Pondan menyamar ‘Doktor Ika’

CG Sponsors




iswaraburuk

Legendary Member
Joined
Sep 11, 2009
Messages
10,534
Reaction score
72
Points
120
Seorang lelaki berwajah ‘ayu’ dan bertubuh kecil menyamar sebagai doktor perubatan serta memperdaya lima klinik di daerah ini bagi membolehkan dia diterima bekerja secara sambilan.

Lelaki berusia 26 tahun dikenali ‘Doktor Ika’ yang sering berbaju kurung dan bertudung itu turut memalsukan Sijil Perakuan Amalan Tahunan bagi meyakinkan majikan untuk mengupahnya dengan bayaran maksimum RM45 sejam.

Dia yang tidak pernah menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan dan kejururawatan di institusi pengajian tinggi (IPT) di Johor dan Selangor itu dikatakan memberi lebih perhatian kepada pesakit lelaki yang datang mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun penyamarannya terbongkar apabila sebuah klinik di Batu Berendam menerima aduan seorang isteri pesakit memberitahu suspek sering menghubungi suaminya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Soh Hock Seng berkata, aduan itu kemudian membawa kepada pendedahan penipuan suspek selepas pihak klinik membuat pemeriksaan terhadap latar belakang peribadinya lalu membuat laporan polis pada 8 April lalu.

“Bertindak atas aduan pihak klinik, sebuah pasukan khas ditubuhkan dan seorang daripada pegawai kita terpaksa menyamar menjadi pesakit sebelum suspek ditahan 11 April lalu di Batu Berendam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, semalam.

Hock Seng berkata, selain cop (rubber stamp) dan Sijil Perakuan Amalan Tahunan dirampas, siasatan awal juga mendapati suspek berasal dari Sabah itu menetap di Ampang, Kuala Lumpur dan menyewa sebuah rumah di Batu Berendam di sini.

“Dia dipercayai menyamar sebagai doktor palsu di Melaka sejak Januari lalu dan menggunakan salinan sijil daripada Majlis Perubatan Malaysia ketika memohon bekerja sebagai doktor sambilan di lima klinik di Sungai Udang, Batu Berendam dan Melaka Baru.

“Salinan sijil dicetak itu mempunyai nombor siri yang sebenarnya milik pegawai perubatan lain tetapi digunakan suspek yang dibayar gaji antara RM40 hingga RM45 sejam,” katanya.

Menurutnya, suspek dipercayai aktif melakukan penipuan sejak tahun lalu dan menggunakan helah sama di Perak dan Pahang sebelum memasuki Melaka awal tahun ini.

“Justeru, pihak yang terdiri daripada pemilik-pemilik klinik dan pesakit yang menjadi mangsa diminta tampil buat laporan bagi membantu kes yang disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menyamar untuk tujuan menipu,” katanya.

Hock Seng berkata, suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 15 April ini.
 
Sponsored Post

liverpool

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Mar 5, 2009
Messages
9,679
Reaction score
260
Points
91
dah ada tred nie... aku pon dh ulas sikit kat sana,mcm mana dia kena tangkap
 

mhassan

Fun Poster
Joined
Apr 22, 2011
Messages
478
Reaction score
0
Points
10
haaaaaaaaaa....pandai tapi b o n g o k
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
dr.ika yg astrok ni...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register