Kalsom, di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa dipercayai sedang menunggu pelanggan sebelum didatangi dua lelaki yang menghampirinya sebelum berlaku pergelutan menyebabkan mangsa ditikam.

Ina yang juga pekerja restoran berkata, ketika tiba di tempat kejadian, mangsa sedang bergelut dengan kesakitan akibat dua tikaman di perut dan belakang badan.

Katanya, dia memang mengenali mangsa kerana sering dilihat berkunjung ke restorannya untuk makan selain menetap di bahagian atas kedai bersebelahan.

“Saya tidak menyangka kejadian itu berlaku di hadapan kedai saya,” katanya.

Sementara itu, sumber polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu awal pagi semalam dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

Katanya, sehingga kini, pihaknya tidak dapat mengesan suspek dan masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti suspek.

“Menurut laporan itu, mangsa dipercayai diugut dengan pisau oleh dua lelaki berkenaan, sebelum berlaku pergelutan menyebabkan mangsa melarikan diri sebelum ditikam.

“Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Katanya, pihaknya masih menyiasat motif serangan itu sama ada ia berpunca akibat perselisihan faham atau berbentuk jenayah ragut.
 
Sponsored Post

kapak

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
19,627
Reaction score
265
Points
131
pondan siam mesti cun ni...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register